KAWAH CLEOMEDES
KATEGORI: KAWAH (CRATER)
LOKASI: KAWAH CLEOMEDES BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN TIMUR PADA KOORDINAT 27.7o UTARA SERTA 55.5o TIMUR.
KELUASAN: KAWAH CLEOMEDES MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 126 KILOMETER.
ERA PEMBENTUKAN: KAWAH CLEOMEDES TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN PERIOD IAITU LEBIH KURANG -4.5 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.9 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: AKAN DIKEMASKINI
PEMERHATIAN: KAWAH CLEOMEDES ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KETIGA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: UNTUK MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS KAWAH CLEOMEDES, TEROPONG BERKUASA RENDAH BOLEH DIGUNAKAN. NAMUN, UNTUK PENCERAPAN YANG LEBIH MEMUASKAN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH AMAT DIGALAKKAN.
PENEROKAAN: TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH CLEOMEDES.
PENGHORMATAN: KAWAH CLEOMEDES DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI ASTRONOMI GREEK IAITU CLEOMEDES. BELIAU DIKENALI SEBAGAI PENULIS BUKU BERJUDUL "ON THE CIRCULAR MOTION OF THE CELESTIAL BODIES" ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE HEAVENS". TARIK LAHIR DAN TARIKH KEMATIAN CLEOMEDES TIDAK DAPAT DIKETAHUI DENGAN TEPAT. AHLI SEJARAH CUMA MENGANGGARKAN CLEOMEDES MENULIS BUKU BELIAU ANTARA KURUN PERTAMA B.C HINGGA KE TAHUN 400 A.D.
No comments:
Post a Comment