Monday, December 11, 2017

MENGENALI BULAN

LACUS TEMPORIS  (TASIK TEMPORIS -  LAKE OF TIME)


KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)


LOKASI:   LACUS TEMPORIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS TEMPORIS ADALAH 58.4O TIMUR DAN 46.9O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TENGGARA KAWAH ATLAS.


KELUASAN:   LACUS TEMPORIS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 117 KM.


ERA PEMBENTUKAN:   LACUS TEMPORIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   LACUS TEMPORIS ADALAH SEBUAH 'TASIK' YANG DIPANGGIL SEBAGAI 'TASIK WAKTU' (THE LAKE OF TIME) MERUPAKAN PENGABUNGAN DAN PENGUBAHAN DUA BUAH 'TOMPOKAN' (PATCHES) 
YANG BESAR BERBENTUK 'BULAT' DENGAN PERMUKAAN YANG 'LICIN'. TERDAPAT SEBUAH KAWAH KECIL SEAKAN-AKAN SEBIJI CAWAN BERADA DI PERSIMPANGAN KEDUA-DUA 'TOMPOKAN' TERSEBUT.


DI UTARA LACUS TEMPORIS TERDAPAT KAWAH ENDYMION YANG BESAR, SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG LAIN SEPERTI KAWAH DE LA RUE, KAWAH HAYN, KAWAH STRABO, KAWAH THALES DAN MARE HUMBOLDTIAUM. DI BAHAGIAN BARAT TERDAPAT KAWAH ATLAS, KAWAH HERCULES, KAWAH KELDYSH, LACUS MORTIS, KAWAH CHEVALLIER,  LACUS SOMNIORUM SERTA MARE FRIGORIS.


DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT KAWAH OERSTED, KAWAH CEPHEUS, KAWAH FRANKLIN, KAWAH SHUCKBURGH, KAWAH HOOKE, SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH BERSAIZ KECIL YANG LAIN. DI SEBELAH TIMUR TERDAPAT KAWAH MERCURIUS, KAWAH CARRINGTON, KAWAH MESSALA, KAWAH SCHUMACHER SERTA LACUS SPEI.


PEMERHATIAN:   LACUS TEMPORIS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE DUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). 


PERALATAN:   BAGI TUJUAN MENCERAP LACUS TEMPORIS, TEROPONG BERKUASA 10x  DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS TEMPORIS.


PENGHORMATAN:   LACUS TEMPORIS TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN TELAH DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1976.


camp.astronomy@gmail.com


Monday, November 13, 2017

MENGENALI BULAN

SINUS SUCCESSUS  (TELUK SUCCESSUS -  THE BAY OF SUCCESS)


KATEGORI:   TELUK (BAY ATAU SINUS)


LOKASI:   SINUS SUCCESSUS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS SUCCESSUS IALAH 59.0O TIMUR SERTA 0.9O UTARA. IA BERADA DI PINGGIR BAHAGIAN TIMUR BULAN.


KELUASAN:   SINUS SUCCESSUS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 132 KM.


ERA PEMBENTUKAN:   SINUS SUCCESSUS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   SINUS SUCCESSUS ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK KEJAYAAN' (THE BAY OF SUCCESS) MERUPAKAN SEBUAH TELUK YANG BERKEADAAN LUARAN YANG MEMBONJOL TELAH MENYEBABKAN IANYA KELIHATAN SEPERTI BENTUK SEBUAH TELUK. SINUS SUCCESSUS BERADA DI BAHAGIAN TIMUR MARE FECUNDITATIS (LAUT FECUNDITATIS).


DI BAHAGIAN UTARA SINUS SUCCESSUS TERDAPAT KAWAH APOLLONIUS, KAWAH DALY, KAWAH ABBOT, KAWAH FIRMICUS, LACUS PERSEVERANTIAE (TASIK PERSEVERANTIAE), MARE CRISIUM (LAUT CRISIUM) SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH BERSAIZ KECIL YANG LAIN. DI BAHAGIAN BARAT PULA TERDAPAT MARE FECUNDITATIS (LAUT FECUNDITATIS) YANG LUAS DENGAN BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG KECIL DI DALAMNYA.


DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT KAWAH LANGRENUS, KAWAH NAONOBU, KAWAH ATWOOD, KAWAH BILHART SERTA MARE FRECUNDITATIS (LAUT FECUNDITATIS). MANAKALA, DI SEBELAH TIMUR PULA TERDAPAT KAWAH WEBB, KAWAH CONDON, KAWAH POMORTSEV, KAWAH STEWART, KAWAH MACLAURIN SERTA MARE SPUMANS (LAUT SPUMANS).


PEMERHATIAN:   SINUS SUCCESSUS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP SINUS SUCCESSUS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, UNTUK PENCERAP YANG LEBIH MENARIK DAN TERPERINCI, TELESKOP BERKUASA RENDAH AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:   TIADA SEBARANG PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS SUCCESSUS. TETAPI, KAWASAN PERMUKAAN BULAN DI BARAT-LAUT SINUS SUCCESSUS PERNAH MENJADI TEMPAT "PENDARATAN" 'KAPAL PENEROKA' SOVIET UNION RUSSIA IAITU LUNA 18 DAN JUGA LUNA 20. LUNA 18 'TERHEMPAS' PADA 11hb SEPTEMBER, 1971. MANAKALA, LUNA 20 TELAH SELAMAT MENDARAT PADA 21hb FEBRUARI, 1972 DI KAWASAN BERHAMPIRAN DENGAN TERRA APOLLONIUS (KAWASAN PERGUNUNGAN APOLLONIUS).


PENGHORMATAN:   SINUS SUCCESSUS TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1979.


camp.astronomy@gmail.com


Monday, October 9, 2017

MENGENALI BULAN

 SINUS RORIS  (TELUK RORIS -  BAY OF DEW)


KATEGORI:   TELUK (BAY ATAU SINUS)


LOKASI:   SINUS RORIS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS RORIS ADALAH 56.6O BARAT DAN 54.0O UTARA. SINUS RORIS MENYAMBUNGKAN MARE FRIGORIS DENGAN OCEANUS PROCELLARUM.


KELUASAN:   SINUS RORIS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 202 km.


ERA PEMBENTUKAN:   SINUS RORIS TERBENTUK PADA ERA EROTOSTHENIAN IAITU LEBIH KURANG -3.2 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   SINUS RORIS ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK BEREMBUN' (THE BAY OF DEW) YANG MERUPAKAN SEBUAH KAWASAN LAPANG DAN LUAS YANG 'KEHITAMAN' DENGAN 'BASALTIK'. IA MEMBENTUK SAMBUNGAN DI UTARA PINGGIR OCEANUS PROCELLARUM (LAUTAN PROCELLARUM). 


SINUS RORIS DIPANGGIL 'TELUK' (SINUS) DISEBABKAN SAIZ YANG LEBIH KECIL UNTUK DIPANGGIL 'LAUT' (MARE), WALAUPUN SIFAT-SIFAT DAN CIRI-CIRI SEBAGAI 'LAUT' (MARE) TELAH ADA; BERWARNA 'KEHITAMAN' DENGAN KAWASAN LAVA 'BASALTIK' SERTA BERADA DI PERMUKAAN BULAN "NEAR SIDE" IAITU PERMUKAAN BULAN YANG SENTIASA MENGADAP BUMI.
SELAIN ITU, SIFAT 'MARE' (LAUT) YANG TERJADI DARI 'HENTAMAN' KAWAH YANG KEMUDIAN DIBANJIRI OLEH MAGMA DAN MENGERAS SERTA MENJADI KAWASAN LAPANG YANG 'KEHITAMAN'.


SEMPADAN SINUS RORIS DI SEBELAH BARAT DIGARISKAN DENGAN KAWAH MARKOR DAN KAWAH OENOPIDES. MANAKALA, DI SEBELAH UTARA PULA IANYA DITANDAKAN OLEH KAWAH BABBAGE DAN KAWAH SOUTH. DI BAHAGIAN TIMUR, SINUS RORIS 'BERGABUNG' SEMPADAN DENGAN MARE FRIGORIS (LAUT FRIGORIS). BEGITU JUGA DENGAN SEMPADAN YANG 'BERGABUNG' DENGAN OCEANUS PROCELLARUM (LAUTAN PROCELLARUM) DI BAHAGIAN SELATAN.


PEMERHATIAN:   SINUS RORIS TIDAK MEMPUNYAI FORMASI YANG MENARIK DAN IANYA AGAK SUKAR UNTUK DICERAP KERANA KEDUDUKANNYA YANG AGAK TERPINGGIR DI BAHAGIAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE LIMA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP SINUS RORIS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, UNTUK PENCERAPAN YANG LEBIH TEPERINCI, DIGALAKKAN MENGGUNAKAN TELESKOP YANG BERKUASA RENDAH.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS RORIS.



Monday, September 11, 2017

MENGENALI BULAN

 SINUS MEDII  (TELUK MEDII -  CENTRAL BAY)


KATEGORI:   TELUK (BAY ATAU SINUS)


LOKASI:   SINUS MEDII TERLETAK DI TENGAH-TENGAH PERMUKAAN BULAN YANG DAPAT DILIHAT DARI BUMI. IA BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT PADA KOORDINAT 1.0O TIMUR DAN 1.6O UTARA. SINUS MEDII MENGHUBUNGKAN MARE INSULARUM DI SEBELAH BARAT DENGAN MARE VAPORUM DI SEBELAH UTARA.


KELUASAN:   SINUS MEDII MEMPUNYAI KELUASAN 287 km.


ERA PEMBENTUKAN:   SINUS MEDII TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   SINUS MEDII ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI 'TELUK PERTENGAHAN' (THE CENTRAL BAY) YANG MANA KEDUDUKAN SINUS MEDII BERADA DI POSISI 'TENGAH' PERMUKAAN BULAN IAITU POSISI DI MANA 'PERTEMUAN' ANTARA GARISAN 'EQUATOR' BULAN DENGAN GARISAN 'PRIME MERIDIAN' BULAN SEPERTI YANG KELIHATAN DARI BUMI. 
SINUS MEDII 'BERCANTUM' DENGAN MARE INSULARUM (LAUT INSULARUM) DI BAHAGIAN BARAT, MANAKALA, IA 'BERCANTUM' DENGAN MARE VAPORUM (LAUT VAPORUM) DI BAHAGIAN UTARA. DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT 'SISTEM SALIRAN SUNGAI' (RILLE SYSTEM) YANG KETARA. AGAK JAUH DI TIMUR-LAUT TERDAPAT RIMA HYGINUS (SUNGAI HYGINUS) YANG YANG TERBAHAGI KEPADA DUA OLEH KAWAH HYGINUS. 


TERDAPAT JUGA SISTEM SALIRAN RIMA ARIADAEUS (SUNGAI ARIADAEUS) YANG MENGALIR SEPANJANG 220 KM DARI TIMUR KE BARAT SEHINGGA KE PINGGIRAN MARE TRANQUILLITATIS (LAUT TRANQUILLITATIS). SALIRAN SISTEM RIMA TRIESNECKER (SUNGAI TRIESNECKER) YANG BERADA DI BAHAGIAN BARAT PULA MENDAPAT NAMA DARI KAWAH TRIESNECKER. DI TEPI SEBELAH UTARA, SINUS MEDII TERBENTUK DARI KAWASAN PERGUNUNGAN DENGAN KAWAH MURCHISON DAN KAWAH PALLAS. BERDEKATAN DENGAN SEMPADAN DI SEBELAH BARAT PULA TERDAPAT KAWAH CHLADNI YANG BERBENTUK SEBIJI CAWAN. KAWASAN PERGUNUNGAN JUGA TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN DAN TENGGARA SINUS MEDII. 


TERDAPAT BEBERAPA KAWAH-KAWAH DI SEPANJANG SEMPADAN DENGAN KAWAH FLAMMARION DI SEBELAH BARAT, MANAKALA, KAWAH OPPOLZER, KAWAH REAUMUR, DAN KAWAH SEELIGOR TERLETAK AGAK JAUH DI SEBELAH TIMUR. SISTEM SALIRAN RIMA FLAMMARION (SUNGAI FLAMMARION) DAN RIMA OPPOLZER (SUNGAI OPPOLZER) TERLETAK SEPANJANG PINGGIR BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH MASING-MASING. SEPANJANG SEMPADAN DI BAHAGIAN TENGGARA, KAWAH RHAETICUS 'MEMBAHAGIKAN' GARISAN 'PRIME MERIDIAN' BULAN KEPADA DUA. DI SEBELAH BARAT, TERDAPAT KAWAH BRUCE DAN KAWAH BLAGG. BERHAMPIRAN BAHAGIAN HUJUNG SEBELAH BARAT, TERDAPAT KAWAH SCHROTER DAN KAWAH SOMMERING.


PEMERHATIAN:   SINUS MEDII MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   SINUS MEDII ADALAH SUATU LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. UNTUK MENCERAP SINUS MEDII, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, UNTUK MENDAPATKAN CERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI, DIGALAKKAN MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA RENDAH BAGI MENIKMATI KEINDAHAN LANSKAP INI.


PENEROKAAN:
TERDAPAT DUA MISI YANG DILANCARKAN UNTUK MENEROKA SINUS MEDII. 
~  MISI PERTAMA ADALAH MISI KAPAL ANGKASA 'SURVEYOR 4' YANG DILANCARKAN PADA 14hb, JULAI. 1967 DARI CAPE CANAVERAL LC-36A PADA JAM 11:53:29 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME). NAMUN, MISI INI GAGAL APABILA 'SURVEYOR 4' TERHEMPAS KE PERMUKAAN BULAN PADA KOORDINAT 0.45O UTARA DAN 1.39O BARAT PADA 17hb JULAI, 1967 PADA JAM 02:02:30 WAKTU UTC. IA TERPUTUS PERHUBUNGAN DENGAN 'PUSAT KAWALAN' DI BUMI 2.5 MINIT SEBELUM DIJANGKAKAN MENDARAT. LETUPAN PADA 'ROKET RETRO' BAHAN API KEMUNGKINAN MENYEBABKAN KAPAL ANGKASA SURVEYOR 4 TERHEMPAS.



~  MISI KEDUA ADALAH MISI KAPAL ANGKASA 'SURVEYOR 6' YANG TELAH DILANCARKAN PADA 7hb, NOVEMBER. 1967 DARI CAPE CANAVERAL L36B PADA JAM 07:39:00 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME). IA BERJAYA MENDARAT DI KOORDINAT  0.5O UTARA DAN 1.4O BARAT PADA 10hb, NOVEMBER. 1967 PADA JAM 01:01:06 WAKTU UTC'SURVEYOR 6' BERJAYA MENGHARUNGI SITUASI MALAM DI BULAN SELAMA 2 MINGGU. PADA 24hb NOVEMBER, 1967, SURVEYOR 6 TERPAKSA DI'MATIKAN' SELAMA 2 MINGGU SEMASA 'MALAM' (LUNAR NIGHT) DI BULAN. CUBAAN UNTUK 'BERHUBUNG' SEMULA DENGAN SURVEYOR 6 PADA 14hb DISEMBER, 1967 TIDAK BERJAYA UNTUK 'MENGHIDUPKAN' SEMULA ENJIN SURVEYOR 6. SEJUMLAH 30,027 IMEJ TELAH BERJAYA DIHANTAR KE BUMI. MISI SURVEYOR 6 SELAMA 37 HARI DIANGGAP BERJAYA.



PENGHORMATAN:   SINUS MEDII TELAH DINAMAKAN 'INSULA MEDILUNARIA' (THE MIDDLEMOON ISLAND) OLEH WILLIAM GILBERT, IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS. WILLIAM GILBERT DILAHIRKAN PADA 24hb MEI, 1544 DI COLCESTER, ENGLAND. BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 30hb NOVEMBER, 1603 DI LONDON, ENGLAND KETIKA BERUSIA 59 TAHUN.


NAMUN, IDEA UNTUK NAMA SINUS MEDII YANG DIGUNAKAN SEKARANG TELAH DINAMAKAN OLEH MICHEAL VAN LANGREN, YANG MENAMAKAN DENGAN 'SINUS MEDIUS' PADA TAHUN 1645. MICHEAL VAN LANGREN DILAHIRKAN PADA 27hb APRIL 1598 DI AMSTERDAM, BELANDA DAN BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA MEI, 1675 DI BRUSSELS, BELANDA PADA USIA 75 TAHUN. BELIAU ADALAH SE ORANG AHLI ASTRONOMI DAN JUGA AHLI DI DALAM BIDANG ILMU PEMETAAN (CARTOGRAPHER). DALAM TAHUN 1645, BELIAU TELAH MENCETAK PETA BULAN YANG PERTAMA LENGKAP DENGAN TATANAMA LANSKAP DI PERMUKAAN BULAN.


camp.astronomy@gmail.com