Monday, September 7, 2020

OBJEK DI LANGIT

NGC2359

BURUJ:   CANIS MAJOR

KELAS:   NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA)

LOKASI:   07h 18m 30s  /  -13o 13' 30"

JARAK:   11,960 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.45

SAIZ:   8'.0  X   8'.0

NGC2359 ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CANIS MAJOR. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 31hb DISEMBER, 1785. NGC2359 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE THOR'S HELMET NEBULA" BENTUK YANG KELIHATAN SEPERTI TOPI YANG DIPAKAI OLEH 'TUHAN' GURUH DAN KILAT BANGSA NORSE (NORWAY KUNO) IAITU THOR.

BINTANG 'TERAS' TERDIRI DARIPADA BINTANG "WOLF-RAYET" WR7 YANG SUNGGUH PANAS SERTA DIJANGKAKAN DI DALAM PROSES PERKEMBANGAN PERINGKAT PRA-SUPERNOVA.  NGC2359 MERUPAKAN SECARA KESELURUHANNYA ADALAH BERBENTUK 'GELEMBUNG' (BUBBLE), TETAPI MEMPUNYAI STRUKTUR GARISAN-GARISAN HALUS YANG RUMIT DAN KOMPLEK.

NGC2359 MEMPUNYAI BERATUS MASSA DARI BAHAN-BAHAN YANG TELAH DI'ION' SERTA LEBIH BEBERAPA RIBU BAHAN-BAHAN YANG BELUM DI'ION' TERMASUK GAS- GAS. KEBANYAKAN BAHAN-BAHAN 'INTERSTELLAR' DITIUP OLEH ANGIN DARI BINTANG 'TERAS', WALAUPUN BEGITU BEBERAPA BAHAN-BAHAN KELIHATAN MEMPERKAYAKAN DENGAN PRODUK PENGGABUNGAN YANG DATANG SECARA LANGSUNG DARI BINTANG-BINTANG.

KANDUNGAN NGC2359 ADALAH TERDIRI DARIPADA DEBU-DEBU KOSMIK SERTA GAS-GAS YANG MANA MENDEDAHKAN PENAMPILAN WARNA BIRU-HIJAU PADA NEBULA TERSEBUT. NGC2361 PULA ADALAH SEBUAH 'IKATAN' NEBULA  YANG CERAH BERADA DI PINGGIRAN 'LINGKARAN' TENGAH NGC2359.







camp.astronomy@gmail.com















 

No comments:

Post a Comment