LACUS DOLORIS (TASIK DOLORIS)
KATEGORI: TASIK (LAKE ATAU LACUS)
LOKASI: LACUS DOLORIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS DOLORIS ADALAH 8.6O TIMUR DAN 16.8O UTARA IAITU DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS. IA BERADA DI KAWASAN "TERRA NIVIUM REGION" (THE LAND OF SNOWS).
KELUASAN: LACUS DOLORIS MEMPUNYAI KELUASAN 103 KM PERSEGI.
ERA PEMBENTUKAN: LACUS DOLORIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: LACUS DOLORIS ADALAH SEBUAH TASIK YANG DIKENALI JUGA SEBAGAI "LAKE OF SORROW" (TASIK KESEDIHAN) YANG BERADA DI DALAM KAWASAN YANG DIPANGGIL 'TERRA NIVIUM' (THE LAND OF SNOWS - TANAH YANG BERSALJI). SAIZ LACUS DOLORIS LEBIH BESAR SEDIKIT DARI LACUS FELICITATIS DAN JUGA LACUS ODII YANG TERLETAK DI BARAT-LAUT DARI LACUS DOLORIS. DI BAHAGIAN TIMUR TERDAPAT LACUS GAUDII, MANAKALA LACUS LENITATIS PULA TERLETAK DI BAHAGIAN TENGGARA LACUS DOLORIS. MARE VAPORUM BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA SERTA KAWAH MANILUS BERADA DI BAHAGIAN SELATAN LACUS DOLORIS. DI BINGKAI TEBING DI BAHAGIAN UTARA LETAKNYA KAWAH BOWEN.
PEMERHATIAN: LACUS DOLORIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. LACUS DOLORIS DAPAT DILIHAT PADA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PENEROKAAN: TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS DOLORIS.
No comments:
Post a Comment