Monday, September 27, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC1851 / CALDWELL73

BURUJ:   COLUMBA

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER)

LOKASI:   05h 14m 06s  /  -40o 02' 47"

JARAK:   39,500 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +7.3

SAIZ:   9'.0  X  9'.0

NGC1851 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL73' BERADA DI DALAM BURUJ COLUMBA DI HEMISFERA SELATAN. NGC1851 TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP PADA 10hb MEI, 1826. IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBULAR YANG SUNGGUH BESAR DAN MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KALANGAN KLUSTER GLOBULAR YANG MEMPUNYAI 'KEPADATAN' (CONCENTRATION) YANG TINGGI.

NGC1851 DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI 'KELAS II' MERUJUK KEPADA "SHARPLEY-SAYER CENCENTRATION CLASS SYSTEM"; SISTEM PENGELASAN DENGAN SKALA DARI 1 HINGGA 12 MENGGUNAKAN HURUF ROMAN ( I HINGGA XII ) MENURUT 'KEPADATAN' SESUATU KLUSTER GLOBULAR TERSEBUT. IA ADALAH MERUJUK KEPADA 'KEPADATAN' BILANGAN BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM KLUSTER DI BAHAGIAN TENGAH SESUATU KLUSTER TERSEBUT.







camp.astronomy@gmail.com














Friday, September 24, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...DAN MEREKA MEMOHON KEMENANGAN (ATAS MUSUH-MUSUH MEREKA) DAN BINASALAH SEMUA ORANG YANG BERLAKU SEWENANG-WENANG LAGI KERAS KEPALA,

DI HADAPANNYA ADA JAHANNAM DAN DIA AKAN DIBERI MINUMAN DENGAN AIR NANAH,

DIMINUMNYA AIR NANAH ITU DAN HAMPIR DIA TIDAK BISA MENELANNYA DAN DATANGLAH (BAHAYA) MAUT KEPADANYA DARI SEGENAP PENJURU, TETAPI DIA TIDAK JUGA MATI: DAN DI HADAPANNYA MASIH ADA AZAB YANG BERAT..."



SURAH IBRAHIM, AYAT 15 HINGGA 17, JUZUK 13

Monday, September 20, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC6872

BURUJ:   PAVO

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)

LOKASI:   20h 16m 56s  /  -70o 46' 04"

JARAK:   212 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.69

SAIZ:   6.0'  X  1.7'

NGC6872 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ PAVO DI HEMISFERA SELATAN. NGC6872 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE CONDOR GALAXY' YANG MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG BESAR DENGAN RADIUS 522,000 TAHUN CAHAYA, MENJADIKAN NGC6872 SALAH SATU GALAKSI YANG TERBESAR PERNAH DIKETAHUI. NGC6872 TELAH DITEMUKAN OLEH JOHN HERSCHEL, IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI ENGLISH.








camp.astronomy@gmail.com














Friday, September 17, 2021

RENUNGAN JUMAAT


 "...ORANG-ORANG KAFIR BERKATA KEPADA RASUL-RASUL MEREKA: "KAMI SUNGGUH-SUNGGUH AKAN MENGUSIR KAMU DARI NEGERI KAMI ATAU KAMU KEMBALI KEPADA AGAMA KAMI". MAKA TUHAN MEWAHYUKAN KEPADA MEREKA: "KAMI PASTI AKAN MEMBINASAKAN ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU,

DAN KAMI PASTI AKAN MENEMPATKAN KAMU DI NEGERI-NEGERI ITU SESUDAH MEREKA. YANG DEMIKIAN ITU (ADALAH UNTUK) ORANG-ORANG YANG TAKUT (AKAN MENGHADAP) KE HADIRAT-KU DAN YANG TAKUT KEPADA ANCAMAN-KU"..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 13 DAN 14, JUZUK 13

Monday, September 13, 2021

MENGENALI BULAN

 KAWAH CLEOMEDES

KATEGORI:   KAWAH (CRATER)

LOKASI:   KAWAH CLEOMEDES BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN TIMUR PADA KOORDINAT 27.7o UTARA SERTA 55.5o TIMUR.

KELUASAN:   KAWAH CLEOMEDES MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 126 KILOMETER.

ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH CLEOMEDES TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN PERIOD IAITU LEBIH KURANG -4.5 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.9 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:    AKAN DIKEMASKINI

PEMERHATIAN:   KAWAH CLEOMEDES ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KETIGA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:   UNTUK MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS KAWAH CLEOMEDES, TEROPONG BERKUASA RENDAH BOLEH DIGUNAKAN. NAMUN, UNTUK PENCERAPAN YANG LEBIH MEMUASKAN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH AMAT DIGALAKKAN.

PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH CLEOMEDES.

PENGHORMATAN:   KAWAH CLEOMEDES DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI ASTRONOMI GREEK IAITU CLEOMEDES. BELIAU DIKENALI SEBAGAI PENULIS BUKU BERJUDUL "ON THE CIRCULAR MOTION OF THE CELESTIAL BODIES" ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE HEAVENS". TARIK LAHIR DAN TARIKH KEMATIAN CLEOMEDES TIDAK DAPAT DIKETAHUI DENGAN TEPAT. AHLI SEJARAH CUMA  MENGANGGARKAN CLEOMEDES MENULIS BUKU BELIAU ANTARA KURUN PERTAMA B.C HINGGA KE TAHUN 400 A.D.


camp.astronomy@gmail.com


Friday, September 10, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...RASUL-RASUL MEREKA BERKATA KEPADA MEREKA: "KAMI TIDAK LAIN HANYALAH MANUSIA SEPERTI KAMU, AKAN TETAPI ALLAH MEMBERI KURNIA KEPADA SIAPA YANG DIA KEHENDAKI DI ANTARA HAMBA-HAMBA-NYA. DAN TIDAK PATUT BAGI KAMI MENDATANGKAN SUATU BUKTI KEPADA KAMU MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH. DAN HANYA KEPADA ALLAH SAJALAH HENDAKNYA ORANG-ORANG YANG BERTAWAKKAL. 

MENGAPA KAMI TIDAK AKAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH PADAHAL DIA TELAH MENUNJUKKAN JALAN KEPADA KAMI, DAN KAMI SUNGGUH-SUNGGUH AKAN BERSABAR TERHADAP GANGGUAN-GANGGUAN YANG KAMU LAKUKAN KEPADA KAMI. DAN HANYA KEPADA ALLAH SAJA ORANG-ORANG YANG BERTAWAKKAL ITU BERSERAH DIRI"..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 11 DAN 12, JUZUK 13.

Monday, September 6, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC6888

BURUJ:   CYGNUS

KELAS:   NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA)

LOKASI:   20h 12m 07s  /  +38o 21.3'

JARAK:   5,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +7.4

SAIZ:   18'.0  X  12'.0

NGC6888 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CRESCENT NEBULA' DAN JUGA 'CALDWELL 27' IA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CYGNUS. NGC6888 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA TAHUN 1792.







camp.astronomy@gmail.com












 

Friday, September 3, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 


"...BERKATA RASUL-RASUL MEREKA: "APAKAH ADA KERAGU-RAGUAN TERHADAP ALLAH, PENCIPTA LANGIT DAN BUMI? DIA MENYERU KAMU UNTUK MEMBERI AMPUNAN KEPADAMU DARI DOSA-DOSAMU DAN MENANGGUHKAN (SIKSAAN)MU SAMPAI MASA YANG DITENTUKAN?" MEREKA BERKATA: "KAMU TIDAK LAIN HANYALAH MANUSIA SEPERTI KAMI JUGA. KAMU MENGHENDAKI UNTUK MENGHALANG-HALANGI (MEMBELOKKAN) KAMI DARI APA YANG SELALU DISEMBAH NENEK MOYANG KAMI, KERANA ITU DATANGKANLAH KEPADA KAMI BUKTI YANG NYATA"..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 10, JUZUK 13