SINUS FIDEI (TELUK FIDEI - THE BAY OF TRUST)
KATEGORI: TELUK (BAY ATAU SINUS)
LOKASI: SINUS FIDEI TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS FIDEI IALAH 2.0O TIMUR DAN 18.0O UTARA. IA BERADA DI KAWASAN MONTES APPENNINUS REGION.
KELUASAN: SINUS FIDEI MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 70 KM. TERDAPAT RIMA CONON DI DALAM SINUS FIDEI YANG MERENTANGI KAWASAN NYA.
ERA PEMBENTUKAN: SINUS FIDEI TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA KE -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: SINUS FIDEI JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK KEPERCAYAAN' (THE BAY OF TRUST). SINUS FIDEI TERLETAK DI UTARA TEBING MARE VAPORUM (LAUT VAPORUM). IANYA MERUPAKAN SEBUAH KAWASAN YANG AGAK RATA DENGAN BEBERAPA BUAH BUKIT. TERDAPAT RIMA CONON (ANAK SUNGAI CONON) DI LANTAI SINUS FIDEI YANG MENGUNJUR DARI BARAT-LAUT KE TENGGARA. DI BAHAGIAN UTARA SINUS FIDEI TERDAPAT KAWAH CONON SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG BERSAIZ KECIL SEPERTI KAWAH BELA, KAWAH HADLEY, KAWAH ARATUS; DAN JUGA MONTES APENNINUS (BANJARAN APENNINUS).
DI BAHAGIAN BARAT PULA TERDAPAT MONTES APENNINUS (BANJARAN APENNINUS), MARE IMBRIUM (LAUT IMBRIUM) DAN KAWAH MARCO POLO BESERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH KECIL YANG LAIN. DI BAHAGIAN SELATAN PULA TERDAPAT MARE VAPORUM (LAUT VAPORUM) YANG LUAS. MANAKALA, DI BAHAGIAN TIMUR PULA TERDAPAT LACUS FELICITATIS (TASIK FELICITATIS), LACUS ODII (TASIK ODII), MONTES HAEMUS (BANJARAN HAEMUS) SERTA KAWAH YANGEL.
PEMERHATIAN: SINUS FIDEI DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) SEHINGGA HARI KEENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK UNTUK DICERAP.
PERALATAN: UNTUK MENCERAP SINUS FIDEI, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENGHORMATAN: SINUS FIDEI TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1976.
No comments:
Post a Comment