LACUS GAUDII (TASIK GAUDII - THE LAKE OF JOY)
KATEGORI: TASIK (LAKE ATAU LACUS)
DI BAHAGIAN UTARA LACUS GAUDII TERDAPAT GUNUNG DAN BANJARAN DARI MONTES HAEMUS. DI BAHAGIAN TIMUR PULA TERDAPAT MARE SERENITATIS SERTA KAWAH MENELAUS. LACUS HIEMALIS TERLETAK DI TENGGARA LACUS GAUDII. MANAKALA, LACUS LENITATIS BERADA DI BAHAGIAN SELATAN. LACUS DOLORIS SERTA KAWAH BOWEN PULA BERADA DI BARAT LACUS GAUDII; KAWAH MANILIUS PULA KE BARAT-DAYA.
PEMERHATIAN: LACUS GAUDII DAPAT DICERAP PADA HARI KEENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KELIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.
PENGHORMATAN: LACUS GAUDII TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).
No comments:
Post a Comment