Monday, December 11, 2017

MENGENALI BULAN

LACUS TEMPORIS  (TASIK TEMPORIS -  LAKE OF TIME)


KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)


LOKASI:   LACUS TEMPORIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS TEMPORIS ADALAH 58.4O TIMUR DAN 46.9O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TENGGARA KAWAH ATLAS.


KELUASAN:   LACUS TEMPORIS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 117 KM.


ERA PEMBENTUKAN:   LACUS TEMPORIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   LACUS TEMPORIS ADALAH SEBUAH 'TASIK' YANG DIPANGGIL SEBAGAI 'TASIK WAKTU' (THE LAKE OF TIME) MERUPAKAN PENGABUNGAN DAN PENGUBAHAN DUA BUAH 'TOMPOKAN' (PATCHES) 
YANG BESAR BERBENTUK 'BULAT' DENGAN PERMUKAAN YANG 'LICIN'. TERDAPAT SEBUAH KAWAH KECIL SEAKAN-AKAN SEBIJI CAWAN BERADA DI PERSIMPANGAN KEDUA-DUA 'TOMPOKAN' TERSEBUT.


DI UTARA LACUS TEMPORIS TERDAPAT KAWAH ENDYMION YANG BESAR, SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG LAIN SEPERTI KAWAH DE LA RUE, KAWAH HAYN, KAWAH STRABO, KAWAH THALES DAN MARE HUMBOLDTIAUM. DI BAHAGIAN BARAT TERDAPAT KAWAH ATLAS, KAWAH HERCULES, KAWAH KELDYSH, LACUS MORTIS, KAWAH CHEVALLIER,  LACUS SOMNIORUM SERTA MARE FRIGORIS.


DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT KAWAH OERSTED, KAWAH CEPHEUS, KAWAH FRANKLIN, KAWAH SHUCKBURGH, KAWAH HOOKE, SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH BERSAIZ KECIL YANG LAIN. DI SEBELAH TIMUR TERDAPAT KAWAH MERCURIUS, KAWAH CARRINGTON, KAWAH MESSALA, KAWAH SCHUMACHER SERTA LACUS SPEI.


PEMERHATIAN:   LACUS TEMPORIS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE DUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). 


PERALATAN:   BAGI TUJUAN MENCERAP LACUS TEMPORIS, TEROPONG BERKUASA 10x  DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS TEMPORIS.


PENGHORMATAN:   LACUS TEMPORIS TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN TELAH DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1976.


camp.astronomy@gmail.com


No comments:

Post a Comment