Monday, August 14, 2017

MENGENALI BULAN

SINUS LUNICUS  (TELUK LUNICUS -  THE BAY OF LUNIK)


KATEGORI:   TASIK (BAY ATAU SINUS)


LOKASI:   SINUS LUNICUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS LUNICUS ADALAH 1.4O BARAT SERTA 31.8O UTARA. IA BERADA DI UTARA KAWAH ARCHIMEDES REGION SEPANJANG BAHAGIAN TENGGARA MARE IMBRIUM.


KELUASAN:   SINUS LUNICUS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 126 km.


ERA PEMBENTUKAN:   SINUS LUNICUS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   SINUS LUNICUS ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK LUNIK' (THE BAY OF LUNIK) YANG MENJADI TAPAK PENDARATAN 'KAPAL PENEROKA' LUNA 2 ATAU 'LUNIK 2' DARI SOVIET UNION OF RUSSIA PADA 4hb SEPTEMBER, 1959. IA MERUPAKAN SEBUAH KAWASAN YANG RATA TERLETAK ANTARA KAWAH ARISTILLUS DAN KAWAH ARCHIMEDES. TERDAPAT KAWAH (CRATERLET) ARCHIMEDES D DAN ARCHIMEDES C.


SINUS LUNICUS ADALAH KAWASAN YANG TERLETAK DI TENGGARA MARE IMBRIUM. IA TERBENTUK DARI KAWASAN YANG SECARA KASARNYA DIKELILINGI DENGAN KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH ARCHIMEDES DI BAHAGIAN BARAT-DAYA; KAWAH AUTOLYCUS DI BAHAGIAN TENGGARA; MANAKALA, KAWAH ARISTILLUS PULA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT. DI SEBELAH BARAT-LAUT, IANYA 'TERBUKA' DAN MENGADAP MONTES SPITZBERGEN IAITU RANGKAIAN GUNUNG-GUNUNG KECIL.


PEMERHATIAN:   SINUS LUNICUS MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP SINUS LUNICUS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR'  BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:   SINUS LUNICUS TELAH DITEROKA OLEH KAPAL PENEROKA (LUNAR PROBE) LUNA 2 MILIK SOVIET UNION OF RUSSIA. IA MERUPAKAN OBJEK BUATAN MANUSIA YANG PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI KE BULAN DAN JUGA MERUPAKAN OBJEK YANG PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI KE SUATU PLANET ATAU SATELIT SELAIN DARIPADA BUMI. LUNA 2 DILANCARKAN PADA 12hb SEPTEMBER, 1959 DARI PUSAT PELANCARAN ROKET BAIKONUR COSMODROME 1/5 PADA JAM 06:39:42 WAKTU GMT (GREENWICH MERIDEAN TIME). LUNA 2 TELAH MENDARAT DI TIMUR MARE IMBRIUM (LAUT IMBRIUM) BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH ARISTIDES, KAWAH ARCHIMEDES DAN KAWAH AUTOLYCUS PADA 13hb SEPTEMBER, 1959 PADA JAM 21:02:24 WAKTU GMT. JANGKAMASA MISI LUNA 2 ADALAH LEBIH KURANG 2 HARI, 14 JAM, 22 MINIT, 41 SAAT.





PENGHORMATAN:   SINUS LUNICUS TELAH DINAMAKAN OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) SEMPENA TAPAK PENDARATAN 'KAPAL PENEROKA' LUNA 2 OLEH SOVIET UNION OF RUSSIA. SINUS LUNICUS TELAH DIIFTIRAF DAN DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1970.



camp.astronomy@gmail.com




No comments:

Post a Comment