MARE VAPORUM (SEA OF VAPORS)
KATEGORI: LAUTAN (SEA ATAU MARE)
LOKASI: MARE VAPORUM TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MARE VAPORUN IALAH 13.3o UTARA SERTA 3.6o TIMUR. IA TERLETAK DI DALAM 'LURAH' ATAU 'KAWAH' YANG BERADA DI DALAM 'PROCELLARUM BASIN'.
KELUASAN: MARE VAPORUM MEMPUNYAI KELUASAN 55,000 KM PERSEGI (21,000 BATU PERSEGI). IA BERBENTUK AGAK BULAT DENGAN DIAMETER 242 KM (150 BATU).
ERA PEMBENTUKAN: MARE VAPORUM TERBENTUK DALAM MASA ERA PRE-IMBRIAN IAITU KIRA-KIRA -4.55 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: MARE DI AMBIL DARI PERKATAAN 'LATIN' YANG BERMAKSUD 'LAUT' (SEA). MARE VAPORUM ATAU SEA OF VAPORS (LAUTAN BERKABUS) ADALAH 'LAUTAN BULAN' (LUNAR MARE) YANG BERADA DI KEDUDUKAN DI ANTARA TIMUR-LAUT 'BINGKAI' (RIM) SEMPADAN MARE SERENITATIS DAN TENGGARA 'BINGKAI' (RIM) SEMPADAN MARE IMBRIUM.
DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT, IA BERSEMPADANAN DENGAN BANJARAN GUNUNG MONTES APENNIUS. MANAKALA, DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT 'ANAK SUNGAI' RIMA HYGINUS YANG BERSILANG DENGAN KAWAH HYGINUS.
PEMERHATIAN: MARE VAPORUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SANGAT CANTIK DAN MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: PERALATAN YANG DIPERLUKAN IALAH TEROPONG YANG BERKUASA 10X. NAMUN, UNTUK MENELITI LANSKAP MARE VAPORUM, PENGGUNAAN TELESKOP AMAT MEMBANTU DALAM PENCERAPAN BAGI MENGHAYATI KEINDAHAN DAN KEUNIKAN MARE VAPORUM.
PENEROKAAN: TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI KAWASAN MARE VAPORUM.
PENGHORMATAN: MARE FRIGORIS TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).
No comments:
Post a Comment