KATEGORI: TELUK (BAY / SINUS)
LOKASI: SINUS ASPERITATIS TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS ASPERITATIS ADALAH 27.4O TIMUR DAN 3.8O SELATAN. IA BERADA BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN BARAT-LAUT KAWAH THEOPHILUS. KEDUDUKAN SINUS ASPERITATIS ADALAH DI BAHAGIAN SELATAN MARE TRANQUILLITATIS SEHINGGA IA BERTEMU DENGAN MARE NECTARIS DI BAHAGIAN TENGGARA.
KELUASAN: SINUS ASPERITATIS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 206 km.
ERA PEMBENTUKAN: SINUS ASPERITATIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: SINUS ASPERITATIS ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI 'TELUK KEKASARAN' (THE BAY OF ROUGHNESS) YANG DIAMBIL NAMA SEMPENA KEADAAN PERMUKAAN LANTAI SINUS ASPERITATIS YANG KASAR, GALUR, KERUT DAN JUGA TIDAK RATA. SINUS ASPERITATIS MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI MARE TRANQUILLITATIS DI BAHAGIAN SELATAN, MANAKALA, IA BERGABUNG DENGAN MARE NECTARIS DARI BAHAGIAN TENGGARA.
DI SEPANJANG SEMPADAN DI BAHAGIAN BARAT DAN TIMUR, TERDAPAT KAWASAN LAPANG YANG TIDAK MENENTU DAN TIDAK TERATUR SEPERTI 'BENUA'. DI SEBELAH UTARA TERDAPAT KAWAH KECIL IAITU KAWAH TORRICELLI. MANAKALA, DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT SEPASANG KAWAH YANG BESAR IAITU KAWAH THEOPHILUS DAN KAWAH CYRILLUS. DI SEMPADAN ANTARA SINUS ASPERITATIS DENGAN MARE NECTARIS TERDAPAT KAWAH MADLER.
PEMERHATIAN: SINUS ASPERITATIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PENEROKAAN: TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS ASPERITATIS.
PENGHORMATAN: SINUS ASPERITATIS DINAMA DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) SERTA DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1976.
No comments:
Post a Comment