Monday, August 2, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC2174

BURUJ:   ORION

KELAS:   NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA)

LOKASI:   06h 09m 24s  /  +20o 39' 34"

JARAK:   6,400 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.8

SAIZ:    80'.0  X  80'.0

NGC2174 ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ORION. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE MONKEY HEAD NEBULA' KERANA BENTUK DAN RUPA YANG DILIHAT MENYERUPAI KEPALA SE EKOR MONYET. IA TERLETAK DI KAWASAN 'H II REGION' IAITU KAWASAN DI MANA ATOM-ATOM HIDROGEN DI'ION'KAN (IONIZED) YANG KEBIASAANNYA 'AWAN' (CLOUD) GAS YANG SEBAHAGIANNYA TELAH DIIONKAN BAGI PEMBENTUKAN BINTANG.

NGC2174 DIKAITKAN DENGAN NGC2175 IAITU SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER). KEDUA-DUA OBJEK INI TERLETAK DI BAHAGIAN 'KEPALA' BURUJ ORION IAITU BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG 'BETELGEUSE'. NGC2174 DIPENUHI DENGAN BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) YANG 'TERBENAM' (EMBED) DI DALAM KEPULAN GAS KOSMIK YANG CERAH SERTA DI DALAM DEBU-DEBU.

BINTANG-BINTANG TERSEBUT MEMANCARKAN RADIASI YANG MENGIONKAN GAS HIDROGEN DAN MENYEBABKAN NEBULA TERSEBUT BERSINAR DAN BERCAHAYA. CAHAYA SERTA 'ANGIN' YANG DIKELUARKAN DARI BINTANG-BINTANG YANG BAHARU TERBENTUK MENYEBARKAN DAN MENYELERAKAN 'AWAN-AWAN' DI MANA BINTANG-BINTANG TERSEBUT TERBENTUK.







camp.astronomy@gmail.com












No comments:

Post a Comment