ATLAS CRATER (KAWAH ATLAS)
LOKASI: ATLAS CRATER BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK PADA KOORDINAT 46.7o UTARA ; 44.4o TIMUR, IAITU DI KEDUDUKAN TENGGARA DARI MARE FRIGORIS. DI SEBALAH BARAT TERDAPAT SATU KAWAH YANG LEBIH KECIL IAITU 'HERCULES CRATER'
ERA: ATLAS CRATER TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3,850 JUTA TAHUN HINGGA - 3,200 JUTA TAHUN DAHULU.
ATLAS CRATER MEMPUNYAI BENTUK YANG TIDAK SEKATA, IA BERBENTUK GEOMETRI DENGAN BANYAK SEGI ATAU BERSUDUT BANYAK, WALAUPUN IA KELIHATAN SEPERTI BERBENTUK BULAT. ATLAS CRATER MEMPUNYAI DIAMETER SEPANJANG 87 KM SERTA BERKEDALAMAN SEHINGGA 2 KM. LANTAI ATLAS CRATER DIPENUHI DENGAN BUKIT-BUKIT, REKAHAN-REKAHAN DAN RETAKAN-RETAKAN SERTA PECAHAN-PECAHAN YANG KELIHATAN DENGAN JELAS. TERDAPAT SEBUAH GUNUNG BERADA DI TENGAH ATLAS CRATER. SEMUA LANSKAP YANG TERDAPAT DI DALAM ATLAS CRATER INI DIHASILKAN OLEH PEMBENTUKAN DARI PERUBAHAN VOLKANIK YANG BERLAKU RIBUAAN JUTA TAHUN DAHULU. SATU LANSKAP YANG PALING MENONJOL IALAH RIMAE ATLAS, JALURAN REKAHAN DAN RETAKAN YANG MEMANJANG DI DALAM ATLAS CRATER.
PEMERHATIAN: ATLAS CRATER ADALAH SATU KAWAH YANG SUNGGUH MENARIK UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE 4 SELEPAS 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) HINGGA HARI KE 3 SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP ATLAS CRATER, SEKURANG-KURANGNYA, REFRACTOR BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
No comments:
Post a Comment