Friday, December 28, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...ALANGKAH BESARNYA  PENYESALAN TERHADAP HAMBA-HAMBA ITU, TIADA DATANG SEORANG RASULPUN KEPADA MEREKA MELAINKAN MEREKA SELALU MEMPEROLOK-OLOKKANNYA.

TIDAKKAH MEREKA MENGETAHUI BERAPA BANYAKNYA UMAT-UMAT SEBELUM MEREKA YANG TELAH KAMI BINASAKAN, BAHAWASANYA ORANG-ORANG (YANG TELAH KAMI BINASAKAN) ITU TIADA KEMBALI KEPADA MEREKA..."


SURAH YAA SIIN, AYAT 30 DAN 31, JUZUK 23

Friday, December 21, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DIKATAKAN (KEPADANYA): "MASUKLAH KE SYURGA". IA BERKATA: "ALANGKAH BAIKNYA SEKIRANYA KAUMKU MENGETAHUI,

APA YANG MENYEBABKAN TUHANKU MEMBERI AMPUN KEPADAKU DAN MENJADIKAN AKU TERMASUK ORANG-ORANG YANG DIMULIAKAN".

DAN KAMI TIDAK MENURUNKAN KEPADA KAUMNYA SESUDAH DIA (MENINGGAL) SUATU PASUKANPUN DARI LANGIT DAN TIDAK LAYAK KAMI MENURUNKANNYA..."


SURAH YAA SIIN, AYAT 26 HINGGA 28, JUZUK 23

Friday, December 14, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...MENGAPA AKU TIDAK MENYEMBAH (TUHAN) YANG TELAH MENCIPTAKAN DAN YANG HANYA KEPADA-NYA KAMU (SEMUA) AKAN DIKEMBALIKAN?

MENGAPA AKU AKAN MENYEMBAH TUHAN-TUHAN SELAIN-NYA JIKA (ALLAH) YANG MAHA PEMURAH MENGHENDAKI KEMUDARATAN TERHADAPKU, NESCAYA SYAFAAT MEREKA TIDAK MEMBERI MANFAAT SEDIKITPUN BAGI DIRIKU DAN MEREKA TIDAK (PULA) DAPAT MENYELAMATKANKU?

SESUNGGUHNYA AKU KALAU BEGITU PASTI BERADA DALAM KESESATAN YANG NYATA..."


SURAH YAA SIIN, AYAT 22 HINGGA 24, JUZUK 23

Monday, December 10, 2018

MENGENALI BULAN

 LACUS FELICITATIS (TASIK FELICITATIS - LAKE OF HAPPINESS)

KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)

LOKASI:   LACUS FELICITATIS BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI 'MONTES APENNINUS REGION' IAITU PADA KOORDINAT 5.4o TIMUR ; 18.5o UTARA.

ERA PEMBENTUKAN:   LACUS FELICITATIS TERBENTUK PADA ERA 'IMBRIAN' IAITU LEBIH KURANG -3,850 JUTA TAHUN HINGGA - 3,200 JUTA TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:   LACUS FELICITATIS ADALAH SEBUAH TASIK (YANG KELIHATAN SEPERTI TASIK DI PERMUKAAN BULAN APABILA DILIHAT DARI BUMI)!!. LACUS FELICITATIS BERMAKSUD "LAKE OF HAPPINESS" (TASIK KEGEMBIRAAN). IA MERUPAKAN SEBUAH TASIK (TOMPOKAN) YANG KECIL DI PERMUKAAN BULAN YANG TELAH DILIMPAHI DENGAN ALIRAN LAVA YANG MENYEBABKAN TASIK (TOMPOKAN) TERSEBUT MENGALAMI PARAS YANG LEBIH RENDAH DARI KAWASAN DI SEKELILINGNYA. BENTUK TERSEBUT MENJADI LACUS FELICITATIS. KEDUDUKAN LACUS FELICITATIS DI TERRA NIVIUM (THE LAND OF SNOWS), SATU KAWASAN DI UTARA MARE VAPORUM. LACUS FELICITATIS MELIPUTI KELUASAN SEHINGGA 98 KM. 

BENTUKNYA YANG MELENGKONG MENGHASILKAN SATU CABANG KE UTARA DAN SATU LAGI CABANG KE TIMUR. TERDAPAT TIGA KAWAH (CRATERS) KECIL DI DALAM KAWASAN LACUS FELICITATIS IAITU KAWAH DAG (0.5 KM), KAWAH INA (3 KM) DAN KAWAH OSAMA (0.5 KM). LEBIH KURANG 70 KE 80 KM KE TIMUR-LAUT LACUS FELICITATIS TERDAPAT MONTES HAEMUS (BANJARAN HAEMUS) YANG TERLETAK DI SEPANJANG BARAT-DAYA PINGIRAN MARE SERENITATIS. SEMPADAN DI SEKELILING LACUS FELICITATIS AGAK KASAR SERTA TIDAK RATA.

DI BAHAGIAN UTARA LACUS FELICITATIS TERDAPAT GUNUNG-GUNUNG YANG TERHAMPAR DARI MONTES HAEMUS (BANJARAN HAEMUS). TERDAPAT JUGA KAWAH CONON A. DI TIMUR, BERSEBELAHAN DENGANNYA TERDAPAT LACUS ODII. MANAKALA, DI SEBELAH TENGGARA PULA TERLETAK LACUS DOLORIS. DI SEBELAH SELATAN, TERDAPAT MARE VAPORUM DAN KAWAH YANGEL, MANAKALA, SINUS FIDEI (TELUK FIDEI) SERTA KAWAH CONON W DI SEBELAH BARAT LACUS FELICITATIS.

PEMERHATIAN:  LACUS FELICITATIS ADALAH SUATU LANSKAP YANG AGAK MENARIK UNTUK DICERAP. IA BOLEH DICERAP PADA KETIKA SUKU PERTAMA BULAN (FIRST QUARTER MOON) ATAU 6 HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:  UNTUK MENCERAP LACUS FELICITATIS, SEKURANG-KURANGNYA, TELESKOP  JENIS REFRACTOR BERKUASA x 50 mm DIPERLUKAN.

PENGHORMATAN:   MARE FRIGORIS TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).


camp.astronomy@gmail.com

Friday, December 7, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA KAMU HANYA MEMBERI PERINGATAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MAHU MENGIKUT PERINGATAN DAN YANG TAKUT KEPADA TUHAN YANG MAHA PEMURAH WALAUPUN DIA TIDAK MELIHATNYA. MAKA BERILAH MEREKA KHABAR GEMBIRA DENGAN AMPUNAN DAN PAHALA YANG MULIA.

SESUNGGUHNYA KAMI MENGHIDUPKAN ORANG-ORANG YANG MATI DAN KAMI MENULISKAN APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN DAN BEKAS-BEKAS YANG MEREKA TINGGALKAN. DAN SEGALA SESUATU KAMI KUMPULKAN DALAM KITAB INDUK YANG NYATA (LAUH MAHFUZH)..."


SURAH YAA SIIN, AYAT 11 DAN 12, JUZUK 22