MARE TRANQUILLITATIS (THE SEA OF TRANQUILITY)
KATEGORI : LAUTAN (MARE ATAU SEA)
LOKASI : TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN (NEAR SIDE). PADA BENTUK "OLD MAN", MARE TRANQUILLITATIS ADALAH 'BADAN' NYA.
KELUASAN : MARE TRANQUILLITATIS MEMPUNYAI DIAMETER 873 KM DENGAN KELUASAN 421,000 KM2. IA BERBENTUK AGAK BULAT DAN MERUPAKAN SALAH SATU 'LAUTAN' YANG BESAR DI PERMUKAAN BULAN.
ERA PEMBENTUKAN : IA TERBENTUK DALAM MASA 'PRE-NECTARIAN' IAITU 4.55 BILION TAHUN HINGGA 3.92 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI : DISELIPUTI OLEH BASALT LAVA YANG MENGANDUNGI KANDUNGAN BESI YANG TINGGI MENYEBABKAN MARE TRANQUILLITATIS KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN DILIHAT DARI BUMI. BAHAN INI MELIMPAHI HINGGA KE PALUS SOMNI (MARSH).
BAHAGIAN UTARA : TERDAPAT SINUS AMORIS (TASIK) DAN KAWAH-KAWAH SEPERTI MARALDI, GARDNER DAN VITRUVIUS.
BAHAGIAN TIMUR-LAUT : TERDAPAT PALUS SOMNI (MARSH) DAN KAWAH LYELL DAN KAWAH FRANZ.
BAHAGIAN TIMUR : TERDAPAT SINUS CONCORDIAE (TASIK) DAN KAWAH LAWRENCE SERTA KAWAH DA VINCI.
BAHAGIAN TENGGARA : TERDAPAT KAWAH TARUNTIUS DAN KAWAH SECCHI. IA BERSEMPADAN DENGAN MARE FECUNDITATIS YANG DIPISAHKAN OLEH MONTES SECCHI (BANJARAN).
BAHAGIAN SELATAN : BERSEMPADAN DENGAN MARE NECTARIS. TERDAPAT SINUS ASPERITATIS (TASIK) SERTA KAWAH THEOPHILUS DAN KAWAH TORRICELLI.
BAHAGIAN BARAT-DAYA : TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH DI BAHAGIAN INI SEPERTI KAWAH SCHMIDT, SABINE, RITTER, DIONYSIUS, D'ARREST, CAYLEY, WHEWELL DAN ARIADAEUS.
BAHAGIAN BARAT : TERDAPAT SINUS HONORIS (TASIK) SERTA KAWAH-KAWAH SEPERTI JULIUS CAESAR, SOSIGENES DAN JUGA RIMAE SOSIGENES SERTA RIMA ARIADAEUS (RANGKAIAN TERUSAN).
BAHAGIAN BARAT-LAUT : TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI PLINIUS, DAWES DAN JUGA AL-BAKRI. BERSEMPADAN DENGAN MARE SERENITATIS.
PERMUKAAN MARE TRANQUILLITATIS : TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI ROSS, ARAGO, LAMONT, SINAS, MASKELYNE, ZAHRINGER, CAUCHY, JANSEN, DAN CARRELL. TERDAPAT JUGA DORSA BARLOW (RABONG) SERTA RUPES CAUCHY.
PEMERHATIAN : MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT SELEPAS 5 HARI BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA 4 HARI SELEPAS BULAN PURNAMA (FULL MOON).
PERALATAN : UNTUK MENCERAP MARE TRANQUILLITATIS, SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG BERKUASA 10X DIPERLUKAN. WALAUPUN BEGITU, MARE TRANQUILLITATIS BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR DARI BUMI.
PENEROKAAN :
~ RANGER 8 : MISI 'UNMANNED' 'RANGER 8 SPACECRAFT' ADALAH 'KAPAL PENEROKA' ROBOTIK YANG DILANCARKAN OLEH NASA PADA AWAL-HINGGA-KEPERTENGAHAN 1960AN. IA BERTUJUAN UNTUK MENGAMBIL IMEJ-IMEJ YANG PERTAMA BERKAITAN DENGAN PERMUKAAN BULAN. IA DILANCARKAN PADA 17hb FEBRUARI, 1965 DARI CAPE CANAVERAL, FLORIDA, AMERIKA SYARIKAT PADA JAM 17:05 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME) DARI PLATFORM LC-12. RANGER 8 TELAH DIRANCANG UNTUK 'TERHEMPAS' DI MARE TRANQUILLITATIS. IANYA SEMPAT MENGHANTAR SEBANYAK 7,137 GAMBAR DALAM MASA 23 MINIT TERAKHIR MISI IAITU PADA JAM 9:05:36 WAKTU UTC. SEMASA MISI TERSEBUT, RANGER 8 MENGAMBIL MASA SELAMA 65 JAM SAHAJA; DARI MASA DILANCARKAN SEHINGGA IANYA TERHEMPAS DI PERMUKAAN BULAN PADA 20hb FEBRUARI, 1965.
~ APOLLO 11 : MISI 'MANNED' - JULAI 20,1969 - 'APOLLO 11 LUNAR MODULE' DIBERI NAMA "EAGLE" MERUPAKAN PENDARATAN PERTAMA MANUSIA DI PERMUKAAN BULAN DENGAN ANGKASAWAN NEIL ARMSTRONG, BUZZ ALDRIN DAN MICHAEL COLLINS. IA DILANCARKAN PADA 16hb JULAI, 1969 DARI KENNEDY SPACE CENTER, MERRITT ISLAND, FLORIDA PADA JAM 13:32 UTC DAN MENDARAT SEMULA DI BUMI PADA 24hb JULAI, 1969. MISI TERSEBUT MENGAMBIL MASA LEBIH DARI LAPAN HARI BERADA DI ANGKASA.
KAWASAN PENDARATAN DINAMAKAN 'TRANQUILLITY BASE' BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH SABINE. PENDARATAN DILAKUKAN PADA 20hb JULAI, 1969.
camp.astronomy@gmail.com
No comments:
Post a Comment