Monday, July 9, 2018

MENGENALI BULAN

 LACUS ODII  (TASIK ODII - THE LAKE OF HATE)


KATEGORI:   TASIK (LAKE / LACUS)

LOKASI:   LACUS ODII TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS ODII IALAH 7.0O TIMUR SERTA 19.0O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS.


KELUASAN:   LACUS ODII MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 70 km.

ERA PEMBENTUKAN:   LACUS ODII TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   LACUS ODII MERUPAKAN SEBUAH TASIK YANG BERBENTUK MEMANJANG DENGAN KAWASAN PERMUKAAN YANG RATA DAN KEHITAMAN. IA TERLETAK SELARI DENGAN MARE SERENITATIS SEHINGGA KE BAHAGIAN BARAT-DAYA. IA KELIHATAN SEPERTI TERBENTUK HASIL CANTUMAN DUA BUAH KAWAH LAMA.


PEMERHATIAN:   LACUS ODII DAPAT DICERAP PADA HARI KEENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KELIMA BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP LACUS ODII, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS ODII.


camp.astronomy@gmail.com


No comments:

Post a Comment