Tuesday, December 13, 2016

MENGENALI BULAN - SIRI 177

RIMA BRAYLEY
TERUSAN BRAYLEY


KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA BRAYLEY TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA BRAYLEY  ADALAH 36.0o  BARAT SERTA 23.0o  UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN KAWASAN ANTARA OCEANUS PROCELLARUM  DAN MARE IMBRIUM.


KELUASAN:
RIMA BRAYLEY ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 311 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA BRAYLEY TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA BRAYLEY ADALAH SEBUAH TERUSAN  YANG SEMPIT SERTA BENGKANG BENGKOK DAN BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN DARI BARAT-DAYA MENUJU KE ARAH TIMUR-LAUT. KAWAH BRAYLEY   BERADA DI BAHAGIAN SELATAN RIMA BRAYLEY YANG PANJANG TETAPI MEMPUNYAI KELEBARAN HANYA 500 METER. RIMA BRAYLEY TERLETAK DI BAHAGIAN TIMUR KAWAH ARISTARCHUS.


PEMERHATIAN:
RIMA BRAYLEY MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU PERTAMA  (FIRST QUARTER)  HINGGA DUA HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA BRAYLEY, REFLECTOR  BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA BRAYLEY.


PENGHORMATAN:
RIMA BRAYLEY DINAMAKAN SEMPENA EDWARD E. BRAYLEY   IAITU SEORANG PENSYARAH BERBANGSA ENGLISH  PADA KURUN KE 19.  BELIAU DILAHIRKAN DI LONDON, ENGLAND  PADA 28hb SEPTEMBER,1801 DAN MENINGGAL DUNIA PADA 1hb FEBRUARI, 1870 DI LONDON, ENGLAND.  BELIAU MERUPAKAN SEORANG YANG PAKAR DALAM BIDANG GEOGRAFI.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


No comments:

Post a Comment