MARE FECUNDITATIS (SEA OF FERTILITY)
KATEGORI: LAUTAN (MARE ATAU SEA)
LOKASI: IA TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA (SOUTHEAST QUARTER) PERMUKAAN BULAN.
KELUASAN: IA MEMPUNYAI KELUASAN 617.0 X 617.0 KM ATAU 326,000 KM PERSEGI. MARE FECUNDITATIS MEMPUNYAI DIAMETER DENGAN KELUASAN 909 KM.
ERA PEMBENTUKAN: MARE FECUNDITATIS TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: BAHAGIAN UTARA: MARE FECUNDITATIS BERSEMPADAN DENGAN MARE TRANQUILLITATIS DAN DIPISAHKAN OLEH MONTES SECCHI (BANJARAN). KAWAH SECCHI, KAWAH TARUNTUS DAN KAWAH ASADA TERDAPAT DI SINI. MANAKALA, SINUS SUCCESSUS (TELUK) TERLETAK DI SEBELAH TIMUR-LAUT MARE FECUNDITATIS.
BAHAGIAN TIMUR: MARE FECUNDITATIS BERSEMPANAN DENGAN MARE SPUMANS YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN SINUS SUCCESSUS. KAWAH LANGRENUS DENGAN DIAMETER 78 BATU, KAWAH LOHSE (25 BATU) DAN KAWAH WEBB (13 BATU) ADALAH KAWAH-KAWAH YANG TERLETAK DI PINGGIR TIMUR MARE FECUNDITATIS.
BAHAGIAN BARAT: UNJURAN DARIPADA MONTES SECCHI, BAHAGIAN BARAT LEBIH BANYAK TERDAPAT TANAH TINGGI. KAWAH-KAWAH YANG TERDAPAT DI PINGIR KAWASAN BARAT ADALAH KAWAH LUBBOCK (8 BATU), KAWAH GUTENBERG (45 BATU), KAWAH GOCLENIUS (44 BATU), KAWAH MAGELHAENS (24 BATU), KAWAH BELLOT (10 BATU) DAN KAWAH CROZIER (13 BATU).
BAHAGIAN SELATAN: BAHAGIAN INI MERUPAKAN PENGHUJUNG MARE FECUNDITATIS. TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH DI BAHAGIAN INI SEPERTI KAWAH VENDELINUS (81 BATU), KAWAH PETAVIUS (20 BATU), KAWAH COOK (28 BATU), KAWAH McCLURE (14 BATU), KAWAH BIOT (7 BATU), KAWAH WROTTESLEY (35 BATU), KAWAH MONGE (22 BATU), KAWAH COLOMBO (47 BATU) DAN KAWAH SANTBECH (39 BATU). MANAKALA, DI SEBELAH BARAT-DAYA BERSEMPADAN DENGAN BANJARAN MONTES PYRENAEUS. BANJARAN INI MENGUNJUR KE PINGGIR BARAT MARE FECUNDITATIS.
KAWASAN DALAM MARE FECUNDITATIS: TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH HASIL DARIPADA HENTAMAN OBJEK-OBJEK YANG JATUH KE DALAM KAWASAN MARE FECUNDITATIS PADA MASA LAMPAU. KAWAH-KAWAH TERSEBUT ADALAH KAWAH BILHARZ (26 BATU), KAWAH NAONOBU (21 BATU), KAWAH ATWOOD (18 BATU), KAWAH AL-MARRAKUSHI (4 BATU), KAWAH ACOSTA (8 BATU), KAWAH IBN BATTUTA (6 BATU), KAWAH LINDBERGH (7 BATU), KAWAH MESSIER (6 BATU), KAWAH ANVILLE (6 BATU). SELAIN DARIPADA KAWAH-KAWAH, TERDAPAT 'ANAK SUNGAI' (RILLES) RIMA MESSIER DAN RIMAE GOCLENIUS; DORSA GEIKIE, DORSA MAWSON, DORSA ANDRUSOV DAN DORSUM CAYEUX YANG MERUPAKAN SISTEM 'WRINKLE-RANGE'.
PEMERHATIAN: MARE FECUNDITATIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA BOLEH DICERAP DAN DILIHAT PADA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: ALAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP MARE FECUNDITATIS MESTILAH SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG YANG MEMPUNYAI KUASA 10X.
No comments:
Post a Comment