Friday, June 26, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA  (ADAM) DARI TANAH LIAT KERING (YANG BERASAL) DARI LUMPUR HITAM YANG DIBERI BENTUK.

DAN KAMI TELAH MENCIPTAKAN JIN SEBELUM (ADAM) DARI API YANG SANGAT PANAS.

DAN (INGATLAH), KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA PARA MALAIKAT: "SESUNGGUHNYA AKU AKAN MENCIPTAKAN SE ORANG MANUSIA DARI TANAH LIAT KERING (YANG BERASAL) DARI LUMPUR HITAM YANG DIBERI BENTUK..."


SURAH AL HIJR, AYAT 26 HINGGA 28, JUZUK 14

Friday, June 19, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN KAMI TELAH MENIUPKAN ANGIN UNTUK MENGAHWINKAN (TUMBUH-TUMBUHAN) DAN KAMI TURUNKAN HUJAN DARI LANGIT, LALU KAMI BERI MINUM KAMU DENGAN AIR ITU, DAN SEKALI-KALI BUKANLAH KAMU YANG MENYIMPANNYA.

DAN SESUNGGUHNYA BENAR-BENAR KAMI-LAH YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN DAN KAMI (PULALAH) YANG MEWARISI.

DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADAMU DAN SESUNGGUHNYA KAMI MENGETAHUI PULA ORANG-ORANG YANG TERKEMUDIAN (DARIPADAMU).

SESUNGGUHNYA TUHANMU, DIA-LAH YANG AKAN MENGHIMPUNKAN MEREKA. SESUNGGUHNYA DIA ADALAH MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI..."


SURAH AL HIJR, AYAT 22 HINGGA 25, JUZUK 14

Friday, June 12, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN KAMI TELAH MENGHAMPARKAN BUMI DAN MENJADIKAN PADANYA GUNUNG-GUNUNG DAN KAMI TUMBUHKAN PADANYA SEGALA SESUATU MENURUT UKURAN.

DAN KAMI TELAH MENJADIKAN UNTUKMU DI BUMI KEPERLUAN-KEPERLUAN HIDUP, DAN (KAMI MENCIPTAKAN PULA) MAKHLUK-MAKHLUK YANG KAMU SEKALI-KALI BUKAN PEMBERI REZEKI KEPADANYA.

DAN TIDAK ADA SESUATUPUN MELAINKAN PADA SISI KAMI-LAH KHAZANAHNYA; DAN KAMI TIDAK MENURUNKANNYA MELAINKAN DENGAN UKURAN YANG TERTENTU..."


SURAH AL HIJR, AYAT 19 HINGGA 21, JUZUK 14

Monday, June 8, 2020

MENGENALI BULAN

 MARE VAPORUM  (SEA OF VAPORS)

KATEGORI:   LAUTAN (SEA ATAU MARE)

LOKASI:   MARE VAPORUM TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MARE VAPORUN IALAH 13.3o UTARA SERTA 3.6o TIMUR. IA TERLETAK DI DALAM 'LURAH' ATAU 'KAWAH' YANG BERADA DI DALAM 'PROCELLARUM BASIN'.


KELUASAN:   
MARE VAPORUM MEMPUNYAI KELUASAN 55,000 KM PERSEGI (21,000 BATU PERSEGI). IA BERBENTUK AGAK BULAT DENGAN DIAMETER 242 KM (150 BATU).


ERA PEMBENTUKAN:   
MARE VAPORUM TERBENTUK DALAM MASA ERA PRE-IMBRIAN IAITU KIRA-KIRA -4.55 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   
MARE DI AMBIL DARI PERKATAAN 'LATIN' YANG BERMAKSUD 'LAUT' (SEA). MARE VAPORUM ATAU SEA OF VAPORS (LAUTAN BERKABUS) ADALAH 'LAUTAN BULAN' (LUNAR MARE) YANG BERADA DI KEDUDUKAN DI ANTARA TIMUR-LAUT 'BINGKAI' (RIM) SEMPADAN MARE SERENITATIS DAN TENGGARA 'BINGKAI' (RIM) SEMPADAN MARE IMBRIUM.


DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT, IA BERSEMPADANAN DENGAN BANJARAN GUNUNG MONTES APENNIUS. MANAKALA, DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT 'ANAK SUNGAI' RIMA HYGINUS YANG BERSILANG DENGAN KAWAH HYGINUS.


PEMERHATIAN:   
MARE VAPORUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SANGAT CANTIK DAN MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   
PERALATAN YANG DIPERLUKAN IALAH TEROPONG YANG BERKUASA 10X. NAMUN, UNTUK MENELITI LANSKAP MARE VAPORUM, PENGGUNAAN TELESKOP AMAT MEMBANTU DALAM PENCERAPAN BAGI MENGHAYATI KEINDAHAN DAN KEUNIKAN MARE VAPORUM.


PENEROKAAN:   
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI KAWASAN MARE VAPORUM.


PENGHORMATAN:   MARE FRIGORIS TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).


camp.astronomy@gmail.com

Friday, June 5, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN SESUNGGUHNY KAMI TELAH MENCIPTAKAN GUGUSAN BINTANG-BINTANG (DI LANGIT) DAN KAMI TELAH MENGHIASI LANGIT ITU BAGI ORANG-ORANG YANG MEMANDANG (NYA),

DAN KAMI MENJAGANYA DARI TIAP-TIAP SYAITAN YANG TERKUTUK,

KECUALI SYAITAN YANG MENCURI-CURI (BERITA) YANG DAPAT DIDENGAR (DARI MALAIKAT) LALU DIA DIKEJAR OLEH SEMBURAN API YANG TERANG..."


SURAH AL HIJR, AYAT 16 HINGGA 18, JUZUK 14