Friday, December 27, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, SESUNGGUHNYA DI ANTARA ISTERI-ISTERIMU DAN ANAK-ANAKMU ADA YANG MENJADI MUSUH BAGIMU, MAKA BERHATI-HATILAH KAMU TERHADAP MEREKA; DAN JIKA KAMU MEMAAFKAN DAN TIDAK MEMARAHI SERTA MENGAMPUNI (MEREKA) MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.

SESUNGGUHNYA HARTAMU DAN ANAK-ANAKMU HANYALAH CUBAAN (BAGIMU) DAN DI SISI ALLAH-LAH PAHALA YANG BESAR..."


SURAH AT AGHAABUN (HARI DINAMPAKKAN KESALAHAN), AYAT 14 DAN 15, JUZUK 28

Friday, December 20, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...(INGATLAH) HARI (YANG DI WAKTU ITU) ALLAH MENGUMPULKAN KAMU PADA HARI PENGUMPULAN (UNTUK DIHISAB), ITULAH HARI (WAKTU ITU) DINAMPAKKAN KESALAHAN-KESALAHAN. DAN BARANGSIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH NESCAYA ALLAH AKAN MENUTUPI KESALAHAN-KESALAHANNYA DAN MEMASUKKANNYA KE DALAM SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA SUNGAI-SUNGAI, MEREKA KEKAL DI DALAMNYA SELAMA-LAMANYA. ITULAH KEBERUNTUNGAN YANG BESAR.

DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR DAN MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KAMI, MEREKA ITULAH PENGHUNI-PENGHUNI NERAKA, MEREKA KEKAL DI DALAMNYA. DAN ITULAH SEBURUK-BURUK TEMPAT KEMBALI..."


SURAH AT AGHAABUN (HARI DINAMPAKKAN KESALAHAN), AYAT 9 DAN 10, JUZUK 28

Friday, December 13, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DIA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DENGAN (TUJUAN) YANG BENAR, DIA MEMBENTUK RUPAMU DAN DIBAGUSKAN-NYA RUPAMU ITU, DAN HANYA KEPADA-NYA-LAH KEMBALI(MU).

DIA MENGETAHUI APA YANG ADA DI LANGIT DAN APA YANG ADA DI BUMI, DAN MENGETAHUI APA YANG KAMU RAHSIAKAN DAN APA YANG KAMU NYATAKAN. DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI..."


SURAH AT AGHAABUN (HARI DINAMPAKKAN KESALAHAN), AYAT 3 DAN 4, JUZUK 28

Friday, December 6, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...BERTASBIH KEPADA ALLAH APA YANG DI LANGIT DAN APA YANG ADA DI BUMI; HANYA ALLAH-LAH YANG MEMPUNYAI SEMUA KERAJAAN DAN SEMUA PUJI-PUJIAN; DAN DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU.

DIA-LAH YANG MENCIPTAKAN KAMU MAKA DI ANTARA KAMU ADA YANG KAFIR DAN DI ANTARAMU ADA YANG BERIMAN. DAN ALLAH MAHA MELIHAT APA YANG KAMU KERJAKAN..."


SURAH AT AGHAABUN (HARI DINAMPAKKAN KESALAH), AYAT 1 DAN 2, JUZUK 28

Friday, November 29, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA DIA-LAH YANG MENCIPTAKAN (MAKHLUK) DARI PERMULAAN DAN MENGHIDUPKANNYA (KEMBALI).

DIA-LAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH,

YANG MEMPUNYAI SINGGAHSANA, LAGI MAHA MULIA,

MAHA KUASA BERBUAT APA YANG DIKEHENDAKI-NYA..."


SURAH AL BURUUJ (GUGUSAN BINTANG), AYAT 13 HINGGA 16, JUZUK 30

Friday, November 22, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL-AMAL YANG SOLEH BAGI MEREKA SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA SUNGAI-SUNGAI; ITULAH KEBERUNTUNGAN YANG BESAR.

SESUNGGUHYNYA AZAB TUHANMU BENAR-BENAR KERAS..."


SURAH AL BURUUJ (GUGUSAN BINTANG), AYAT 11 DAN 12, JUZUK 30

Friday, November 15, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENDATANGKAN CUBAAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MUKMIN LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN KEMUDIAN MEREKA TIDAK BERTAUBAT, MAKA BAGI MEREKA AZAB JAHANNAM DAN BAGI MEREKA AZAB (NERAKA) YANG MEMBAKAR..."


SURAH AL BURUUJ (GUGUSAN BINTANG), AYAT 10, JUZUK 30

Friday, November 8, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN MEREKA TIDAK MENYIKSA ORANG-ORANG MUKMIN ITU MELAINKAN KERANA ORANG-ORANG MUKMIN ITU BERIMAN KEPADA ALLAH YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA TERPUJI,

YANG MEMPUNYAI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI; DAN ALLAH MAHA MENYAKSIKAN SEGALA SESUATU..."


SURAH AL BURUUJ (GUGUSAN BINTANG), AYAT 8 DAN 9, JUZUK 30

Friday, November 1, 2019

RENUNGAN JUMAAT

"...DEMI LANGIT YANG MEMPUNYAI GUGUSAN BINTANG,

DAN HARI YANG DIJANJIKAN,

DAN YANG MENYAKSIKAN DAN YANG DISAKSIKAN.

TELAH DIBINASAKAN ORANG-ORANG YANG MEMBUAT PARIT,

YANG BERAPI (DINYALAKAN DENGAN) KAYU BAKAR,

KETIKA MEREKA DUDUK DI SEKITARNYA,

SEDANG MEREKA MENYAKSIKAN APA YANG MEREKA PERBUAT TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN..." 


SURAH AL BURUUJ (GUGUSAN BINTANG), AYAT 1 HINGGA 7, JUZUK 30

Friday, October 25, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...LALU RASUL ALLAH (SALEH) BERKATA KEPADA MEREKA: "(BIARKANLAH) UNTA BETINA ALLAH DAN MINUMANNYA".

LALU MEREKA MENDUSTAKANNYA DAN MENYEMBELIH UNTA ITU, MAKA TUHAN MEREKA MEMBINASAKAN MEREKA DISEBABKAN DOSA MEREKA, LALU ALLAH MENYAMA-RATAKAN MEREKA (DENGAN TANAH),

DAN ALLAH TIDAK TAKUT TERHADAP AKIBAT TINDAKAN-NYA ITU..."


SURAH ASY SYAMS (MATAHARI), AYAT 13 HINGGA 15, JUZUK 30

Friday, October 18, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG YANG MENSUCIKAN JIWA ITU,

DAN SESUNGGUHNYA MERUGILAH ORANG YANG MENGOTORINYA.

(KAUM) TSAMUD TELAH MENDUSTAKAN (RASULNYA) KERANA MEREKA MELAMPAUI BATAS,

KETIKA BANGKIT ORANG YANG PALING CELAKA DI ANTARA MEREKA..."


SURAH ASY SYAMS (MATAHARI), AYAT 9 HINGGA 12, JUZUK 30

Friday, October 11, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN LANGIT SERTA PEMBINAANNYA,

DAN BUMI SERTA PENGHAMPARANNYA,

DAN JIWA SERTA PENYEMPURNAANNYA (CIPTAANNYA),

MAKA ALLAH MENGILHAMKAN KEPADA JIWA ITU (JALAN) KEFASIKAN DAN KETAQWAANNYA..."


SURAH ASY SHAMS (MATAHARI(, AYAT 5 HINGGA 8, JUZUK 30

Friday, October 4, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DEMI MATAHARI DAN CAHAYANYA DI PAGI HARI,

DAN BULAN APABILA MENGIRINGINYA,

DAN SIANG APABILA MENAMPAKKANNYA,

DAN MALAM APABILA MENUTUPINYA..."


SURAH ASY SYAMS (MATAHARI), AYAT 1 HINGGA 4, JUZUK 30

Friday, September 27, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...MAKA BARANGSIAPA BERTAUBAT (DI ANTARA PENCURI-PENCURI ITU) SESUDAH MELAKUKAN KEJAHATAN ITU DAN MEMPERBAIKI DIRI, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MENERIMA TAUBATNYA.SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.

TIDAKKAH KAMU TAHU,SESUNGGUHNYA ALLAH-LAH YANG MEMPUNYAI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI, DISIKSA-NYA SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA DAN DIAMPUNI-NYA BAGI SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 39 DAN 40, JUZUK 6

Friday, September 20, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG KAFIR SEKIRANYA MEREKA MEMPUNYAI APA YANG DI BUMI INI SELURUHNYA DAN MEMPUNYAI YANG SEBANYAK ITU (PULA) UNTUK MENEBUSI DIRI MEREKA DENGAN ITU DARI AZAB HARI KIAMAT, NESCAYA (TEBUSAN ITU) TIDAK AKAN DITERIMA DARI MEREKA, DAN MEREKA BEROLEH AZAB YANG PEDIH.

MEREKA INGIN KELUAR DARI NERAKA, PADAHAL MEREKA SEKALI-KALI TIDAK DAPAT KELUAR DARIPADANYA, DAN MEREKA BEROLEH AZAB YANG KEKAL..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 36 DAN 37, JUZUK 6

Friday, September 13, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA PEMBALASAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG MEMERANGI ALLAH DAN RASUL-NYA DAN MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI, HANYALAH MEREKA DIBUNUH ATAU DISALIB, ATAU DIPOTONG TANGAN DAN KAKI MEREKA DENGAN BERTIMBAL BALIK, ATAU DIBUANG DARI NEGERI (TEMPAT KEDIAMANNYA). YANG DEMIKIAN ITU (SEBAGAI) SUATU PENGHINAAN UNTUK MEREKA DI DUNIA, DAN DI AKHIRAT MEREKA BEROLEH SIKSAAN YANG BESAR,

KECUALI ORANG-ORANG YANG TAUBAT (DI ANTARA MEREKA) SEBELUM KAMU DAPAT MENGUASAI (MENANGKAP) MEREKA; MAKA KETAHUILAH BAHAWASANYA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 33 DAN 34, JUZUK 6

Monday, September 9, 2019

MENGENALI BULAN

 MARE TRANQUILLITATIS (THE SEA OF TRANQUILITY)

KATEGORI :   LAUTAN (MARE ATAU SEA)


LOKASI :   TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN (NEAR SIDE). PADA BENTUK "OLD MAN", MARE TRANQUILLITATIS ADALAH 'BADAN' NYA.


KELUASAN :   MARE TRANQUILLITATIS MEMPUNYAI DIAMETER 873 KM DENGAN KELUASAN 421,000 KM2. IA BERBENTUK AGAK BULAT DAN MERUPAKAN SALAH SATU 'LAUTAN' YANG BESAR DI PERMUKAAN BULAN.


ERA PEMBENTUKAN : IA TERBENTUK DALAM MASA 'PRE-NECTARIAN' IAITU 4.55 BILION TAHUN HINGGA 3.92 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI : DISELIPUTI OLEH BASALT LAVA YANG MENGANDUNGI KANDUNGAN BESI YANG TINGGI MENYEBABKAN MARE TRANQUILLITATIS KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN DILIHAT DARI BUMI. BAHAN INI MELIMPAHI HINGGA KE PALUS SOMNI (MARSH).
BAHAGIAN UTARA : TERDAPAT SINUS AMORIS (TASIK) DAN KAWAH-KAWAH SEPERTI MARALDI, GARDNER DAN VITRUVIUS.
BAHAGIAN TIMUR-LAUT : TERDAPAT PALUS SOMNI (MARSH) DAN KAWAH LYELL DAN KAWAH FRANZ.
BAHAGIAN TIMUR : TERDAPAT SINUS CONCORDIAE (TASIK) DAN KAWAH LAWRENCE SERTA KAWAH DA VINCI.
BAHAGIAN TENGGARA : TERDAPAT KAWAH TARUNTIUS DAN KAWAH SECCHI. IA BERSEMPADAN DENGAN MARE FECUNDITATIS YANG DIPISAHKAN OLEH MONTES SECCHI (BANJARAN).
BAHAGIAN SELATAN : BERSEMPADAN DENGAN MARE NECTARIS. TERDAPAT SINUS ASPERITATIS (TASIK) SERTA KAWAH THEOPHILUS DAN KAWAH TORRICELLI.
BAHAGIAN BARAT-DAYA : TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH DI BAHAGIAN INI SEPERTI KAWAH SCHMIDT, SABINE, RITTER, DIONYSIUS, D'ARREST, CAYLEY, WHEWELL DAN ARIADAEUS.
BAHAGIAN BARAT : TERDAPAT SINUS HONORIS (TASIK) SERTA KAWAH-KAWAH SEPERTI JULIUS CAESAR, SOSIGENES DAN JUGA RIMAE SOSIGENES SERTA RIMA ARIADAEUS (RANGKAIAN TERUSAN).
BAHAGIAN BARAT-LAUT : TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI PLINIUS, DAWES DAN JUGA AL-BAKRI. BERSEMPADAN DENGAN MARE SERENITATIS.
PERMUKAAN MARE TRANQUILLITATIS : TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI ROSS, ARAGO, LAMONT, SINAS, MASKELYNE, ZAHRINGER, CAUCHY, JANSEN, DAN CARRELL. TERDAPAT JUGA DORSA BARLOW (RABONG) SERTA RUPES CAUCHY.


PEMERHATIAN : MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT SELEPAS 5 HARI BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA 4 HARI SELEPAS BULAN PURNAMA (FULL MOON).


PERALATAN : UNTUK MENCERAP MARE TRANQUILLITATIS, SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG BERKUASA 10X DIPERLUKAN. WALAUPUN BEGITU, MARE TRANQUILLITATIS BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR DARI BUMI.


PENEROKAAN : 
~ RANGER 8  :   MISI 'UNMANNED' 'RANGER 8 SPACECRAFT' ADALAH 'KAPAL PENEROKA' ROBOTIK YANG DILANCARKAN OLEH NASA PADA AWAL-HINGGA-KEPERTENGAHAN 1960AN. IA BERTUJUAN UNTUK MENGAMBIL IMEJ-IMEJ YANG PERTAMA BERKAITAN DENGAN PERMUKAAN BULAN. IA DILANCARKAN PADA 17hb FEBRUARI, 1965 DARI CAPE CANAVERAL, FLORIDA, AMERIKA SYARIKAT PADA JAM 17:05 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME) DARI PLATFORM LC-12. RANGER 8 TELAH DIRANCANG UNTUK 'TERHEMPAS' DI MARE TRANQUILLITATIS. IANYA SEMPAT MENGHANTAR SEBANYAK 7,137 GAMBAR DALAM MASA 23 MINIT TERAKHIR MISI IAITU PADA JAM 9:05:36 WAKTU UTC. SEMASA MISI TERSEBUT, RANGER 8 MENGAMBIL MASA SELAMA 65 JAM SAHAJA; DARI MASA DILANCARKAN SEHINGGA IANYA TERHEMPAS DI PERMUKAAN BULAN PADA 20hb FEBRUARI, 1965.



~ APOLLO 11 :   MISI 'MANNED' - JULAI 20,1969 - 'APOLLO 11 LUNAR MODULE' DIBERI NAMA "EAGLE" MERUPAKAN PENDARATAN PERTAMA MANUSIA DI PERMUKAAN BULAN DENGAN ANGKASAWAN NEIL ARMSTRONG, BUZZ ALDRIN DAN MICHAEL COLLINS. IA DILANCARKAN PADA 16hb JULAI, 1969 DARI KENNEDY SPACE CENTER, MERRITT ISLAND, FLORIDA PADA JAM 13:32 UTC DAN MENDARAT SEMULA DI BUMI PADA 24hb JULAI, 1969. MISI TERSEBUT MENGAMBIL MASA LEBIH DARI LAPAN HARI BERADA DI ANGKASA. 

KAWASAN PENDARATAN DINAMAKAN 'TRANQUILLITY BASE' BERHAMPIRAN DENGAN  KAWAH SABINE. PENDARATAN DILAKUKAN PADA 20hb JULAI, 1969.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, September 6, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...OLEH KERANA ITU KAMI TETAPKAN (SUATU HUKUM) BAGI BANI ISRAIL, BAHAWA: BARANGSIAPA YANG MEMBUNUH SEORANG MANUSIA, BUKAN KERANA ORANG ITU (MEMBUNUH) ORANG LAIN, ATAU BUKAN KERANA MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI, MAKA SEAKAN-AKAN DIA TELAH MEMBUNUH MANUSIA SELURUHNYA. DAN BARANGSIAPA YANG MEMELIHARA KEHIDUPAN SEORANG MANUSIA, MAKA SEOLAH-OLAH DIA TELAH MEMELIHARA KEHIDUPAN MANUSIA SEMUANYA. DAN SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA MEREKA RASUL-RASUL KAMI DENGAN (MEMBAWA) KETERANGANG-KETERANGAN YANG JELAS, KEMUDIAN BANYAK DI ANTARA MEREKA SESUDAH ITU SUNGGUH-SUNGGUH MELAMPAUI BATAS DALAM BERBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 32, JUZUK 6

Friday, August 30, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI MENGATAKAN: "KAMI INI ADALAH ANAK-ANAK ALLAH DAN KEKASIH-KEKASIH-NYA". KATAKANLAH: "MAKA MENGAPA ALLAH MENYIKSA KAMU DENGAN DOSA-DOSAMU?" (KAMU BUKANLAH ANAK-ANAK ALLAH DAN KEKASIH-KEKASIH-NYA), TETAPI KAMU ADALAH MANUSIA (BIASA) DI ANTARA ORANG-ORANG YANG DICIPTAKAN-NYA. DIA MENGAMPUNI BAGI SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA DAN MENYIKSA SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN KEPUNYAAN ALLAH-LAH KERAJAAN ANTARA KEDUA-NYA. DAN KEPADA ALLAH-LAH KEMBALI (SEGALA SESUATU)..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 18, JUZUK 6

Friday, August 23, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA TELAH KAFIRLAH ORANG-ORANG YANG BERKATA: "SESUNGGUHNYA ALLAH ITU IALAH AL MASIH PUTERA MARYAM". KATAKANLAH: "MAKA SIAPAKAH (GERANGAN) YANG DAPAT MENGHALANG-HALANGI KEHENDAK ALLAH, JIKA DIA HENDAK MEMBINASAKAN AL MASIH PUTERA MARYAM ITU BESERTA IBUNYA DAN SELURUH ORANG-ORANG YANG BERADA DI BUMI KESEMUANYA?' KEPUNYAAN ALLAH-LAH KERAJAAN LANGIT DAN BUMI DAN APA YANG DI ANTARA KEDUANYA; DIA MENCIPTAKAN APA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 17, JUZUK 6

Friday, August 16, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...HAI AHLI KITAB, SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADAMU RASUL KAMI, MENJELASKAN KEPADAMU BANYAK DARI ISI AL KITAB YANG KAMU SEMBUNYIKAN, DAN BANYAK (PULA YANG) DIBIARKANNYA. SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADAMU CAHAYA DARI ALLAH, DAN KITAB YANG MENERANGKAN.

DENGAN KITAB ITULAH ALLAH MENUNJUKI ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI KEREDHAAN-NYA KE JALAN KESELAMATAN, DAN (DENGAN KITAB ITU PULA) ALLAH MENGELUARKAN ORANG-ORANG ITU DARI GELAP-GULITA KEPADA CAHAYA YANG TERANG BENDERANG DENGAN SEIZIN-NYA, DAN MENUNJUKI MEREKA KE JALAN YANG LURUS..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 15 DAN 16, JUZUK 6

Monday, August 12, 2019

MENGENALI BULAN

MARE UNDARUM (LAUT UNDARUM  -  THE SEA OF WAVES)

KATEGORI:   LAUTAN (SEA ATAU MARE)


LOKASI:    MARE UNDARUM TERLETAK DI SUKUAN BAHAGIAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. IA BERADA PADA KOORDINAT 7.5o UTARA SERTA 68.7o TIMUR.


KELUASAN:   MARE UNDARUM MEMPUNYAI KELUASAN DENGAN DIAMETER 245 KM.


ERA PEMBENTUKAN:   MARE UNDARUM TERBENTUK DALAM MASA ERA UPPER IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.80 BILLION TAHUN HINGGA -3.20 BILLION TAHUN DAHULU. MANAKALA, KAWASAN SEKELILING MARE UNDARUM TERBENTUK DALAM ERA NECTARIAN (-3.92 BILLION TAHUN HINGGA -3.25 BILLION TAHUN DAHULU).


CIRI-CIRI:   MARE UNDARUM ADALAH SEBUAH 'LAUT' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'LAUT BEROMBAK' (THE SEA OF WAVES). MARE UNDARUM MEMPUNYAI 'LAUT' YANG CETEK SERTA TIDAK TERATUR DENGAN KEDUDUKANNYA YANG BERADA DI UTARA MARE SPUMANS (LAUT SPUMANS); DI ANTARA KAWAH FIRMICUS DENGAN PINGGIRAN SEBELAH TIMUR PERMUKAAN BULAN.


MARE UNDARUM TERLETAK DI DALAM 'PALUNG' (TROUGH) DI ANTARA LINGKARAN PERINGKAT KE TIGA DAN LINGKARAN PERINGKAT KE EMPAT YANG TERBENTUK HASIL DARI 'HENTAMAN' YANG MENCIPTA MARE CRISIUM (LAUT CRISIUM). KAWAH DUBYAGO BOLEH DICERAP DI BAHAGIAN SISI SELATAN, MANAKALA, DI BAHAGIAN SISI TIMUR-LAUT PULA TERDAPAT KAWAH CORDORCET P.


PEMERHATIAN:   MARE UNDARUM MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE DUA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MELIHAT MARE UNDARUM ADALAH TEROPONG YANG BERKUASA 10X. DI SEBABKAN KEDUDUKAN MARE UNDARUM YANG BERADA DI PINGGIR TIMUR SISI PERMUKAAN BULAN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH DAPAT MEMBERIKAN CERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI DAN MENARIK.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MARE UDARUM.


PENGHORMATAN:   MARE UNDARUM DINAMAKAN ATAS USAHA PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN SEMULA SENARAI NAMA-NAMA 'TEMPAT LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN YANG DILAKUKAN OLEH MARY ADELA BLAGG. BELIAU IALAH SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS DAN TELAH DIPILIH SEBAGAI AHLI BADAN ILMIAH (FELLOW) KEPADA 'THE ROYAL ASTRONOMICAL SOCIETY' DALAM TAHUN 1916.


MARY A.BLAGG DILAHIRKAN PADA 17hb MEI, 1858 DI CHEADLE, STAFFORDSHIRE, ENGLAND. BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 14hb APRIL, 1944 DI ENGLAND.
DALAM TAHUN 1905, MARY A.BLAGG TELAH DILANTIK OLEH 'INTERNATIONAL ASSOCIATION OF ACADEMIES' YANG BAHARU DITUBUHKAN UNTUK MEMBANGUNKAN PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN SEMUA SENARAI NAMA-NAMA 'LANSKAP'  YANG TERDAPAT DI PERMUKAAN BULAN.


DALAM TAHUN 1920, BELIAU TELAH 'BERGABUNG' DENGAN SURUHANJAYA INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) YANG BAHARU DITUBUHKAN. MARY A.BLAGG TELAH DITUGASKAN UNTUK MENYAMBUNG KERJA DAN KAJIAN YANG TELAH BELIAU LAKUKAN SEBELUM INI DALAM MENETAPKAN PIAWAIAN DALAM TATANAMA 'LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN.


MARY A.BLAGG TELAH BEKERJA SAMA DENGAN KARL MULLER; SE ORANG PESARA PEGAWAI KERAJAAN DAN AHLI ASTRONOMI AMATUR. ATAS USAHA MARY A.BLAGG DAN KARL MULLER, MEREKA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN DUA JILID SET BUKU DALAM TAHUN 1935 BERJUDUL "NAMED LUNAR FORMATIONS" YANG MENJADI 'PIAWAIAN' RUJUKAN KEPADA PERKARA BERKAITAN DENGAN TATANAMA 'LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN.



camp.astronomy@gmail.com

Friday, August 9, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, HENDAKLAH KAMU JADI OARNG-ORANG YANG SELALU MENEGAKKAN (KEBENARAN) KERANA ALLAH, MENJADI SAKSI DENGAN ADIL. DAN JANGANLAH SEKALI-KALI KEBENCIANMU TERHADAP SESUATU KAUM, MENDORONG KAMU UNTUK BERLAKU TIDAK ADIL. BERLAKU ADILLAH, KERANA ADIL ITU LEBIH DEKAT KEPADA TAQWA. DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN.

ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH, (BAHAWA) UNTUK MEREKA AMPUNAN DAN PAHALA YANG BESAR..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 8 DAN 9, JUZUK 6

Friday, August 2, 2019

RENUNGAN JUMAAT

"...HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, APABILA KAMU HENDAK MENGERJAKAN SOLAT, MAKA BASUHLAH MUKAMU DAN TANGANMU SAMPAI DENGAN SIKU, DAN SAPULAH KEPALAMU DAN (BASUH) KAKIMU SAMPAI DENGAN KEDUA MATA KAKI, DAN JIKA KAMU SAKIT ATAU DALAM PERJALANAN ATAU KEMBALI DARI TEMPAT BUANG AIR (TANDAS) ATAU MENMYENTUH PEREMPUAN, LALU KAMU TIDAK MEMPEROLEH AIR, MAKA BERTAYAMMUMLAH DENGAN TANAH YANG BAIK (BERSIH): SAPULAH MUKAMU DAN TANGANMU DENGAN TANAH ITU. ALLAH TIDAK HENDAK MENYULITKAN KAMU, TETAPI DIA HENDAK MEMBERSIHKAN KAMU DAN MENYEMPURNAKAN NIKMAT-NYA BAGIMU, SUPAYA KAMU BERSYUKUR..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 6, JUZUK 6 

Friday, July 26, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...PADA HARI INI DIHALALKAN BAGIMU YANG BAIK-BAIK. MAKANAN (SEMBELIHAN) ORANG-ORANG YANG DIBERI AL KITAB ITU HALAL BAGIMU, DAN MAKANAN KAMU HALAL (PULA) BAGI MEREKA. (DAN DIHALALKAN MENGAHWINI) WANITA-WANITA YANG MENJAGA KEHORMATAN DI ANTARA WANITA-WANITA YANG BERIMAN DAN WANITA-WANITA YANG MENJAGA KEHORMATAN DI ANTARA ORANG-ORANG YANG DIBERI AL KITAB SEBELUM KAMU, BILA KAMU TELAH MEMBAYAR MAS KAWIN MEREKA DENGAN MAKSUD MENIKAHINYA, TIDAK DENGAN MAKSUD BERZINA DAN TIDAK (PULA) MENJADIKAN GUNDIK-GUNDIK. BARANGSIAPA YANG KAFIR SESUDAH BERIMAN (TIDAK MENERIMA HUKUM-HUKUM ISLAM) MAKA HAPUSLAH AMALANNYA DAN IA DI HARI AKHIRAT TERMASUK ORANG-ORANG YANG RUGI..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 5, JUZUK 6

Friday, July 19, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...MEREKA MENANYAKAN KEPADAMU: "APAKAH YANG DIHALALKAN BAGI MEREKA?". KATAKANLAH: "DIHALALKAN BAGIMU YANG BAIK-BAIK DAN (BURUAN YANG DITANGKAP) OLEH BINATANG BUAS YANG TELAH KAMU AJAR DENGAN MELATIHNYA UNTUK BERBURU: KAMU MENGAJARNYA MENURUT APA YANG TELAH DIAJARKAN ALLAH KEPADAMU. MAKA MAKANLAH DARI APA YANG DITANGKAPNYA UNTUKMU, DAN SEBUTLAH NAMA ALLAH ATAS BINATANG BUAS ITU (WAKTU MELEPASNYA). DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT CEPAT HISAB-NYA"..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 4, JUZUK 6

Friday, July 12, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DIHARAMKAN BAGIMU (MEMAKAN) BANGKAI, DARAH, DAGING BABI, (DAGING HAIWAN) YANG DISEMBELIH ATAS NAMA SELAIN ALLAH, YANG TERCEKIK, YANG DIPUKUL, YANG JATUH, YANG DITANDUK, DAN YANG DITERKAM BINATANG BUAS, KECUALI YANG SEMPAT KAMU MENYEMBELIHNYA, DAN (DIHARAMKAN BAGIMU) YANG DISEMBELIH UNTUK BERHALA. DAN (DIHARAMKAN JUGA) MENGUNDI NASIB DENGAN ANAK PANAH, (MENGUNDI NASIB DENGAN ANAK PANAH ITU) ADALAH KEFASIKAN. PADA HARI INI ORANG-ORANG KAFIR TELAH PUTUS ASA UNTUK (MENGALAHKAN) AGAMAMU, SEBAB ITU JANGANLAH KAMU TAKUT KEPADA MEREKA DAN TAKUTLAH KEPADA-KU. PADA HARI INI TELAH KUSEMPURNAKAN UNTUK KAMU AGAMAMU, DAN TELAH KU-CUKUPKAN KEPADAMU NIKMAT-KU, DAN TELAH KU REDHA ISLAM ITU JADI AGAMA BAGIMU. MAKA BARANGSIAPA TERPAKSA KERANA KELAPARAN TANPA SENGAJA BERBUAT DOSA, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..."


SURAH AL MAA'IDAH (HIDANGAN), AYAT 3, JUZUK 6

Friday, July 5, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MELANGGAR SYI'AR-SYI'AR ALLAH, DAN JANGAN MELANGGAR KEHORMATAN BULAN-BULAN HARAM, JANGAN (MENGGANGGU) BINATANG-BINATANG HAD-YA, DAN BINATANG-BINATANG QALAA-ID, DAN JANGAN (PULA) MENGGANGGU ORANG-ORANG YANG MENGUNJUNGI BAITULLAH SEDANG MEREKA MENCARI KURNIA DAN KEREDHAAN DARI TUHANNYA, DAN APABILA KAMU TELAH MENYELESAIKAN IBADAH HAJI, MAKA BOLEHLAH BERBURU. DAN JANGANLAH SEKALI-KALI KEBENCIAN(MU) KEPADA SESUATU KAUM KERANA MEREKA MENGHALANGI-HALANGI KAMU KE MASJIDILHARAM, MENDORONGMU BERBUAT ANIAYA (KEPADA MEREKA). DAN TOLONG-MENOLONGLAH KAMU DALAM (MENGERJAKAN) KEBAJIKAN DAN TAQWA, DAN JANGAN TOLONG-MENOLONG DALAM BERBUAT DOSA DAN PELANGGARAN. DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT BERAT SIKSA-NYA..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 2, JUZUK 6

Friday, June 28, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN DIA-LAH YANG MENIUPKAN ANGIN SEBAGAI PEMBAWA BERITA GEMBIRA SEBELUM KEDATANGAN RAHMAT-NYA (HUJAN); HINGGA APABILA ANGIN ITU TELAH MEMBAWA AWAN MENDUNG, KAMI HALAU KE SUATU DAERAH YANG TANDUS, LALU KAMI TURUNKAN HUJAN DI DAERAH ITU, MAKA KAMI KELUARKAN DENGAN SEBAB HUJAN ITU PELBAGAI MACAM BUAH-BUAHAN. SEPERTI ITULAH KAMI MEMBANGKITKAN ORANG-ORANG YANG TELAH MATI, MUDAH-MUDAHAN KAMU MENGAMBIL PELAJARAN.

DAN TANAH NYANG BAIK, TANAMAN-TANAMANNYA TUMBUH SUBUR DENGAN SEIZIN ALLAH; DAN TANAH YANG TIDAK SUBUR, TANAMAN-TANAMANNYA HANYA TUMBUH MERANA. DEMIKIANLAH KAMI MENGULANGI TANDA-TANDA KEBESARAN (KAMI) BAGI ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 57 DAN 58, JUZUK 8

Friday, June 21, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...BERDOALAH KEPADA TUHANMU DENGAN MERENDAH DIRI DAN SUARA YANG LEMBUT. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS.

DAN JANGANLAH KAMU MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI, SESUDAH (ALLAH) MEMPERBAIKINYA DAN BERDOALAH KEPADA-NYA DENGAN RASA TAKUT (TIDAK AKAN DITERIMA) DAN HARAPAN (AKAN DIKABULKAN). SESUNGGUHNYA RAHMAT ALLAH AMAT DEKAT KEPADA ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 55 DAN 56, JUZUK 8

Friday, June 14, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA TUHAN KAMU IALAH ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DALAM ENAM MASA, LALU DIA BERSEMAYAM DI ATAS ARASY. DIA MENUTUPKAN MALAM KEPADA SIANG YANG MENGIKUTINYA DENGAN CEPAT, DAN (DICIPTAKAN-NYA PULA) MATAHARI, BULAN DAN BINTANG-BINTANG (MASING-MASING) TUNDUK KEPADA PERINTAH-NYA. INGATLAH, MENCIPTAKAN DAN MEMERINTAH HANYALAH HAK ALLAH. MAHA SUCI ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 54, JUZUK 8

Friday, June 7, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KAMI DAN MENYOMBONGKAN DIRI TERHADAPNYA, SEKALI-KALI TIDAK AKAN DIBUKAKAN BAGI MEREKA PINTU-PINTU LANGIT DAN TIDAK (PULA) MEREKA MASUK SYURGA, HINGGA UNTA MASUK KE LUBANG JARUM. DEMIKIANLAH KAMI MEMBERI PEMBALASAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERBUAT KEJAHATAN.

MEREKA MEMPUNYAI TIKAR TIDUR DARI API NERAKA DAN DI ATAS MEREKA ADA SELIMUT (API NERAKA). DEMIKIANLAH KAMI MEMBERI BALASAN KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 40 DAN 41, JUZUK 8

Friday, May 31, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...ALLAH BERFIRMAN: "MASUKLAH KAMU SEKALIAN KE DALAM NEREKA BERSAMA UMAT-UMAT JIN DAN MANUSIA YANG TELAH TERDAHULU SEBELUM KAMU. SETIAP SUATU UMAT MASUK (KE DALAM NERAKA), DIA MENGUTUK KAWANNYA (YANG MENYESATKANNYA); SEHINGGA APABILA MEREKA MASUK SEMUANYA BERKATALAH ORANG-ORANG YANG MASUK KEMUDIAN DI ANTARA MEREKA KEPADA ORANG-ORANG YANG MASUK TERDAHULU: "YA TUHAN KAMI, MEREKA TELAH MENYESATKAN KAMI, SEBAB ITU DATANGKANLAH KEPADA MEREKA SIKSAAN YANG BERLIPAT GANDA DARI NERAKA". ALLAH BERFIRMAN: "MASING-MASING MENDAPAT (SIKSAAN) YANG BERLIPAT GANDA, AKAN TETAPI KAMU TIDAK MENGETAHUI"..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 38, JUZUK 8

Friday, May 24, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...HAI ANAK ADAM, PAKAILAH PAKAIANMU YANG INDAH DI SETIAP (MEMASUKI) MASJID, MAKAN DAN MINUMLAH, DAN JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.

KATAKANLAH: "SIAPAKAH YANG MENGHARAMKAN PERHIASAN DARI ALLAH YANG TELAH DIKELUARKAN-NYA UNTUK HAMBA-HAMBA-NYA DAN (SIAPA PULAKAH YANG MENGHARAMKAN) REZEKI YANG BAIK?" KATAKANLAH: " SEMUANYA ITU (DISEDIAKAN) BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DALAM KEHIDUPAN DUNIA, KHUSUS (UNTUK MEREKA SAHAJA) DI HARI KIAMAT. DEMIKIANLAH KAMI MENJELASKAN AYAT-AYAT ITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGETAHUI..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 31 DAN 32, JUZUK 8

Friday, May 17, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...KATAKANLAH: "TUHANKU MENYURUH MENJALANKAN KEADILAN". DAN (KATAKANLAH): "LURUSKANLAH MUKA (DIRI)MU DI SETIAP SEMBAHYANG DAN SEMBAHLAH ALLAH DENGAN MENGIKHLASKAN KETAATANMU KEPADA-NYA. SEBAGAIMANA DIA TELAH MENCIPTAKAN KAMU PADA PERMULAAN (DEMIKIAN PULALAH) KAMU AKAN KEMBALI KEPADA-NYA".

SEBAHAGIAN DIBERI-NYA PETUNJUK DAN SEBAHAGIAN LAGI TELAH PASTI KESESATAN BAGI MEREKA. SESUNGGUHNYA MEREKA MENJADIKAN SYAITAN-SYAITAN PELINDUNG (MEREKA) SELAIN ALLAH, DAN MEREKA MENGIRA BAHAWA MEREKA MENDAPAT PETUNJUK..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 29 DAN 30, JUZUK 8

Friday, May 10, 2019

RENUNGAN JUMAAT

"...HAI ANAK ADAM,  JANGANLAH SEKALI-KALI KAMU DAPAT DITIPU OLEH SYAITAN SEBAGAIMANA IA TELAH MENGELUARKAN KEDUA IBU BAPAMU DARI SYURGA, IA MENANGGALKAN DARI KEDUANYA PAKAIANNYA UNTUK MEMPERHATIKAN KEPADA KEDUANYA AURATNYA. SESUNGGUHNYA IA DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA MELIHAT KAMU DARI SUATU TEMPAT YANG KAMU TIDAK BISA MELIHAT MEREKA. SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENJADIKAN SYAITAN-SYAITAN ITU PEMIMPIN-PEMIMPIN BAGI ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 27, JUZUK 8

Friday, May 3, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...ALLAH BERFIRMAN: "DI BUMI ITU KAMU HIDUP DAN DI BUMI ITU KAMU MATI, DAN DARI BUMI ITU (PULA) KAMU AKAN DIBANGKITKAN.

HAI ANAK ADAM, SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADAMU PAKAIAN UNTUK MENUTUPI AURATMU DAN PAKAIAN INDAH UNTUK PERHIASAN. DAN PAKAIAN TAQWA ITULAH YANG PALING BAIK. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH, MUDAH-MUDAHAN MEREKA SELALU INGAT..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 25 DAN 26, JUZUK 8

Friday, April 26, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...IBLIS MENJAWAB: "KERANA ENGKAU TELAH MENGHUKUM SAYA TERSESAT, SAYA BENAR-BENAR AKAN (MENGHALANG-HALANGI) MEREKA DARI JALAN ENGKAU YANG LURUS,

KEMUDIAN SAYA AKAN MENDATANGI MEREKA DARI MUKA DAN DARI BELAKANG MEREKA, DARI KANAN DAN DARI KIRI MEREKA. DAN ENGKAU TIDAK AKAN MENDAPATI KEBANYAKAN MEREKA BERSYUKUR (TAAT).."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 16 DAN 17, JUZUK 8

Friday, April 19, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...ALLAH BERFIRMAN: "TURUNLAH KAMU DARI SYURGA ITU; KERANA KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENYOMBONGKAN DIRI DI DALAMNYA, MAKA KELUARLAH, SESUNGGUHNYA KAMU TERMASUK ORANG-ORANG YANG HINA".

IBLIS MENJAWAB: "BERI TANGGUHLAH SAYA SAMPAI WAKTU MEREKA DIBANGKITKAN".

ALLAH BERFIRMAN: "SESUNGGUHNYA KAMU TERMASUK MEREKA YANG DIBERI TANGGUH"..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 13 HINGGA 15, JUZUK 8

Friday, April 12, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN KAMU (ADAM), LALU KAMI BENTUK TUBUHMU, KEMUDIAN KAMI KATAKAN KEPADA PARA MALAIKAT: "BERSUJUDLAH KAMU KEPADA ADAM"; MAKA MEREKA BERSUJUD KECUALI IBLIS. DIA TIDAK TERMASUK MEREKA YANG BERSUJUD.

ALLAH BERFIRMAN: "APAKAH YANG MENGHALANGIMU UNTUK BERSUJUD (KEPADA ADAM) DI WAKTU AKU MENYURUHMU?" MENJAWAB IBLIS: "SAYA LEBIH BAIK DARIPADANYA: ENGKAU CIPTAKAN SAYA DARI API SEDANG DIA ENGKAU CIPTAKAN DARI TANAH"..."


SURAH A' A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 11 DAN 12, JUZUK 8

Friday, April 5, 2019

RENUNGAN JUMAAT

"...TIMBANGAN PADA HARI ITU IALAH KEBENARAN (KEADILAN), MAKA BARANGSIAPA BERAT TIMBANGAN KEBAIKANNYA, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG.

DAN SIAPA YANG RINGAN TIMBANGAN KEBAIKANYA, MAKA ITULAH ORANG-ORANG YANG MERUGIKAN DIRINYA SENDIRI, DISEBABKAN MEREKA SELALU MENGINGKARI AYAT-AYAT KAMI.

SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENEMPATKAN KAMU SEKELIAN DI MUKA BUMI DAN KAMI ADAKAN BAGIMU DI MUKA BUMI ITU (SUMBER) PENGHIDUPAN. AMAT SEDIKITLAH KAMU BERSYUKUR..."


SURAH AL A'RAAF (TEMPAT TERTINGGI), AYAT 8 HINGGA 10, JUZUK 8

Friday, March 29, 2019

RENUNGAN JUMAAT

"...BAGI MEREKA AZAB DALAM KEHIDUPAN DUNIA DAN SESUNGGUHNYA AZAB AKHIRAT ADALAH LEBIH KERAS DAN TIDAK ADA BAGI MEREKA SEORANG PELINDUNGPUN DARI (AZAB) ALLAH.

PERUMPAMAAN SYURGA YANG DIJANJIKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TAQWA IALAH (SEPERTI TAMAN); MENGALIR SUNGAI-SUNGAI DI DALAMNYA; BUAHNYA TIDAK HENTI-HENTI SEDANG NAUNGANNYA (DEMIKIAN PULA). ITULAH TEMPAT KESUDAHAN BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA; SEDANG TEMPAT KESUDAHAN BAGI ORANG-ORANG KAFIR IALAH NERAKA..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 34 DAN 35, JUZUK 13

Friday, March 22, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN SEKIRANYA ADAL SUATU BACAAN  (KITAB SUCI) YANG DENGAN BACAAN ITU GUNUNG-GUNUNG DAPAT DIGONCANGKAN ATAU BUMI JADI TERBELAH ATAU OLEH KERANANYA ORANG-ORANG YANG SUDAH MATI DAPAT BERBICARA, (TENTU AL QURAAN ITULAH DIA). SEBENARNYA SEGALA URUSAN ITU ADALAH KEPUNYAAN ALLAH. MAKA TIDAKKAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU MENGETAHUI BAHAWA SEANDAINYA ALLAH MENGHENDAKI (SEMUA MANUSIA BERIMAN), TENTU ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA MANUSIA SEMUANYA. DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR SENANTIASA DITIMPA BENCANA DISEBABKAN PERBUATAN MEREKA SENDIRI ATAU BENCANA ITU TERJADI DEKAT TEMPAT KEDIAMAN MEREKA, SEHINGGA DATANGLAH JANJI ALLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYALAHI JANJI..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 31, JUZUK 13

Friday, March 15, 2019

RENUNGAN JUMAAT

"...ALLAH TELAH MENURUNKAN AIR (HUJAN) DARI LANGIT, MAKA MENGALIRLAH AIR DI LEMBAH-LEMBAH MENURUT UKURANNYA, MAKA ARUS ITU MEMBAWA BUIH YANG MENGEMBANG. DAN DARI APA (LOGAM) YANG MEREKA LEBUR DALAM API UNTUK MEMBUAT PERHIASAN ATAU ALAT-ALAT, ADA (PULA) BUIHNYA SEPERTI BUIH ARUS ITU. DEMIKIANLAH ALLAH MEMBUAT PERUMPAMAAN (BAGI) YANG BENAR DAN YANG BATIL. ADAPUN BUIH ITU, AKAN HILANG SEBAGAI SUSUATU YANG TIDAK ADA HARGANYA; ADAPUN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA, MAKA IA TETAP DI BUMI. DEMIKIANLAH ALLAH MEMBUAT PERUMPAMAAN-PERUMPAMAAN..."


SURAH AR'RA'D (GURUH), AYAT 17, JUZUK 13 

Friday, March 8, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...KATAKANLAH: "SIAPAKAH TUHAN LANGIT DAN BUMI?' JAWABNYA: "ALLAH". KATAKANLAH: "MAKA PATUTKAH KAMU MENGAMBIL PELINDUNG-PELINDUNGMU DARI SELAIN ALLAH, PADAHAL MEREKA TIDAK MENGUASAI KEMANFAATAN DAN TIDAK (PULA) KEMUDHARATAN BAGI DIRI MEREKA SENDIRI?". KATAKANLAH: "ADAKAH SAMA ORANG BUTA DAN ORANG YANG MELIHAT, ATAU SAMAKAH GELAP GULITA DAN TERANG BENDERANG; APAKAH MEREKA MENJADIKAN BEBERAPA SEKUTU BAGI ALLAH YANG DAPAT MENCIPTAKAN SEPERTI CIPTAAN-NYA SEHINGGA KEDUA CIPTAAN ITU SERUPA MENURUT PANDANGAN MEREKA?" KATAKANLAH: "ALLAH ADALAH PENCIPTA SEGALA SESUATU DAN DIA-LAH TUHAN YANG MAHA ESA LAGI MAHA PERKASA..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 16, JUZUK 13



Friday, March 1, 2019

RENUNGAN JUMAAT

"...HANYA BAGI ALLAH-LAH (HAK MENGABULKAN) DOA YANG BENAR. DAN BERHALA-BERHALA YANG MEREKA SEMBAH SELAIN ALLAH TIDAK DAPAT MEMPERKENANKAN SESUATU-PUN BAGI MEREKA, MELAINKAN SEPERTI ORANG YANG MEMBUKAKAN KEDUA TELAPAK TANGANNYA KE DALAM AIR SUPAYA SAMPAI AIR KE MULUTNYA, PADAHAL AIR ITU TIDAK DAPAT SAMPAI KE MULUTNYA. DAN DOA (IBADAT) ORANG-ORANG KAFIR ITU, HANYALAH SIA-SIA BELAKA.

HANYA KEPADA ALLAH-LAH SUJUD (PATUH) SEGALA APA YANG DI LANGIT DAN DI BUMI, BAIK DENGAN KEMAHUAN SENDIRI ATAUPUN TERPAKSA (DAN SUJUD PULA) BAYANG-BAYANGNYA DI WAKTU PAGI DAN PETANGT HARI..." 


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 14 DAN 15, JUZUK 13

Friday, February 22, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DIA-LAH TUHAN YANG MEMPERLIHATKAN KILAT KEPADAMU UNTUK MENIMBULKAN KETAKUTAN DAN HARAPAN, DAN DIA MENGADAKAN AWAN MENDUNG.

DAN GURUH ITU BERTASBIH DENGAN MEMUJI ALLAH, (DEMIKIAN PULA) PARA MALAIKAT KERANA TAKUT KEPADA-NYA, DAN ALLAH MELEPASKAN HALILINTAR, LALU MENIMPAKANNYA KEPADA SIAPA YANG DIA KEHENDAKI, DAN MEREKA BERBANTAH-BANTAHAN TENTANG ALLAH, DAN DIA-LAH TUHAN YANG MAHA KERAS SIKSA-NYA..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 12 DAN 13, JUZUK 13

Friday, February 15, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...BAGI MANUSIA ADA MALAIKAT-MALAIKAT YANG SELALU MENGIKUTINYA BERGILIRAN, DI MUKA DAN DI BELAKANGNYA, MEREKA MENJAGANYA ATAS PERINTAH ALLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MERUBAH KEADAAN SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MERUBAH KEADAAN YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI. DAN APABILA ALLAH MENGHENDAKI KEBURUKAN TERHADAP SESUATU KAUM, MAKA TAK ADA YANG DAPAT MENOLAKNYA; DAN SEKALI-KALI TAK ADA PELINDUNG BAGI MEREKA SELAIN DIA..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 11, JUZUK 13

Friday, February 8, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SAMA SAHAJA (BAGI TUHAN), SIAPA DI ANTARAMU YANG MERAHSIAKAN UCAPANNYA, DAN SIAPA YANG BERTERUS TERANG DENGAN UCAPAN ITU, DAN SIAPA YANG BERSEMBUNYI DI MALAM HARI DAN YANG BERJALAN (MENAMPAKKAN DIRI) DI SIANG HARI..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 10, JUZUK 13

Friday, February 1, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...ALLAH MENGETAHUI APA YANG DIKANDUNG OLEH SETIAP PEREMPUAN, DAN KANDUNGAN RAHIM YANG KURANG SEMPURNA DAN YANG BERTAMBAH, DAN SEGALA SESUATU PADA SISI-NYA ADA UKURANNYA.

YANG MENGETAHUI SEMUA YANG GHAIB DAN YANG NAMPAK; YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 8 DAN 9, JUZUK 13

Friday, January 25, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN JIKA (ADA SESUATU) YANG KAMU HAIRANKAN. MAKA YANG PATUT MENGHAIRANKAN ADALAH UCAPAN MEREKA: "APABILA KAMI TELAH MENJADI TANAH, APAKAH KAMI SESUNGGUHNYA AKAN (DIKEMBALIKAN) MENJADI MAKHLUK YANG BAHARU?" ORANG-ORANG ITULAH YANG KAFIR KEPADA TUHANNYA; DAN ORANG-ORANG ITULAH (YANG DILEKATKAN) BELENGGU DI LEHERNYA; MEREKA ITULAH PENGHUNI NERAKA, MEREKA KEKAL DI DALAMNYA..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 5, JUZUK 13

Friday, January 18, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN DI BUMI INI TERDAPAT BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG BERDAMPINGAN, DAN KEBUN-KEBUN ANGGUR, TANAMAN-TANAMAN DAN POHON-POHON KURMA YANG BERCABANG DAN YANG TIDAK BERCABANG, DISIRAMI DENGAN AIR YANG SAMA. KAMI MELEBIHKAN SEBAHAGIAN TANAM-TANAMAN ITU ATAS SEBAHAGIAN YANG LAIN TENTANG RASANYA. SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU TERDAPAT TANDA-TANDA (KEBESARAN ALLAH) BAGI KAUM YANG BERFIKIR..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 4, JUZUK 13

Friday, January 11, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN DIA-LAH TUHAN YANG MEMBENTANGKAN BUMI DAN MENJADIKAN GUNUNG-GUNUNG DAN SUNGAI-SUNGAI PADANYA. DAN MENJADIKAN PADANYA SEMUA BUAH-BUAHAN BERPASANG-PASANGAN, ALLAH MENUTUPKAN MALAM KEPADA SIANG. SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU TERDAPAT TANDA-TANDA (KEBESARAN ALLAH) BAGI KAUM YANG MEMIKIRKAN..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 3, JUZUK 13

Friday, January 4, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...ALLAH-LAH YANG MENINGGIKAN LANGIT TANPA TIANG (SEBAGAIMANA) YANG KAMU LIHAT, KEMUDIAN DIA BERSEMAYAM DI ATAS 'ARSY, DAN MENUNDUKKAN MATAHARI DAN BULAN. MASING-MASING BEREDAR HINGGA WAKTU YANG DITENTUKAN. ALLAH MENGATUR URUSAN (MAKHLUK-NYA), MENJELASKAN TANDA-TANDA (KEBESARAN-NYA), SUPAYA KAMU MEYAKINI PERTEMUAN (MU) DENGAN TUHANMU..."


SURAH AR RA'D (GURUH), AYAT 2, JUZUK 13