Friday, September 27, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...MAKA BARANGSIAPA BERTAUBAT (DI ANTARA PENCURI-PENCURI ITU) SESUDAH MELAKUKAN KEJAHATAN ITU DAN MEMPERBAIKI DIRI, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MENERIMA TAUBATNYA.SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.

TIDAKKAH KAMU TAHU,SESUNGGUHNYA ALLAH-LAH YANG MEMPUNYAI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI, DISIKSA-NYA SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA DAN DIAMPUNI-NYA BAGI SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 39 DAN 40, JUZUK 6

Friday, September 20, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG KAFIR SEKIRANYA MEREKA MEMPUNYAI APA YANG DI BUMI INI SELURUHNYA DAN MEMPUNYAI YANG SEBANYAK ITU (PULA) UNTUK MENEBUSI DIRI MEREKA DENGAN ITU DARI AZAB HARI KIAMAT, NESCAYA (TEBUSAN ITU) TIDAK AKAN DITERIMA DARI MEREKA, DAN MEREKA BEROLEH AZAB YANG PEDIH.

MEREKA INGIN KELUAR DARI NERAKA, PADAHAL MEREKA SEKALI-KALI TIDAK DAPAT KELUAR DARIPADANYA, DAN MEREKA BEROLEH AZAB YANG KEKAL..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 36 DAN 37, JUZUK 6

Friday, September 13, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA PEMBALASAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG MEMERANGI ALLAH DAN RASUL-NYA DAN MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI, HANYALAH MEREKA DIBUNUH ATAU DISALIB, ATAU DIPOTONG TANGAN DAN KAKI MEREKA DENGAN BERTIMBAL BALIK, ATAU DIBUANG DARI NEGERI (TEMPAT KEDIAMANNYA). YANG DEMIKIAN ITU (SEBAGAI) SUATU PENGHINAAN UNTUK MEREKA DI DUNIA, DAN DI AKHIRAT MEREKA BEROLEH SIKSAAN YANG BESAR,

KECUALI ORANG-ORANG YANG TAUBAT (DI ANTARA MEREKA) SEBELUM KAMU DAPAT MENGUASAI (MENANGKAP) MEREKA; MAKA KETAHUILAH BAHAWASANYA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 33 DAN 34, JUZUK 6

Monday, September 9, 2019

MENGENALI BULAN

 MARE TRANQUILLITATIS (THE SEA OF TRANQUILITY)

KATEGORI :   LAUTAN (MARE ATAU SEA)


LOKASI :   TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN (NEAR SIDE). PADA BENTUK "OLD MAN", MARE TRANQUILLITATIS ADALAH 'BADAN' NYA.


KELUASAN :   MARE TRANQUILLITATIS MEMPUNYAI DIAMETER 873 KM DENGAN KELUASAN 421,000 KM2. IA BERBENTUK AGAK BULAT DAN MERUPAKAN SALAH SATU 'LAUTAN' YANG BESAR DI PERMUKAAN BULAN.


ERA PEMBENTUKAN : IA TERBENTUK DALAM MASA 'PRE-NECTARIAN' IAITU 4.55 BILION TAHUN HINGGA 3.92 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI : DISELIPUTI OLEH BASALT LAVA YANG MENGANDUNGI KANDUNGAN BESI YANG TINGGI MENYEBABKAN MARE TRANQUILLITATIS KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN DILIHAT DARI BUMI. BAHAN INI MELIMPAHI HINGGA KE PALUS SOMNI (MARSH).
BAHAGIAN UTARA : TERDAPAT SINUS AMORIS (TASIK) DAN KAWAH-KAWAH SEPERTI MARALDI, GARDNER DAN VITRUVIUS.
BAHAGIAN TIMUR-LAUT : TERDAPAT PALUS SOMNI (MARSH) DAN KAWAH LYELL DAN KAWAH FRANZ.
BAHAGIAN TIMUR : TERDAPAT SINUS CONCORDIAE (TASIK) DAN KAWAH LAWRENCE SERTA KAWAH DA VINCI.
BAHAGIAN TENGGARA : TERDAPAT KAWAH TARUNTIUS DAN KAWAH SECCHI. IA BERSEMPADAN DENGAN MARE FECUNDITATIS YANG DIPISAHKAN OLEH MONTES SECCHI (BANJARAN).
BAHAGIAN SELATAN : BERSEMPADAN DENGAN MARE NECTARIS. TERDAPAT SINUS ASPERITATIS (TASIK) SERTA KAWAH THEOPHILUS DAN KAWAH TORRICELLI.
BAHAGIAN BARAT-DAYA : TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH DI BAHAGIAN INI SEPERTI KAWAH SCHMIDT, SABINE, RITTER, DIONYSIUS, D'ARREST, CAYLEY, WHEWELL DAN ARIADAEUS.
BAHAGIAN BARAT : TERDAPAT SINUS HONORIS (TASIK) SERTA KAWAH-KAWAH SEPERTI JULIUS CAESAR, SOSIGENES DAN JUGA RIMAE SOSIGENES SERTA RIMA ARIADAEUS (RANGKAIAN TERUSAN).
BAHAGIAN BARAT-LAUT : TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI PLINIUS, DAWES DAN JUGA AL-BAKRI. BERSEMPADAN DENGAN MARE SERENITATIS.
PERMUKAAN MARE TRANQUILLITATIS : TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI ROSS, ARAGO, LAMONT, SINAS, MASKELYNE, ZAHRINGER, CAUCHY, JANSEN, DAN CARRELL. TERDAPAT JUGA DORSA BARLOW (RABONG) SERTA RUPES CAUCHY.


PEMERHATIAN : MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT SELEPAS 5 HARI BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA 4 HARI SELEPAS BULAN PURNAMA (FULL MOON).


PERALATAN : UNTUK MENCERAP MARE TRANQUILLITATIS, SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG BERKUASA 10X DIPERLUKAN. WALAUPUN BEGITU, MARE TRANQUILLITATIS BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR DARI BUMI.


PENEROKAAN : 
~ RANGER 8  :   MISI 'UNMANNED' 'RANGER 8 SPACECRAFT' ADALAH 'KAPAL PENEROKA' ROBOTIK YANG DILANCARKAN OLEH NASA PADA AWAL-HINGGA-KEPERTENGAHAN 1960AN. IA BERTUJUAN UNTUK MENGAMBIL IMEJ-IMEJ YANG PERTAMA BERKAITAN DENGAN PERMUKAAN BULAN. IA DILANCARKAN PADA 17hb FEBRUARI, 1965 DARI CAPE CANAVERAL, FLORIDA, AMERIKA SYARIKAT PADA JAM 17:05 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME) DARI PLATFORM LC-12. RANGER 8 TELAH DIRANCANG UNTUK 'TERHEMPAS' DI MARE TRANQUILLITATIS. IANYA SEMPAT MENGHANTAR SEBANYAK 7,137 GAMBAR DALAM MASA 23 MINIT TERAKHIR MISI IAITU PADA JAM 9:05:36 WAKTU UTC. SEMASA MISI TERSEBUT, RANGER 8 MENGAMBIL MASA SELAMA 65 JAM SAHAJA; DARI MASA DILANCARKAN SEHINGGA IANYA TERHEMPAS DI PERMUKAAN BULAN PADA 20hb FEBRUARI, 1965.



~ APOLLO 11 :   MISI 'MANNED' - JULAI 20,1969 - 'APOLLO 11 LUNAR MODULE' DIBERI NAMA "EAGLE" MERUPAKAN PENDARATAN PERTAMA MANUSIA DI PERMUKAAN BULAN DENGAN ANGKASAWAN NEIL ARMSTRONG, BUZZ ALDRIN DAN MICHAEL COLLINS. IA DILANCARKAN PADA 16hb JULAI, 1969 DARI KENNEDY SPACE CENTER, MERRITT ISLAND, FLORIDA PADA JAM 13:32 UTC DAN MENDARAT SEMULA DI BUMI PADA 24hb JULAI, 1969. MISI TERSEBUT MENGAMBIL MASA LEBIH DARI LAPAN HARI BERADA DI ANGKASA. 

KAWASAN PENDARATAN DINAMAKAN 'TRANQUILLITY BASE' BERHAMPIRAN DENGAN  KAWAH SABINE. PENDARATAN DILAKUKAN PADA 20hb JULAI, 1969.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, September 6, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...OLEH KERANA ITU KAMI TETAPKAN (SUATU HUKUM) BAGI BANI ISRAIL, BAHAWA: BARANGSIAPA YANG MEMBUNUH SEORANG MANUSIA, BUKAN KERANA ORANG ITU (MEMBUNUH) ORANG LAIN, ATAU BUKAN KERANA MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI, MAKA SEAKAN-AKAN DIA TELAH MEMBUNUH MANUSIA SELURUHNYA. DAN BARANGSIAPA YANG MEMELIHARA KEHIDUPAN SEORANG MANUSIA, MAKA SEOLAH-OLAH DIA TELAH MEMELIHARA KEHIDUPAN MANUSIA SEMUANYA. DAN SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA MEREKA RASUL-RASUL KAMI DENGAN (MEMBAWA) KETERANGANG-KETERANGAN YANG JELAS, KEMUDIAN BANYAK DI ANTARA MEREKA SESUDAH ITU SUNGGUH-SUNGGUH MELAMPAUI BATAS DALAM BERBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 32, JUZUK 6