LACUS SOMNIORUM (TASIK SOMNIORUM - THE LAKE OF DREAMS)
LOKASI: LACUS SOMNIORUM TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS SOMNIORUM IALAH 29.2O TIMUR SERTA 38.0O UTARA. IA BERADA DI TIMUR-LAUT MARE SERENITATIS REGION.
KELUASAN: LACUS SOMNIORUM MEMPUNYAI DIAMETER 384 km DENGAN KEDALAMAN MENCECAH 2.49 km.
ERA PEMBENTUKAN: LACUS SOMNIORUM TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU DAN -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: LACUS SOMNIORUM JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TASIK IMPIAN' (THE LAKE OF DREAMS) MERUPAKAN SEBUAH KAWASAN YANG CUKUP RATA YANG BERSAMBUNGAN DENGAN MARE SERENITATIS DI SEBELAH TIMUR-LAUT. DENGAN KELUASAN MENCAPAI 70,000 km2 SERTA BEBERAPA BUKIT-BAKAU DAN JUGA KAWAH-KAWAH. IA MENGANDUNGI RIMAE DANIELLE DAN KAWAH DANIELLE. KAWAH POSIDONIUS TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN NYA DI SEBELAH SELATAN.
DI BAHAGIAN UTARA LACUS SOMNIORUM TERDAPAT LACUS MORTIS DENGAN KAWAH BURG DI DALAMNYA, KAWAH PLANA, KAWAH MASON, KAWAH GROVE, KAWAH HERCULES, KAWAH ATLAS SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG LAIN. DI SEBELAH BARAT TERDAPAT MONTES CAUCASUS (BANJARAN CAUCASUS) SERTA MARE SERENITATIS YANG TERBENTANG LUAS.
DI BAHAGIAN TIMUR PULA TERDAPAT KAWAH WILLIAMS, KAWAH MAURY C, KAWAH FRANKLIN, KAWAH CEPHEUS, KAWAH BERZELIUS SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG LAIN. MANAKALA, DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT KAWAH POSIDONIUS YANG BESAR, KAWAH CHACORNAC, KAWAH MONNIER SERTA KAWAH-KAWAH YANG KECIL SERTA MONTES TAURUS (BANJARAN TAURUS).
PEMERHATIAN: LACUS SOMNIORUM DAPAT DICERAP PADA HARI KELIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KEEMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK.
PERALATAN: UNTUK MENCERAP LACUS SOMNIORUM, TEROPONG BERKUASA 10X DIPERLUKAN. NAMUN, UNTUK PENCERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI, GUNAKAN TELESKOP YANG BERKUASA RENDAH AMAT DIGALAKKAN UNTUK MELIHAT KEUNIKAN LANSKAP BULAN INI.
PENEROKAAN: TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS SOMNIORUM.
No comments:
Post a Comment