Friday, November 30, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...JIKA MEREKA BERSABAR (MENDERITA AZAB) MAKA NERAKALAH TEMPAT DIAM MEREKA DAN JIKA MEREKA MENGEMUKAKAN ALASAN-ALASAN, MAKA TIDAKLAH MEREKA TERMASUK ORANG-ORANG YANG DITERIMA ALASANNYA.

DAN KAMI TETAPKAN BAGI MEREKA TEMAN-TEMAN YANG MENJADIKAN MEREKA MEMANDANG BAGUS APA YANG ADA DI HADAPAN DAN DI BELAKANG MEREKA DAN TETAPLAH ATAS MEREKA KEPUTUSAN AZAB PADA UMAT-UMAT YANG TERDAHULU SEBELUM MEREKA DARI JIN DAN MANUSIA; SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG RUGI..."


SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN), AYAT 24 DAN 25, JUZUK 24

Friday, November 23, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN MEREKA BERKATA KEPADA KULIT MEREKA: "MENGAPA KAMU MENJADI SAKSI TERHADAP KAMI?" KULIT MEREKA MENJAWAB: "ALLAH YANG MENJADIKAN SEGALA SESUATU PANDAI BERKATA TELAH MENJADIKAN KAMI PANDAI (PULA) BERKATA, DAN DIA-LAH YANG MENCIPTAKAN KAMU PADA KALI YANG PERTAMA DAN HANYA KEPADA-NYA KAMU DIKEMBALIKAN".

KAMU SEKALI-KALI TIDAK DAPAT BERSEMBUNYI DARI PERSAKSIAN PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN KULITMU TERHADAPMU BAHKAN KAMU MENGIRA BAHAWA ALLAH TIDAK MENGETAHUI KEBANYAKAN DARI APA YANG KAMU KERJAKAN..."


SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN), AYAT 21 DAN 22, JUZUK 24

Friday, November 16, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN (INGATLAH) HARI (KETIKA) MUSUH-MUSUH ALLAH DIGIRING KE DALAM NERAKA LALU MEREKA DIKUMPULKAN (SEMUANYA).

SEHINGGA APABILA MEREKA SAMPAI KE NERAKA, PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN KULIT MEREKA MENJADI SAKSI TERHADAP MEREKA TENTANG APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN..."


SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN), AYAT 19 DAN 20, JUZUK 24

Monday, November 12, 2018

MENGENALI BULAN

 LACUS DOLORIS (TASIK DOLORIS)

KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)

LOKASI:   LACUS DOLORIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS DOLORIS ADALAH 8.6O TIMUR DAN 16.8O UTARA IAITU DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS. IA BERADA DI KAWASAN "TERRA NIVIUM REGION" (THE LAND OF SNOWS).

KELUASAN:   LACUS DOLORIS MEMPUNYAI KELUASAN 103 KM PERSEGI.

ERA PEMBENTUKAN:   LACUS DOLORIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:   LACUS DOLORIS ADALAH SEBUAH TASIK YANG DIKENALI JUGA SEBAGAI "LAKE OF SORROW" (TASIK KESEDIHAN) YANG BERADA DI DALAM KAWASAN YANG DIPANGGIL 'TERRA NIVIUM' (THE LAND OF SNOWS - TANAH YANG BERSALJI). SAIZ LACUS DOLORIS LEBIH BESAR SEDIKIT DARI LACUS FELICITATIS DAN JUGA LACUS ODII YANG TERLETAK DI BARAT-LAUT DARI LACUS DOLORIS. DI BAHAGIAN TIMUR TERDAPAT LACUS GAUDII, MANAKALA LACUS LENITATIS PULA TERLETAK DI BAHAGIAN TENGGARA LACUS DOLORIS. MARE VAPORUM BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA SERTA KAWAH MANILUS BERADA DI BAHAGIAN SELATAN LACUS DOLORIS. DI BINGKAI TEBING DI BAHAGIAN UTARA LETAKNYA KAWAH BOWEN.


PEMERHATIAN:   LACUS DOLORIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. LACUS DOLORIS DAPAT DILIHAT PADA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP LACUS DOLORIS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' DIPERLUKAN DENGAN KUASA 50 mm.

PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS DOLORIS.


camp.astronomy@gmail.com

Friday, November 9, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...MAKA KAMI MENIUPKAN ANGIN YANG AMAT GEMURUH KEPADA MEREKA DALAM BEBERAPA HARI YANG SIAL, KERANA KAMI HENDAK MERASAKAN KEPADA MEREKA ITU SIKSAAN YANG MENGHINAKAN DALAM KEHIDUPAN DUNIA. DAN SESUNGGUHNYA SIKSAAN AKHIRAT LEBIH MENGHINAKAN SEDANG MEREKA TIDAK DIBERI PERTOLONGAN.

DAN ADAPUN KAUM TSAMUD MAKA MEREKA TELAH KAMI BERI PETUNJUK TETAPI MEREKA LEBIH MENYUKAI BUTA (KESESATAN) DARI PETUNJUK ITU, MAKA MEREKA DISAMBAR PETIR AZAB YANG MENGHINAKAN DISEBABKAN APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN..."


SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN), AYAT 16 DAN 17, JUZUK 24

Friday, November 2, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...JIKA MEREKA BERPALING MAKA KATAKANLAH: "AKU TELAH MEMPERINGATKAN KAMU DENGAN PETIR, SEPERTI PETIR YANG MENIMPA KAUM AAD DAN KAUM TSAMUD".

KETIKA RASUL-RASUL DATANG KEPADA MEREKA DARI DEPAN DAN DARI BELAKANG MEREKA (DENGAN MENYERUKAN): "JANGANLAH KAMU MENYEMBAH SELAIN ALLAH". MEREKA MENJAWAB: "KALAU TUHAN KAMI MENGHENDAKI TENTU DIA AKAN MENURUNKAN MALAIKAT-MALAIKAT-NYA, MAKA SESUNGGUHNYA KAMI KAFIR KERANA WAHYU YANG KAMU DIUTUS MEMBAWANYA..."


SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN), AYAT 13 DAN 14, JUZUK 24