Monday, December 28, 2020

OBJEK DI LANGIT

 NGC2266

BURUJ:   GEMINI

KELAS:   KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)

LOKASI:   06h 43m 20s  /  +26o 59' 06"

JARAK:   11,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.5

SAIZ:   4.2'  X  4.2'

NGC2266 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ GEMINI. IA TELAH DITEMUKAN OLEH AHLI ASTRONOMI GERMAN-BRITISH, WILLIAM HERSCHEL PADA 7hb DISEMBER, 1785. NGC2266 TERLETAK DI KEDUDUKAN 1.8o UTARA DARI BINTANG PROPUS (ETA GEMINORUM) KAWASAN YANG DIPENUHI DAN KAYA DENGAN BINTANG-BINTANG DI BIMA SAKTI (MILKY WAY).

NGC2266 MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA DUA DOZEN BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAMNYA. BINTANG YANG PALING CERAH ADALAH BINTANG SAO 78670 YANG BERMAGNITUD +8.9 YANG TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT-DAYA KLUSTER NGC2266. KLUSTER INI ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG SUNGGUH 'TUA' DENGAN USIA MELEBIHI 1 BILION TAHUN. KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM KLUSTER INI TELAH BERKEMBANG DAN MELALUI PERINGKAT BINTANG 'RED GIANT' DALAM PUSINGAN HIDUP BINTANG. KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG YANG BERKEMBANG DALAM KLUSTER INI BERWARNA 'KEKUNINGAN' ATAU 'JINGGA' DAN LEBIH 'BESAR' DARIPADA MATAHARI.








camp.astronomy@gmail.com















Friday, December 25, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...DIA-LAH YANG MENCIPTAKAN KAMU DARI TANAH KEMUDIAN DARI SETITIS AIR MANI, SESUDAH ITU DARI SEGUMPAL DARAH, KEMUDIAN DILAHIRKANNYA KAMU SEBAGAI SE ORANG ANAK, KEMUDIAN (KAMU DIBIARKAN HIDUP) SUPAYA KAMU SAMPAI KEPADA MASA (DEWASA), KEMUDIAN (DIBIARKAN KAMU HIDUP LAGI) SAMPAI TUA, DI ANTARA KAMU ADA YANG DIWAFATKAN SEBELUM ITU. (KAMI PERBUAT DEMIKIAN) SUPAYA KAMU SAMPAI KEPADA AJAL YANG DITENTUKAN DAN SUPAYA KAMU MEMAHAMI(NYA).

DIA-LAH YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN, MAKA APABILA DIA MENETAPKAN SESUATU URUSAN, DIA HANYA BERKATA KEPADA-NYA: "JADILAH", MAKA JADILAH IA..."


SURAH AL MU'MIN (ORANG YANG BERIMAN), AYAT 67 DAN 68, JUZUK 24

Monday, December 21, 2020

OBJEK DI LANGIT

 NGC 5005 / CALDWELL 29

BURUJ:  CANES VENATICI

KELAS:  SPIRAL GALAXY (GALAKSI BERPUTAR)

LOKASI:  13h 10m 56.2s / +37o 03' 33"

MAGNITUD:  +9.8

JARAK:  65 JUTA TAHUN CAHAYA

NGC 5005 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG KELIHATAN SENGET ATAU CONDONG  (INCLINED) DARI PANDANGAN BUMI. IA BERADA DI DALAM BURUJ CANES VENATICI DAN MEMPUNYAI KECERAHAN PERMUKAAN YANG TINGGI, MEMBOLEHKAN IANYA MENJADI OBJEK YANG KELIHATAN DI DALAM TELESKOP BERKUASA BESAR PEMINAT ASTRONOMI AMATUR. SELAIN PERMUKAAN YANG CERAH, NGC 5005 JUGA MEMPUNYAI NUKLEAS YANG CERAH DI PUSAT  GALAKSI; SERTA CAKERA YANG CERAH YANG MENGANDUNGI JALUR-JALUR DEBU YANG BERGANDA. TERDAPAT JUGA 'LOHONG HITAM YANG 'SANGAT BESAR'  (SUPERMASSIVE BLACK-HOLE) DI PUSAT GALAKSI TERSEBUT. BERHAMPIRAN DENGAN NGC 5005, IAITU NGC 5033; MERUPAKAN PASANGAN GALAKSI YANG TIDAK MEMPENGARUHI MANA-MANA GALAKSI DENGAN 'TARIKAN GRAVITI' MASING-MASING UNTUK MENGUASAI GALAKSI YANG LAGI SATU. WALAUPUN KECIL DAN KABUR DARI NGC 5033, NGC 5005 LEBIH SENANG DIKESAN BERBANDING NGC 5033, KERANA IA MEMPUNYAI 'TERAS' YANG KOMPAK. NGC 5005 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 1hb MEI, 1785.




                                                  NGC 5005 (KANAN) - NGC 5033 (KIRI)
                                KEDUDUKAN NGC 5005 DI DALAM CANES VENATICI


Friday, December 18, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...ALLAH-LAH YANG MENJADIKAN BUMI BAGI KAMU TEMPAT MENETAP DAN LANGIT SEBAGAI ATAP, DAN MEMBENTUK KAMU LALU MEMBAGUSKAN RUPAMU SERTA MEMBERI KAMU REZEKI DENGAN SEBAHAGIAN YANG BAIK-BAIK. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH ALLAH TUHAN-MU, MAHA AGUNG ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.

DIALAH YANG HIDUP KEKAL, TIADA TUHAN MELAINKAN DIA; MAKA SEMBAHLAH DIA DENGAN MEMURNIKAN IBADAT KEPADA-NYA. SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM.

KATAKANLAH (YA MUHAMMAD): "SESUNGGUHNYA AKU DILARANG MENYEMBAH SEMBAHAN YANG KAMU SEMBAH SELAIN ALLAH SETELAH DATANG KEPADAKU KETERANGAN-KETERANGAN DARI TUHANKU; DAN AKU DIPERINTAHKAN SUPAYA TUNDUK PATUH KEPADA TUHAN SEMESTA ALAM..."


SURAH AL MU'MIN (ORANG YANG BERIMAN), AYAT 64 HINGGA 66, JUZUK 24

Monday, December 14, 2020

MENGENALI BULAN

ATLAS CRATER (KAWAH ATLAS)

LOKASI:  ATLAS CRATER BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK PADA KOORDINAT 46.7o UTARA ; 44.4o TIMUR, IAITU DI KEDUDUKAN TENGGARA DARI MARE FRIGORIS. DI SEBALAH BARAT TERDAPAT SATU KAWAH YANG LEBIH KECIL IAITU 'HERCULES CRATER'

ERA:  ATLAS CRATER TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3,850 JUTA TAHUN HINGGA - 3,200 JUTA TAHUN DAHULU.

ATLAS CRATER MEMPUNYAI BENTUK YANG TIDAK SEKATA, IA BERBENTUK GEOMETRI DENGAN BANYAK SEGI ATAU BERSUDUT BANYAK, WALAUPUN IA KELIHATAN SEPERTI BERBENTUK BULAT. ATLAS CRATER MEMPUNYAI DIAMETER SEPANJANG 87 KM SERTA BERKEDALAMAN SEHINGGA 2 KM. LANTAI ATLAS CRATER DIPENUHI DENGAN BUKIT-BUKIT, REKAHAN-REKAHAN DAN RETAKAN-RETAKAN SERTA PECAHAN-PECAHAN YANG KELIHATAN DENGAN JELAS. TERDAPAT SEBUAH GUNUNG BERADA DI TENGAH ATLAS CRATER. SEMUA LANSKAP YANG TERDAPAT DI DALAM ATLAS CRATER INI DIHASILKAN OLEH PEMBENTUKAN DARI PERUBAHAN VOLKANIK YANG BERLAKU RIBUAAN JUTA TAHUN DAHULU. SATU LANSKAP YANG PALING MENONJOL IALAH RIMAE ATLAS, JALURAN REKAHAN DAN RETAKAN  YANG MEMANJANG DI DALAM  ATLAS CRATER.

PEMERHATIAN:  ATLAS CRATER ADALAH SATU KAWAH YANG SUNGGUH MENARIK UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE 4 SELEPAS 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) HINGGA HARI KE 3 SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).

PERALATAN:  UNTUK MENCERAP ATLAS CRATER, SEKURANG-KURANGNYA, REFRACTOR BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.






Friday, December 11, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN TUHANMU BERFIRMAN: "BERDOALAH KEPADA-KU, NESCAYA AKAN KUPERKENANKAN BAGIMU. SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENYOMBONGKAN DIRI DARI MENYEMBAH-KU AKAN MASUK NERAKA JAHANNAM DALAM KEADAAN HINA DINA".

ALLAH-LAH YANG MENJADIKAN MALAM UNTUK KAMU BERISTIREHAT PADANYA; DAN MENJADIKAN SIANG TERANG BENDERANG. SESUNGGUHNYA ALLAH BENAR-BENAR MEMPUNYAI KURNIA YANG DILIMPAHKAN ATAS MANUSIA, AKAN TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK BERSYUKUR.

YANG DEMIKIAN ITU ADALAH ALLAH, TUHAN-MU, PENCIPTA SEGALA SESUATU, TIADA TUHAN MELAINKAN DIA; MAKA BAGAIMANAKAH KAMU DAPAT DIPALINGKAN?

SEPERTI DEMIKANLAH DIPALINGKAN ORANG-ORANG YANG SELALU MENGINGKARI AYAT-AYAT ALLAH..."


SURAH AL MU'MIN (ORANG YANG BERIMAN), AYAT 60 HINGGA 63, JUZUK 24

Friday, December 4, 2020

RENUNGAN JUMAAT

"...SESUNGGUHNYA PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI LEBIH BESAR DARIPADA PENCIPTAAN MANUSIA AKAN TETAPI KEBANYAKKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI.

DAN TIDAKLAH SAMA ORANG YANG BUTA DENGAN ORANG YANG MELIHAT, DAN TIDAKLAH (PULA SAMA) ORANG-ORANG YANG BERIMAN SERTA MENGERJAKAN AMAL SOLEH DENGAN ORANG-ORANG YANG DURHAKA. SEDIKIT SEKALI KAMU MENGAMBIL PELAJARAN.

SESUNGGUHNYA HARI KIAMAT PASTI AKAN DATANG, TIDAK ADA KERAGUAN TENTANGNYA, AKAN TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIADA BERIMAN..."


SURAH AL MU'MIN (ORANG YANG BERIMAN), AYAT 57 HINGGA 59, JUZUK 24