Friday, October 26, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...MAKA DIA MENJADIKAN TUJUH LANGIT DALAM DUA MASA DAN DIA MEWAHYUKAN PADA TIAP-TIAP LANGIT URUSANNYA. DAN KAMI HIASI LANGIT YANG DEKAT DENGAN BINTANG-BINTANG YANG CEMERLANG DAN KAMI MEMELIHARANYA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. DEMIKIANLAH KETENTUAN YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA MENGETAHUI..."


SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN), AYAT 12, JUZUK 24

Friday, October 19, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...KEMUDIAN DIA MENUJU KEPADA PENCIPTAAN LANGIT DAN LANGIT ITU MASIH MERUPAKAN ASAP, LALU DIA BERKATA KEPADANYA DAN KEPADA BUMI: "DATANGLAH KAMU KEDUANYA MENURUT PERINTAH-KU DENGAN SUKA HATI ATAU TERPAKSA". KEDUANYA MENJAWAB: "KAMI DATANG DENGAN SUKA HATI"..."


SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN), AYAT 11, JUZUK 24

Friday, October 12, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN DIA MENCIPTAKAN DI BUMI ITU GUNUNG-GUNUNG YANG KUKUH DI ATASNYA. DIA MEMBERKATINYA DAN DIA MENENTUKAN PADANYA KADAR MAKANAN-MAKANAN (PENGHUNI) NYA DALAM EMPAT MASA. (PENJELASAN ITU SEBAGAI JAWAPAN) BAGI ORANG-ORANG YANG BERTANYA..."


SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN), AYAT 10, JUZUK 24

Monday, October 8, 2018

MENGENALI BULAN

LACUS GAUDII  (TASIK GAUDII - THE LAKE OF JOY)

KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)


LOKASI:
   
LACUS GAUDII TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN DI DALAM KAWASAN TERRA NIVIUM (THE LAND OF SNOWS). KOORDINAT LACUS GAUDII IALAH 12.3O TIMUR SERTA 16.3O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS.


KELUASAN:
   
LACUS GAUDII MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 89 km.


ERA PEMBENTUKAN: 
 
LACUS GAUDII TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
   
LACUS GAUDII JUGA DIKENALI SEBAGAI 'LAKE OF JOY' ATAU TASIK KESERONOKAN' MERUPAKAN SEBUAH TASIK YANG KEHITAMAN DAN KAWASAN PERMUKAAN YANG RATA TERLETAK BERSEBELAHAN DENGAN MARE SERENITATIS DI BAHAGIAN BARAT-DAYA. IA DIPISAHKAN DARIPADA LACUS HIEMALIS OLEH BANJARAN GUNUNG. TERDAPAT KAWAH MANILIUS 2 DI DALAM LACUS GAUDII.
DI BAHAGIAN UTARA LACUS GAUDII TERDAPAT GUNUNG DAN BANJARAN DARI MONTES HAEMUS. DI BAHAGIAN TIMUR PULA TERDAPAT MARE SERENITATIS SERTA KAWAH MENELAUS. LACUS HIEMALIS TERLETAK DI TENGGARA LACUS GAUDII. MANAKALA, LACUS LENITATIS BERADA DI BAHAGIAN SELATAN. LACUS DOLORIS SERTA KAWAH BOWEN PULA BERADA DI BARAT LACUS GAUDII; KAWAH MANILIUS PULA KE BARAT-DAYA.


PEMERHATIAN:   LACUS GAUDII DAPAT DICERAP PADA HARI KEENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KELIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.


PERALATAN: 
 
UNTUK MENCERAP LACUS GAUDII, TEROPONG BERKUASA 10 X DIPERLUKAN. DI SAMPING ITU, BAGI MENDAPATKAN HASIL PENCERAPAN YANG LEBIH BAIK, PENGGUNAAN TELESKOP AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:
   
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS GAUDII.


PENGHORMATAN:   LACUS GAUDII TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).


camp.astronomy@gmail.com


Friday, October 5, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...KATAKANLAH: "SESUNGGUHNYA PATUTKAH KAMU KAFIR KEPADA YANG MENCIPTAKAN BUMI DALAM DUA MASA DAN KAMU ADAKAN SEKUTU-SEKUTU BAGI-NYA? (YANG BERSIFAT) DEMIKIAN ITULAH TUHAN SEMESTA ALAM..."


SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN), AYAT 9, JUZUK 24