Monday, August 30, 2021

OBJEK DI LANGIT

 IC2944

BURUJ:   CENTAURUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)

LOKASI:   11h 36m 36s  /  -63o 02' 00"

JARAK:   6,523 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +4.5

SAIZ:   RADIUS 71 TAHUN CAHAYA

IC2944 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE RUNNING CHICKEN NEBULA". IA BERADA DI DALAM BURUJ CENTAURUS. SELAIN ITU, IA JUGA DIPANGGIL SEBAGAI "THE LAMBDA (L) CENTAURY NEBULA". SEBENARNYA IC2944 ADALAH KLUSTER TERBUKA YANG BERADA DI DALAM PERSEKITARAN SEBUAH NEBULA IAITU IC2948 YANG MENYERUPAI SE EKOR AYAM YANG SEDANG BERLARI. OLEH ITU, IC2944 DIKENALI SEBAGAI "THE RUNNING CHICKEN NEBULA" KERANA BENTUK NEBULA DI SEKELILING IC2944.








camp.astronomy@gmail.com














Friday, August 27, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...BELUMKAH SAMPAI KEPADAMU BERITA ORANG-ORANG SEBELUM KAMU (IAITU) KAUM NUH, 'AD, TSAMUD DAN ORANG-ORANG SEBELUM MEREKA. TIDAK ADA YANG MENGETAHUI MEREKA SELAIN ALLAH. TELAH DATANG RASUL-RASUL KEPADA MEREKA (MEMBAWA) BUKTI-BUKTI YANG NYATA LALU MEREKA MENUTUPKAN TANGANNYA KE MULUTNYA (KERANA KEBENCIAN), DAN BERKATA: "SESUNGGUHNYA KAMI MENGINGKARI APA YANG KAMU DISURUH MENYAMPAIKANNYA (KEPADA KAMI), DAN SESUNGGUHNYA KAMI BENAR-BENAR DALAM KERAGU-RAGUAN YANG MENGELISAHKAN TERHADAP APA YANG KAMU AJAK KAMI KEPADANYA". ..." 


SURAH IBRAHIM, AYAT 9, JUZUK 13

Monday, August 23, 2021

OBJECT DI LANGIT

NGC1261 / CALDWELL87

BURUJ:   HOROLOGIUM

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER)

LOKASI:   03h 12m 16s  /  -55o 12' 58"   

JARAK:   53,500 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +8.63

SAIZ:   12.9'

NGC1261 JUGA DIKENALI SEBAGAI CALDWELL87. IA ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ HOROLOGIUM DI HEMISFERA SELATAN. NGC1261 TELAH DITEMUKAN OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI AMATUR SCOTLAND, JAMES DUNLOP DALAM TAHUN 1826.







camp.astronomy@gmail.com













Friday, August 20, 2021

RENUNGAN JUMAAT


 "...DAN (INGATLAH), KETIKA MUSA BERKATA KEPADA KAUMNYA: "INGATLAH NIKMAT ALLAH ATASMU KETIKA DIA MENYELAMATKAN KAMU DARI (FIRAUN DAN) PENGIKUT-PENGIKUTNYA, MEREKA MENYIKSA KAMU DENGAN SIKSA YANG PEDIH, MEREKA MENYEMBELIH ANAK-ANAK LAKI-LAKIMU, MEMBIARKAN HIDUP ANAK-ANAK PEREMPUANMU; DAN PADA YANG DEMIKIAN ITU ADA CUBAAN YANG BESAR  DARI TUHANMU".

DAN (INGATLAH JUGA) TATKALA TUHANMU MEMAKLUMKAN: "SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, PASTI KAMI AKAN MENAMBAH (NIKMAT-KU) KEPADAMU, DAN JIKA KAMU MENGINGKARI (NIKMAT-KU), MAKA SESUNGGUHNYA AZAB-KU SANGAT PEDIH.

DAN MUSA BERKATA: "JIKA KAMU DAN ORANG-ORANG YANG ADA DI MUKA BUMI SEMUANYA MENGINGKARI (NIKMAT ALLAH), MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KAYA LAGI MAHA TERPUJI..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 6 HINGGA 8, JUZUK 13

Monday, August 16, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC253 / CALDWELL65

BURUJ:    SCULPTOR

KELAS:   GALAKSI

LOKASI:   00h 47m 33s  /  -25o 17' 18"

JARAK:   11.4 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +8.0

SAIZ:   27'.5  X  6'.8

NGC253 JUGA DIKENALI SEBAGAI CALDWELL65 DI DALAM KATALOG CALDWELL YANG TELAH DISUSUN OLEH PATRICK MOORE DAN DITERBITKAN PADA DISEMBER 1995. SELAIN ITU, NGC253 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'SCULPTOR GALAXY', 'THE SILVER COIN GALAXY', DAN JUGA 'THE SILVER DOLLAR GALAXY'.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, August 13, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...KAMI TIDAK MENGUTUS SEORANG RASUL PUN, MELAINKAN DENGAN BAHASA KAUMNYA, SUPAYA IA DAPAT MEMBERI PENJELASAN DENGAN TERANG KEPADA MEREKA. MAKA ALLAH MENYESATKAN SIAPA YANG DIA KEHENDAKI, DAN MEMBERI PETUNJUK KEPADA SIAPA YANG DIA KEHENDAKI. DAN DIA-LAH TUHAN YANG MAHA KUASA LAGI MAHA BIJAKSANA.

DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUTUS MUSA DENGAN MEMBAWA AYAT-AYAT KAMI, (DAN KAMI PERINTAHKAN KEPADANYA): "KELUARKANLAH KAUMMU DARI GELAP GULITA KEPADA CAHAYA TERANG BENDERANG DAN INGATKANLAH MEREKA KEPADA HARI-HARI ALLAH". SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU TERDAPAT TANDA-TANDA (KEKUASAAN ALLAH) BAGI SETIAP ORANG PENYABAR DAN BANYAK BERSYUKUR..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 4 DAN 5, JUZUK 13

Monday, August 9, 2021

MENGENALI BULAN

KAWAH GRIMALDI 

KATEGORI:   KAWAH (CRATER)

LOKASI:   KAWAH GRIMALDI BERADA DI SUKUAN BARAT-DAYA KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT-DAYA OCEANUS PROCELLARUM IAITU PADA KOORDINAT 5.2o SELATAN; 68.6o BARAT.

KELUASAN:   KAWAH GRIMALDI MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 220 KILOMETER.

ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH GRIMALDI TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN PERIOD IAITU LEBIH KURANG -4.5 BILLION TAHUN DAHULU HINGGA -3.9 BILLION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:   KAWAH GRIMALDI ADALAH SEBUAH KAWAH YANG BESAR YANG TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT PINGGIRAN BULAN. KEDUDUKANNYA YANG BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA OCEANUS PROCELLARUM SERTA DI TENGGARA KAWAH RICCIOLI. 

PEMERHATIAN:   KAWAH GRIMALDI MERUPAKAN SEBUAH LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK UNTUK DICERAP. PENCERAPAN KE ATAS KAWAH GRIMALDI DAPAT DILAKUKAN SEHARI SEBELUM BULAN PENUH (FULL MOON) SEHINGGA DUA HARI SEBELUM BULAN BAHARU (NEW MOON).

PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH GRIMALDI, TEROPONG BERKUASA RENDAH BOLEH DIGUNAKAN. NAMUN, UNTUK HASIL PENCERAPAN YANH LEBIH MEMUASKAN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH AMATLAH DIGALAKKAN.

PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH GRIMALDI.

PENGHORMATAN:   KAWAH GRIMALDI DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI MATEMATIK SERTA AHLI FIZIK ITALI IAITU FRANCESCO MARIA GRIMALDI. BELIAU DILAHIRKAN DI BOLOGNA, ITALI PADA 2hb APRIL, 1618 DAN MENINGGAL DUNIA PADA 28hb DISEMBER, 1663 DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 45 TAHUN.

ANTARA TAHUN 1640 HINGGA 1650, GRIMALDI TELAH BEKERJA DENGAN RICCIOLI. BELIAU TELAH MELAKUKAN SIASATAN BERKAITAN DENGAN 'KEJATUHAN OBJEK SECARA BEBAS' (FREE FALL OF OBJECTS).


camp.astronomy@gmail.com



Friday, August 6, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 


"...ALIF, LAAM, RAA. (INI ADALAH) KITAB YANG KAMI TURUNKAN KEPADAMU SUPAYA KAMU MENGELUARKAN MANUSIA DARI GELAP GULITA KEPADA CAHAYA TERANG BENDERANG DENGAN IZIN TUHAN YANG MAHA KUASA LAGI MAHA TERPUJI,

DIA-LAH ALLAH YANG MEMILIKI SEGALA APA YANG DI LANGIT DAN DI BUMI. DAN KECELAKAANLAH BAGI ORANG-ORANG KAFIR KERANA SIKSAAN YANG SANGAT PEDIH..."

(IAITU) ORANG YANG LEBIH MENYUKAI KEHIDUPAN DUNIA DARI KEHIDUPAN AKHIRAT, DAN MENGHALANG-HALANGI (MANUSIA) DARI JALAN ALLAH DAN MENGINGINKAN AGAR JALAN ALLAH ITU BENGKOK. MEREKA ITU BERADA DALAM KESESATAN YANG JAUH..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 1 HINGGA 3, JUZUK 13.

Monday, August 2, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC2174

BURUJ:   ORION

KELAS:   NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA)

LOKASI:   06h 09m 24s  /  +20o 39' 34"

JARAK:   6,400 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.8

SAIZ:    80'.0  X  80'.0

NGC2174 ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ORION. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE MONKEY HEAD NEBULA' KERANA BENTUK DAN RUPA YANG DILIHAT MENYERUPAI KEPALA SE EKOR MONYET. IA TERLETAK DI KAWASAN 'H II REGION' IAITU KAWASAN DI MANA ATOM-ATOM HIDROGEN DI'ION'KAN (IONIZED) YANG KEBIASAANNYA 'AWAN' (CLOUD) GAS YANG SEBAHAGIANNYA TELAH DIIONKAN BAGI PEMBENTUKAN BINTANG.

NGC2174 DIKAITKAN DENGAN NGC2175 IAITU SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER). KEDUA-DUA OBJEK INI TERLETAK DI BAHAGIAN 'KEPALA' BURUJ ORION IAITU BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG 'BETELGEUSE'. NGC2174 DIPENUHI DENGAN BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) YANG 'TERBENAM' (EMBED) DI DALAM KEPULAN GAS KOSMIK YANG CERAH SERTA DI DALAM DEBU-DEBU.

BINTANG-BINTANG TERSEBUT MEMANCARKAN RADIASI YANG MENGIONKAN GAS HIDROGEN DAN MENYEBABKAN NEBULA TERSEBUT BERSINAR DAN BERCAHAYA. CAHAYA SERTA 'ANGIN' YANG DIKELUARKAN DARI BINTANG-BINTANG YANG BAHARU TERBENTUK MENYEBARKAN DAN MENYELERAKAN 'AWAN-AWAN' DI MANA BINTANG-BINTANG TERSEBUT TERBENTUK.







camp.astronomy@gmail.com