CALDWELL 37
C37 (NGC 6885)
BURUJ:
VULPECULA
KELAS:
KLUSTER TERBUKA
(OPEN CLUSTER)
LOKASI:
20h 12m 00s
+26o 29' 00"
JARAK:
1950 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
7' / 18' (arcminute)
MAGNITUD:
+5.7 / +8.1
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C37 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA TAHUN 1784. C37 DAN NGC6882 TELAH DIKELIRUKAN KERANA KEDUA-DUA OBEJK INI ADALAH OBJEK YANG SAMA. NGC6882 TELAH DIPADAMKAN DARI KATALOG, MANAKALA C37 (NGC6885) DIKEKALKAN. IA BERLAKU APABILA WILLIAM HERSCHEL MEMBUAT PENCERAPAN PADA TEMPAT YANG SAMA TANPA MENYEDARI KESILAPAN TERSEBUT DAN BELIAU TELAH MEMASUKKAN OBJEK YANG SAMA KE DALAM KATALOG MENGGUNAKAN NOMBOR YANG BERBEZA. C37 DIKELILINGI OLEH M27, NEBULA IC4964, SERTA KLUSTER TERBUKA NGC6940. BINTANG '20 VUL' YANG CERAH BERADA DI 'TENGAH' KLUSTER MERUPAKAN BINTANG YANG PALING MENONJOL DI C37 DENGAN MAGNITUD +5.91.

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment