Monday, December 10, 2018

MENGENALI BULAN

 LACUS FELICITATIS (TASIK FELICITATIS - LAKE OF HAPPINESS)

KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)

LOKASI:   LACUS FELICITATIS BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI 'MONTES APENNINUS REGION' IAITU PADA KOORDINAT 5.4o TIMUR ; 18.5o UTARA.

ERA PEMBENTUKAN:   LACUS FELICITATIS TERBENTUK PADA ERA 'IMBRIAN' IAITU LEBIH KURANG -3,850 JUTA TAHUN HINGGA - 3,200 JUTA TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:   LACUS FELICITATIS ADALAH SEBUAH TASIK (YANG KELIHATAN SEPERTI TASIK DI PERMUKAAN BULAN APABILA DILIHAT DARI BUMI)!!. LACUS FELICITATIS BERMAKSUD "LAKE OF HAPPINESS" (TASIK KEGEMBIRAAN). IA MERUPAKAN SEBUAH TASIK (TOMPOKAN) YANG KECIL DI PERMUKAAN BULAN YANG TELAH DILIMPAHI DENGAN ALIRAN LAVA YANG MENYEBABKAN TASIK (TOMPOKAN) TERSEBUT MENGALAMI PARAS YANG LEBIH RENDAH DARI KAWASAN DI SEKELILINGNYA. BENTUK TERSEBUT MENJADI LACUS FELICITATIS. KEDUDUKAN LACUS FELICITATIS DI TERRA NIVIUM (THE LAND OF SNOWS), SATU KAWASAN DI UTARA MARE VAPORUM. LACUS FELICITATIS MELIPUTI KELUASAN SEHINGGA 98 KM. 

BENTUKNYA YANG MELENGKONG MENGHASILKAN SATU CABANG KE UTARA DAN SATU LAGI CABANG KE TIMUR. TERDAPAT TIGA KAWAH (CRATERS) KECIL DI DALAM KAWASAN LACUS FELICITATIS IAITU KAWAH DAG (0.5 KM), KAWAH INA (3 KM) DAN KAWAH OSAMA (0.5 KM). LEBIH KURANG 70 KE 80 KM KE TIMUR-LAUT LACUS FELICITATIS TERDAPAT MONTES HAEMUS (BANJARAN HAEMUS) YANG TERLETAK DI SEPANJANG BARAT-DAYA PINGIRAN MARE SERENITATIS. SEMPADAN DI SEKELILING LACUS FELICITATIS AGAK KASAR SERTA TIDAK RATA.

DI BAHAGIAN UTARA LACUS FELICITATIS TERDAPAT GUNUNG-GUNUNG YANG TERHAMPAR DARI MONTES HAEMUS (BANJARAN HAEMUS). TERDAPAT JUGA KAWAH CONON A. DI TIMUR, BERSEBELAHAN DENGANNYA TERDAPAT LACUS ODII. MANAKALA, DI SEBELAH TENGGARA PULA TERLETAK LACUS DOLORIS. DI SEBELAH SELATAN, TERDAPAT MARE VAPORUM DAN KAWAH YANGEL, MANAKALA, SINUS FIDEI (TELUK FIDEI) SERTA KAWAH CONON W DI SEBELAH BARAT LACUS FELICITATIS.

PEMERHATIAN:  LACUS FELICITATIS ADALAH SUATU LANSKAP YANG AGAK MENARIK UNTUK DICERAP. IA BOLEH DICERAP PADA KETIKA SUKU PERTAMA BULAN (FIRST QUARTER MOON) ATAU 6 HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:  UNTUK MENCERAP LACUS FELICITATIS, SEKURANG-KURANGNYA, TELESKOP  JENIS REFRACTOR BERKUASA x 50 mm DIPERLUKAN.

PENGHORMATAN:   MARE FRIGORIS TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).


camp.astronomy@gmail.com

No comments:

Post a Comment