BURUJ URSA MAJOR
BERUANG BESAR (THE GREAT BEAR)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
UMa
DESKRIPSI:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ URSA MAJOR TERLETAK DI +28O UTARA DAN +73O UTARA SERTA 8h10m DAN 14h30m. BURUJ URSA MAJOR BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -30O SELATAN. BURUJ URSA MAJOR MEMPUNYAI KELUASAN 1280 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 3 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERHAMPIRAN DENGAN BURUJ URSA MAJOR IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ BOOTES DAN BURUJ CANES VENATICI
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ COMA BERENICES, BURUJ LEO DAN BURUJ LEO MINOR
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CAMELOPARDALIS DAN BURUJ LYNX
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ DRACO
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ URSA MAJOR:
~ BINTANG ALPHA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI YANG DIKENALI RAMAI DENGAN MEMPUNYAI KOMPANI (COMPANION) YANG MENGORBIT SETIAP 44.66 TAHUN DAN BERMAGNITUD +4.8. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 214O DENGAN 'JARAK DIPISAHKAN (SEPARATION - SEP) IALAH 0.6'.
~ BINTANG PHI MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG BERMAGNITUD HAMPIR SAMA IAITU +5.4; PADA P.A 243O DAN SEP PADA 0.23'. KOMPANI MENGORBIT SETIAP 105.5 TAHUN DAN GABUNGAN MAGNITUD KEDUA BINTANG MEMBERIKAN MAGNITUD +4.6.
~ BINTANG SIGMA MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG BERMAGNITUD +8.2; PADA P.A 355O DAN SEP PADA 3.8'. BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 1067 TAHUN.
~ BINTANG XI MERUPAKAN BINTANG BINARI YANG MENARIK DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +4.8; PADA P.A 302O DAN SEP PADA 1.3'.
~ BINTANG ZETA MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) YANG TERBAIK DAN MUDAH DICERAP SERTA DITEMUI. KOMPANI B BERMAGNITUD +3.99; PADA P.A 152O DENGAN SEP PADA14.4'. KOMPANI B MEMPUNYAI KOMPANINYA TERSENDIRI IAITU KOMPANI C DENGAN SEP PADA 709'.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ URSA MAJOR.
~ BINTANG EPSILON DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA-CVn TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG EPSILON BERUBAH DARI MAGNITUD +1.76 KE MAGNITUD +4.78 DALAM JANGKA MASA 5 HARI DAN 2 JAM.
~ BINTANG R URSAE MAJORIS MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG IAITU 301.62 HARI DENGAN MAGNITUD BERUBAH DARI +6.50 KE +13.70. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ URSA MAJOR DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ URSA MAJOR MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ M40 ATAU 'WINNECKE 4' MERUPAKAN BINTANG BINARI TETAPI TELAH DISALAH KENAL PASTI OLEH MESSIER DALAM TAHUN 1764 SEBAGAI MESSIER 40 (M40). M40 IALAH 2 BIJI BINTANG BERMAGNITUD +9.9 DAN +9.3; P.A PADA 83O DENGAN SEP PADA 49'. 100 TAHUN KEMUDIAN WINNECKE TELAH MENDAFTARKAN M40 SEBAGAI 'WINNECKE 4' DALAM KATALOG WINNECKE.
~ M81 ATAU NGC3031 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG SUNGGUH MENARIK DAN CANTIK. M81 MEMBENTUK PASANGAN YANG SESUAI DENGAN M82. M81 BERMAGNITUD +6.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.20. M81 MEMPUNYAI 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) YANG SUNGGUH MENARIK. M81 ADALAH SEBUAH GALAKSI YANG PADAT (DENSE).
~ M82 ATAU NGC3034 TERAPUNG DI ATAS M81 DAN KELIHATAN SEPERTI UFO YANG SIAP SEDIA UNTUK BERGERAK MENINGGALKAN RUANG ANGKASA. M82 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) PADA SISI (EDGE-ON) DENGAN M82 DIANGGAP AGAK MISTERI DISEBABKAN LETUPAN YANG BERLAKU 1.5 JUTA TAHUN DAHULU DI 'PUSAT' GALAKSI YANG MENGHASILKAN BENTUK YANG TIDAK MENENTU (ODD SHAPE) DAN MENGEMBANG PADA KADAR 950 KM/SAAT. M82 BERMAGNITUD +8.40 DENGAN KECERAHAN +12.50.
~ M97 ATAU NGC3587 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE OWL NEBULA" KERANA TERDAPAT DUA TOMPOK HITAM DI 'TENGAH' KAWASAN MENYERUPAI MATA BURUNG HANTU (OWL EYES). M97 MERUPAKAN NEBULA YANG MASIH DALAM PROSES PENGEMBANGAN 'PUSAT' BINTANG YANG AGAK KECIL DAN AMAT PADAT. M97 BERMAGNITUD +11.00 DENGAN KECERAHAN +12.10.
~ M101 ATAU NGC5457 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AMAT LUAS DENGAN 'LENGAN' YANG TERBUKA (OPEN SPIRAL ARMS) DAN PADA PANDANGAN MENGHADAP BUMI (FACE-ON). NAMUN M101 AGAK KABUR DENGAN MAGNITUD +7.90 SERTA KECERAHAN +14.90.
~ M108 ATAU NGC3556
~ M109 ATAU NGC3992
~ NGC2841 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY).
~ NGC3718 PULA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG GEOMETRINYA BERSIFAT SEIMBANG. NGC3718 SUNGGUH MENARIK TETAPI IA AGAK KABUR (FAINT).
~ NGC5474
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ URSA MAJOR MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK DUA KALI DALAM MASA SETAHUN.
~ HUJAN METEOR ALPHA URSA MAJORIDS
~ HUJAN METEOR LEONIDS-URSIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment