Monday, February 10, 2020

MENGENALI BULAN

 MARE INSULARUM (SEA OF ISLANDS)

KATEGORI:   LAUTAN (SEA ATAU MARE)

LOKASI:   MARE INSULARUM TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN.

KELUASAN:   MARE INSULARUM MEMPUNYAI KELUASAN 513 KM PERSEGI.


ERA PEMBENTUKAN:   MARE INSULARUM TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU ANTARA -4.55 BILLION TAHUN HINGGA -3.92 BILLION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   (UPDATE)


PEMERHATIAN:   MARE INSULARUM MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. MARE INSULARUM DAPAT DILIHAT PADA HARI KEDUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:   MARE INSULARUM DAPAT DICERAP DENGAN MENGGUNAKAN TEROPONG BERKUASA 10x. UNTUK LEBIH MENARIK, GUNAKAN TELESKOP BERKUASA RENDAH UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG MEMUASKAN HATI.


PENEROKAAN:   TERDAPAT 2 PENEROKAAN KE MARE INSULARUM.
 SURVEYOR 4 YANG MERUPAKAN LUNAR LANDER YANG KE 4 DALAM PROGRAM 'UNMANNED' AMERIKA SYARIKAT. MALANGNYA SURVEYOR 4 TELAH TERHEMPAS 2.5 MINIT SEBELUM IA DI JANGKAKAN MENDARAT DI SINUS MEDII.


~  SURVEYOR 6 PULA ADALAH LUNAR LANDER YANG KE 6 DALAM PROGRAM 'UNMANNED' AMERIKA SYARIKAT. IA TELAH DILANCARKAN PADA NOVEMBER 7, 1967 DARI CAPE CANAVERAL. SURVEYOR 6 TELAH MENDARAT DI SINUS MEDII PADA NOVEMBER 10, 1967. PADA NOVEMBER 24, 1967, SURVEYOR 6 TERPAKSA DI'PADAMKAN' KERANA CUACA DI BULAN DAN IA TELAH BERJAYA MENGHARUNGI KEADAAN TERSEBUT. PENUTUPAN SELAMA 2 MINGGU TERSEBUT TELAH DIAKTIFKAN SEMULA PADA DISEMBER 16, 1967. MALANGNYA TIADA SEBARANG DATA DAPAT DIHANTAR KE BUMI. ANTARA TARIKH TERSEBUT, IA TELAH MENGHANTAR 30,027 IMEJ KE BUMI. MISI SURVEYOR 6 TELAH DITAMATKAN SELEPAS KEGAGALAN TERSEBUT.




No comments:

Post a Comment