Monday, November 8, 2021

MENGENALI BULAN

KAWAH ENDYMION

KATEGORI:    KAWAH (CRATER)

LOKASI:   KAWAH ENDYMION BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK PADA KOORDINAT 56.5o TIMUR SERTA 53.6o UTARA.

KELUASAN:   KAWAH ENDYMION MEMPUNYAI KELUASAN 126 KM DENGAN KEDALAMAN 4 KM KE LANTAI KAWAH.

ERA:   KAWAH ENDYMION TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG 4.533 BILION TAHUN DAHULU HINGGA 3.92 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:

PEMERHATIAN:   KAWAH ENDYMION ADALAH SEBUAH KAWAH YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:   KAWAH ENDYMION YANG TELETAK DI BAHAGIAN UTARA DAN TIMUR PERMUKAAN BULAN BOLEH DICERAP MENGGUNAKAN TEROPONG BERKUASA x10. NAMUN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH AMAT DIGALAKKAN BAGI MENDAPATKAN PEMERHATIAN / PENCERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI.

PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN OLEH MANA-MANA NEGARA DI KAWAH ENDYMION.

PENGHORMATAN:    KAWAH ENDYMION DINAMAKAN SEMPENA ENDYMION IAITU SE ORANG PENGEMBALA YANG KACAK, PEMBURU ATAU SE ORANG RAJA YANG DIKATAKAN PERNAH MEMERINTAH DAN MENETAP DI OLYMPIA DI ELIS. BELIAU JUGA DIHORMATI DAN DIKATAKAN JUGA TELAH MENETAP DI MOUNT LATMUS DI CARIA IAITU DI BAHAGIAN PANTAI BARAT ASIA MINOR / KECIL.


camp.astronomy@gmail.com


No comments:

Post a Comment