Monday, September 28, 2020

OBJEK DI LANGIT

IC4499

BURUJ:   APUS

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER)

LOKASI:   15h 00m 18s  /  -82o 12' 49"

JARAK:   50,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.76

SAIZ:   7'.6  X  7'.6

IC4499 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ APUS DI HEMISFERA SELATAN. IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER YANG AGAK 'LONGGAR' (LOOSE) SERTA TIDAK TERIKAT DENGAN RAPAT ANTARA BINTANG-BINTANG YANG BERADA DI DALAM KLUSTER TERSEBUT. IC4499 TELAH DITEMUKAN OLEH DeLISTE STEWART PADA 13hb JUN, 1901. 

KEDUDUKAN IC4499 YANG BERADA DI "LINGKARAN GALAKTIK" (GALACTIC HALO) DENGAN JARAK SEDERHANA JAUH. "LINGKARAN GALAKTIK" ADALAH KOMPONEN GALAKSI YANG BERBENTUK SFERA ATAU 'BULAT' YANG MEMANJANG MELEPASI KOMPONEN UTAMA YANG DAPAT DILIHAT (VISIBLE)

IC4499 MERUPAKAN SEBUAH BEBOLA YANG MENGANDUNGI PULUHAN ATAU RATUSAN RIBU BINTANG-BINTANG YANG MEMBENTUK KLUSTER GLOBULAR TERSEBUT. PADA TEORI ASAL, KESEMUA BINTANG-BINTANG YANG TERKANDUNG DI DALAM KLUSTER TERSEBUT DIANGGAP DI'LAHIR'KAN PADA MASA YANG SAMA. NAMUN, SELEPAS PENYELIDIKAN DILAKUKAN, IA MERUPAKAN KLUSTER YANG TERDIRI DARIPADA DUA GENERASI BINTANG-BINTANG. TERDAPAT BINTANG-BINTANG YANG 'MATANG' (OLDER), YANG BERWARNA JINGGAYANG BERCAMPUR DENGAN BINTANG-BINTANG YANG 'BAHARU' (YOUNGER) YANG BERWARNA BIRU.

DISEBABKAN KLUSTER IC4499 ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG BESAR, IA BOLEH MENGHASILKAN LEBIH BANYAK GAS-GAS YANG MANA BOLEH MEMBENTUK GENERASI KEDUA BINTANG-BINTANG SELEPAS PEMBENTUKAN GENERASI PERTAMA YANG TELAH 'MATANG'. DIANGGARKAN USIA IC4499 ADALAH DALAM LINGKUNGAN 12 BILION TAHUN (+ 0.75).







camp.astronomy@gmail.com












Friday, September 25, 2020

RENUNGAN JUMAAT

"...DAN PADA SISI ALLAH-LAH KUNCI-KUNCI SEMUA YANG GHAIB; TAK ADA YANG MENGETAHUINYA KECUALI DIA SENDIRI, DAN DIA MENGETAHUI APA YANG DI DARATAN DAN DI LAUTAN, DAN TIADA SEHELAI DAUNPUN YANG GUGUR MELAINKAN DIA MENGETAHUINYA (PULA), DAN TIDAK JATUH SEBUTIR BIJIPUN DALAM KEGELAPAN BUMI DAN TIDAK SESUATU YANG BASAH ATAU YANG KERING, MELAINKAN TERTULIS DALAM KITAB YANG NYATA (LAUH MAHFUZH).

DAN DIALAH YANG MENIDURKAN KAMU DI MALAM HARI DAN DIA MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN PADA SIANG HARI, KEMUDIAN DIA MEMBANGUNKAN KAMU PADA SIANG HARI UNTUK DISEMPURNAKAN UMUR (MU) YANG TELAH DITENTUKAN, KEMUDIAN KEPADA ALLAH-LAH KAMI KEMBALI, LALU DIA MEMBERITAHUKAN KEPADAMU APA YANG DAHULU KAMU KERJAKAN..." 


SURAH AL AN' AAM (BINATANG TERNAK), AYAT 59 DAN 60, JUZUK 7

Monday, September 21, 2020

OBJEK DI LANGIT

NGC2336

BURUJ:   CAMELOPARDALIS

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY)

LOKASI:   07h 27m 04s  /  +80o 10' 41"

JARAK:   100,000 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.3

SAIZ:   7.1'  X  3.9'

NGC2336 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CAMELOPARDALIS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILHELM TEMPEL DALAM TAHUN 1876.

NGC2336 MEMPUNYAI 'BAR' (PALANG) YANG KECIL DAN MEMILIKI SEKURANG-KURANGNYA 8 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) DENGAN KAWASAN "H II REGION" (IAITU KAWASAN DI MANA ATOM HIDROGEN ANTARA BINTANG-BINTANG TELAH DI'ION'KAN) BERPUNCA DARI STRUKTOR SEPERTI 'GEGELANG' YANG TERDAPAT DISEKELILING 'BAR' (PALANG).

DI DALAM 'LENGAN' YANG BESAR MENJADI TEMPAT KEPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG 'MUDA' YANG 'BESAR' (MASSIVE) DENGAN DUA DARIPADA 'LENGAN-LENGAN' TERSEBUT MENJADI 'PERUMAH' KEPADA NEBULA 'PANCARAN' (EMISSION NEBULA) YANG TERDIRI KEBANYAKAN DARIPADA "FLUK" (FLUX). DARI HASIL PEMERHATIAN YANG DILAKUKAN, TERDAPAT 78 KAWASAN 'PEMBENTUKAN BINTANG' DENGAN 2 DARIPADA KAWASAN TERSEBUT IALAH DI ANTARA 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) DAN JUGA TERDAPAT 6 KAWASAN IALAH DI 'GEGELANG' (RINGS) GALAKSI.

'PEMBENTUKAN BINTANG' LEBIH MEMUNCAK DI KAWASAN BAHAGIAN 'DALAMAN' 'LENGAN' SERTA PADA 'GEGELANG'. LORONG-LORONG DEBU (DUST LANES) YANG BERSELERAKAN DAPAT DIPERHATIKAN DI KAWASAN NUKLEUS GALAKSI MENANDAKAN LORONG DEBU TERSEBUT TIDAK MEMENUHI CIRI UNTUK BERADA DI KAWASAN BERPUTAR STRUKTOR GALAKSI.

NUKLEUS BAGI NGC2336 ADALAH KECIL, DENGAN BERDIAMETER 5" (ARCSECONDS), MANAKALA, 'BONJOLAN' (BULGE) AGAK BESAR DENGAN RADIUS 17" (ARCSECONDS). DI PUSAT GALAKSI TERDAPAT 'LOHONG HITAM' (BLACK HOLE) YANG SUNGGUH BESAR. TERDAPAT JUGA SUPERNOVA SN1987L YANG BERMAGNITUD +14.2, TELAH DITEMUKAN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI AMATUR AMERIKA SYARIKAT, JAMES DANA PATCHICK, PADA 16hb OGOS, 1987.

                                   





camp.astronomy@gmail.com



 



 








 

Friday, September 18, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...KATAKANLAH: "BERJALANLAH DI MUKA BUMI, KEMUDIAN PERHATIKANLAH BAGAIMANA KESUDAHAN ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN ITU".

KATAKANLAH: 'KEPUNYAAN SIAPAKAH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI?". KATAKANLAH: "KEPUNYAAN ALLAH". DIA TELAH MENETAPKAN ATAS DIRI-NYA KASIH SAYANG. DIA SUNGGUH-SUNGGUH AKAN MENGHIMPUN KAMU PADA HARI KIAMAT YANG TIDAK ADA KERAGUAN TERHADAPNYA. ORANG-ORANG YANG MERUGIKAN DIRINYA, MEREKA ITU TIDAK BERIMAN.

DAN KEPUNYAN ALLAH-LAH SEGALA YANG ADA PADA MALAM DAN SIANG HARI. DAN DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI.."


SURAH AL AN' AAM (BINATANG TERNAK), AYAT 11 HINGGA 13, JUZUK 7

Friday, September 11, 2020

RENUNGAN JUMAAT

"...APAKAH MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN BETAPA BANYAKNYA GENERASI-GENERASI YANG TELAH KAMI BINASAKAN SEBELUM MEREKA, PADAHAL (GENERASI ITU), TELAH KAMI TEGUHKAN KEDUDUKAN MEREKA DI MUKA BUMI, IAITU KETEGUHAN YANG BELUM PERNAH KAMI BERIKAN KEPADAMU, DAN KAMI CURAHKAN HUJAN YANG LEBAT ATAS MEREKA DAN KAMI JADIKAN SUNGAI-SUNGAI MENGALIR DI BAWAH MEREKA, KEMUDIAN KAMI BINASAKAN MEREKA KERANA DOSA MEREKA SENDIRI, DAN KAMI CIPTAKAN SESUDAH MEREKA GENERASI YANG LAIN.

DAN KALAU KAMI TURUNKAN KEPADAMU TULISAN DI ATAS KERTAS, LALU MEREKA DAPAT MEMEGANGNYA DENGAN TANGAN MEREKA SENDIRI, TENTULAH ORANG-ORANG YANG KAFIR ITU BERKATA: "INI TIDAK LAIN HANYALAH SIHIR YANG NYATA"..."


SURAH AL AN' AAM (BINATANG TERNAK), AYAT 6 DAN 7, JUZUK 7

Monday, September 7, 2020

OBJEK DI LANGIT

NGC2359

BURUJ:   CANIS MAJOR

KELAS:   NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA)

LOKASI:   07h 18m 30s  /  -13o 13' 30"

JARAK:   11,960 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.45

SAIZ:   8'.0  X   8'.0

NGC2359 ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CANIS MAJOR. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 31hb DISEMBER, 1785. NGC2359 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE THOR'S HELMET NEBULA" BENTUK YANG KELIHATAN SEPERTI TOPI YANG DIPAKAI OLEH 'TUHAN' GURUH DAN KILAT BANGSA NORSE (NORWAY KUNO) IAITU THOR.

BINTANG 'TERAS' TERDIRI DARIPADA BINTANG "WOLF-RAYET" WR7 YANG SUNGGUH PANAS SERTA DIJANGKAKAN DI DALAM PROSES PERKEMBANGAN PERINGKAT PRA-SUPERNOVA.  NGC2359 MERUPAKAN SECARA KESELURUHANNYA ADALAH BERBENTUK 'GELEMBUNG' (BUBBLE), TETAPI MEMPUNYAI STRUKTUR GARISAN-GARISAN HALUS YANG RUMIT DAN KOMPLEK.

NGC2359 MEMPUNYAI BERATUS MASSA DARI BAHAN-BAHAN YANG TELAH DI'ION' SERTA LEBIH BEBERAPA RIBU BAHAN-BAHAN YANG BELUM DI'ION' TERMASUK GAS- GAS. KEBANYAKAN BAHAN-BAHAN 'INTERSTELLAR' DITIUP OLEH ANGIN DARI BINTANG 'TERAS', WALAUPUN BEGITU BEBERAPA BAHAN-BAHAN KELIHATAN MEMPERKAYAKAN DENGAN PRODUK PENGGABUNGAN YANG DATANG SECARA LANGSUNG DARI BINTANG-BINTANG.

KANDUNGAN NGC2359 ADALAH TERDIRI DARIPADA DEBU-DEBU KOSMIK SERTA GAS-GAS YANG MANA MENDEDAHKAN PENAMPILAN WARNA BIRU-HIJAU PADA NEBULA TERSEBUT. NGC2361 PULA ADALAH SEBUAH 'IKATAN' NEBULA  YANG CERAH BERADA DI PINGGIRAN 'LINGKARAN' TENGAH NGC2359.







camp.astronomy@gmail.com















 

Friday, September 4, 2020

RENUNGAN JUMAAT

"...SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI, DAN MENGADAKAN GELAP DAN TERANG, NAMUN ORANG-ORANG YANG KAFIR MEMPERSEKUTUKAN (SESUATU) DENGAN TUHAN MEREKA.

DIALAH YANG MENCIPTAKAN KAMU DARI TANAH, SESUDAH ITU DITENTUKANNYA AJAL (KEMATIANMU), DAN ADA LAGI SUATU AJAL YANG DITENTUKAN (UNTUK BERBANGKIT) YANG ADA PADA SISI-NYA (YANG DIA SENDIRILAH MENGETAHUINYA), KEMUDIAN KAMU MASIH RAGU-RAGU (TENTANG BERBANGKIT ITU)

DAN DIALAH ALLAH (YANG DISEMBAH), BAIK DI LANGIT MAHUPUN DI BUMI: DIA MENGETAHUI APA YANG KAMU LAHIRKAN DAN MENGETAHUI (PULA) APA YANG KAMU USAHAKAN..."


SURAH AL AN' AAM (BINATANG TERNAK), AYAT 1 HINGGA 3, JUZUK 7