ARP188 / TADPOLE GALAXY
BURUJ: DRACO
KELAS: GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)
LOKASI: 16h 06m 03s / +55o 25' 32"
JARAK: 420 JUTA TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +14.4
SAIZ: 3'.6 X 3'.6
KATEGORI: SB (s)c pec
ARP188 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ DRACO. SELAIN ITU, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'TADPOLE GALAXY' KERANA BENTUKNYA YANG KELIHATAN SEPERTI SE EKOR 'BERUDU'. HIMPUNAN BINTANG-BINTANG YANG MEMBENTUK 'EKOR' ADALAH BINTANG-BINTANG KLUSTER YANG DIPENUHI DENGAN BINTANG-BINTANG BERWARNA BIRU TERANG YANG 'MENGEKORI' SEPANJANG 280,000 TAHUN CAHAYA.
SAIZ GALAKSI ARP188 MERUJUK KEPADA PENGGABUNGAN DENGAN SEBUAH GALAKSI KECIL YANG BERLAKU 100 JUTA TAHUN DAHULU. SECARA DASARNYA, SEBUAH GALAKSI 'PENCEROBOH' (INTRUDER GALAXY) YANG LEBIH 'PADAT' TELAH MELINTASI DI HADAPAN GALAKSI 'TADPOLE' DARI ARAH KIRI KE KANAN DARI PANDANGAN PERSEKTIF BUMI. GALAKSI 'PENCEROBOH' TELAH DI'LEMPAR'KAN KE BELAKANG GALAKSI 'TADPOLE' DISEBABKAN OLEH TARIKAN GRAVITI DI ANTARA KEDUA-DUA GALAKSI TERSEBUT.
SEMASA PROSES PERTEMBUNGAN INI BERLAKU, GELOMBANG KUASA TERKELUAR DARI BINTANG-BINTANG, GAS DAN DEBU GALAKSI BERPUTAR INI DAN MENGHASILKAN 'EKOR' YANG KETARA. NAMUN, GALAKSI 'TADPOLE' AKAN KEHILANGAN 'EKOR' NYA APABILA IANYA MENJADI SEMAKIN 'TUA' (OLDER) DAN KLUSTER BINTANG-BINTANG DI 'EKOR' TERSEBUT AKAN BERUBAH MEMBENTUK SATELIT-SATELIT KECIL KEPADA GALAKSI BERPUTAR YANG BESAR IAITU 'KEPALA' GALAKSI 'TADPOLE'. MANAKALA, GALAKSI 'PENCEROBOH' DIANGGARKAN BERADA 300,000 TAHUN CAHAYA DI BELAKANG GALAKSI 'TADPOLE'.