Friday, August 28, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"...KALAU SEKIRANYA KAMI MENURUNKAN AL QURAAN INI KEPADA SEBUAH GUNUNG, PASTI KAMU AKAN MELIHATNYA TUNDUK TERPECAH BELAH DISEBABKAN TAKUT KEPADA ALLAH. DAN PERUMPAMAAN-PERUMPAMAAN ITU KAMI BUAT UNTUK MANUSIA SUPAYA MEREKA BERFIKIR. DIA-LAH ALLAH YANG TIADA TUHAN SELAIN DIA, YANG MENGETAHUI YANG GHAIB DAN YANG NYATA, DIA-LAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. DIA-LAH ALLAH YANG TIADA TUHAN SELAIN DIA, RAJA, YANG MAHA SUCI. YANG MAHA SEJAHTERA, YANG MENGURNIAKAN KEAMANAN, YANG MAHA MEMELIHARA, YANG MAHA PERKASA, YANG MAHA KUASA, YANG MEMILIKI SEGALA KEAGUNGAN, MAHA SUCI, ALLAH DARI APA YANG MEREKA PERSEKUTUKAN. DIA-LAH ALLAH YANG MENCIPTAKAN, YANG MENGADAKAN, YANG MEMBENTUK RUPA, YANG MEMPUNYAI NAMA-NAMA YANG PALING BAIK. BERTASBIH KEPADA-NYA APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI. DAN DIA-LAH YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA BIJAKSANA..."

             SURAH AL HASYR (PENGUSIRAN), JUZUK 28, AYAT 21 HINGGA 24

Tuesday, August 25, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 79

MESSIER 79
M79 (NGC1904)


BURUJ:
LEPUS

KELAS:
KLUSTER GLOBAL
(GLOBULAR CLUSTER)

LOKASI:
05h 24m 10.59s
-24o 31' 27.3"

JARAK:
41 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
8.7' X 8.7' (arcminute)

MAGNITUD:
+8.7

INFO:
M79 TELAH DITEMUI OLEH PIERRE MECHAIN  PADA TAHUN 1780 DAN TELAH DIMASUKAN KE DALAM CHARLES MESSIER  KATALOG PADA TAHUN 1780. M79 KELIHATAN SEPERTI SEBUAH KOMET YANG KABUR DAN BERWARNA KEKUNINGAN UMPAMA SEBIJI BOLA CAHAYA. IA MENGANDUNGI 'TERAS' YANG CERAH DAN DIANGGARKAN TERDAPAT SEBANYAK 150,000 BINTANG MEMBENTUK M79.








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






MENGENALI BULAN - SIRI 109

MONS USOV
GUNUNG USOV



KATEGORI: 

LOKASI:

KELUASAN:

ERA PEMBENTUKAN:

CIRI-CIRI:

PEMERHATIAN:

PERALATAN:

PENEROKAAN:

PENGHORMATAN:


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - CEPHEUS


BURUJ CEPHEUS
RAJA CEPHEUS (KING CEPHEUS)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CEP

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CEPHEUS TERLETAK DI +54O UTARA DAN +88O UTARA SERTA 9h00m DAN 20h05m. BURUJ CEPHEUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -10O SELATAN. BURUJ CEPHEUS MEMPUNYAI KELUASAN 588 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 27 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CEPHEUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CAMELOPARDALIS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ DRACO
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CASSIOPEIA, BURUJ LACERTA DAN BURUJ CYGNUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ URSA MINOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALM BURUJ CEPHEUS:
~  BINTANG BETA MERUPAKAN SATU BINTANG BERWARNA BIRU YANG NYATA KELIHATAN TERPISAH DARI KOMPANI (COMPANION) NYA YANG AGAK KABUR BERMAGNITUD +8.0. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 250O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION -SEP) ADALAH 13.6".
~  BINTANG DELTA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY) YANG BERWARNA KUNING DENGAN BINTANG KOMPANI YANG BERWARNA BIRU BERMAGNITUD +7.5; PADA P.A 191O DAN SEP PADA 41".
~  BINTANG XI DIANGGAP BINTANG BINARI YANG PALING MENARIK DI BURUJ CEPHEUS. IA BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN DENGAN KOMPANI YANG BERWARNA KUNING DAN BERMAGNITUD +6.5; PADA P.A 275O SERTA SEP PADA 8.2".


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CEPHEUS.
~  BINTANG BETA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "PULSATING TYPE VARIABLE". IA MERUPAKAN 'PROTOTYPE' BAGI KATEGORI INI YANG MENGALAMI PERUBAHAN VISUAL MAGNITUD YANG AMAT KECIL IAITU 0.04 MAGNITUD DARI KECERAHAN. MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI MAGNITUD +3.20 KE MAGNITUD +3.24 SETIAP 4 JAM DAN 34 MINIT.
~  BINTANG DELTA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "DELTA CEPHEI TYPE VARIABLE". IA NYA SANGAT MENARIK KERANA BINTANG DELTA BERUBAH MAGNITUDNYA DALAM JANGKA MASA 5 HARI, 8 JAM, 47 MINIT DAN 31.9 SAAT. IA BERUBAH DARI MAGNITUD +3.48 KE +4.37 DENGAN PROSES YANG UNIK. IA BERUBAH MAGNITUD SEHINGGA MENCAPAI +3.48 PADA KALI PERTAMA DALAM MASA 3 HARI. KEMUDIAN MAGNITUDNYA MENURUN, SEBELUM BERUBAH SEMULA KE +3.48 DALAM MASA 2 HARI BERIKUTNYA.
~  BINTANG MU PULA DIKATEGORIKAN DALAM "SEMI-REGULAR SUPERGIANT TYPE VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +3.5 KE +4.5 DALAM MASA 730 HARI.
~  BINTANG S CEPHEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.4 HINGGA KE MAGNITUD +12.9 DALAM JANGKA MASA 486 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".
~  BINTANG T CEPHEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.2 HINGGA KE +11.3 DALAM JANGKA MASA 388 HARI. IA JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ CEPHEUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CEPHEUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  NGC188 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG AGAK KABUR (FAINT) MENGANDUNGI150 BIJI BINTANG. NGC188 DIANGGARKAN TERBENTUK KIRA-KIRA 10 HINGGA 20 BILION TAHUN DAHULU. IA MEMPUNYAI MAGNITUD +8.10 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.57.


~  NGC6939 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENARIK DENGAN LEBIH KURANG 80 BIJI BINTANG. NGC6939 BERMAGNITUD +7.80 DENGAN KECERAHAN +12.06.


~  NGC7023 ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI 'IRIS NEBULA'. NGC7023 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER DI DALAM LINGKUNGAN NEBULA. BINTANG BERMAGNITUD +7.0 MENERANGI NEBULA INI. NGC7023 BERMAGNITUD +6.8 DENGAN JARAK 1,300 TAHUN CAHAYA.



~  NGC7142 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +9.3. IA BERADA 6,200 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.


~  NGC7160 JUGA SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +6.1. IA BERADA 2,570 TAHUN CAHAYA.


HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CEPHEUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                      CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                    atau
                      KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Friday, August 21, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"...TIDAKKAH KAMU PERHATIKAN, BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI APA YANG ADA DI LANGIT DAN APA YANG ADA DI BUMI? TIADA PEMBICARAAN RAHSIA ANTARA TIGA ORANG, MELAINKAN DIA-LAH YANG KE EMPAT-NYA. DAN TIADA (PEMBICARAAN ANTARA) LIMA ORANG, MELAINKAN DIA-LAH YANG KE ENAM-NYA. DAN TIADA (PULA) PEMBICARAAN ANTARA (JUMLAH) YANG KURANG DARI ITU ATAU LEBIH BANYAK, MELAINKAN DIA ADA BERSAMA MEREKA DI MANAPUN MEREKA BERADA. KEMUDIAN DIA  AKAN MEMBERITAKAN KEPADA MEREKA PADA HARI KIAMAT APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU..."

         SURAH AL MUJAADILAH (WANITA YANG MENGAJUKAN GUGATAN), JUZUK 28, AYAT 7

Tuesday, August 18, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 78


MESSIER 78
M78 (NGC2068)


BURUJ:
ORION

KELAS:
NEBULA BALIKAN/PANTULAN
(REFLECTION NEBULA)

LOKASI:
05h 46.7m 00s
+00o 03' 00"

JARAK:
1,600 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
8.0' X 6.0' (arcminute)

MAGNITUD:
+8.3

INFO:
M78 TELAH DITEMUI OLEH PIERRE MECHAIN  DALAM TAHUN 1780 DAN TELAH DIMASUKKAN KE DALAM KATALAOG MESSIER (MESSIER CATALOGUE)  OLEH CHARLES MESSIER  PADA TAHUN 1780. IA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA BALIKAN/PANTULAN  YANG PALING TERANG DI ANTARA NEBULA-NEBULA YANG TERDAPAT DI DALAM KUMPULAN DIKENALI SEBAGAI "THE ORION MOLECULAR CLOUD" DI MANA IA TERMASUK NGC2064,  NGC2067  DAN JUGA NGC2071. NEBULA BALIKAN DALAM M78 TERJADI APABILA CAHAYA DARI BINTANG-BINTANG BERSINAR KEPADA 'AWAN DEBU' YANG KELIHATAN MEMANTULKAN CAHAYA TERSEBUT.









CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BULAN - SIRI 108

MONS DELISLE
GUNUNG DELISLE



KATEGORI: 

LOKASI:

KELUASAN:

ERA PEMBENTUKAN:

CIRI-CIRI:

PEMERHATIAN:

PERALATAN:

PENEROKAAN:

PENGHORMATAN:


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - CETUS


BURUJ CETUS
IKAN PAUS (THE WHALE)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CET

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CETUS BERADA DI +10O UTARA DAN -25O SELATAN SERTA 23h58m DAN 3h25m. BURUJ CETUS TERLETAK DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +70O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CETUS MEMPUNYAI KELUASAN 1231 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 4 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CETUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ ERIDANUS DAN BURUJ TAURUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SCULPTOR DAN BURUJ FORNAX
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ AQUARIUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ PISCES DAN BURUJ ARIES

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CETUS:
~  BINTANG GAMMA MERUPAKAN SATU BINTANG BERWARNA KUNING DAN KOMPANI (COMPANION) NYA BERWARNA BIRU. IA MERUPAKAN BINARI YANG MENARIK DI DALAM BURUJ CETUS. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +7.3; DENGAN 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG ADALAH 294O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 2.8'.
~  BINTANG NU YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +9.5; PADA P.A 83O DAN SEP PADA 8'.


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CETUS:
~  BINTANG OMICRON DIKELASKAN DALAM KATEGORI 'MIRA TYPE VARIABLE'. IA DIJADIKAN 'PROTOTYPE' KATEGORI INI MEMANDANGKAN IA MEMPUNYAI CIRI-CIRI 'MIRA TYPE VARIABLE' DAN BINTANG YANG PERTAMA DITEMUI BERCIRIKAN SEDEMIKIAN. BINTANG OMICRON BERUBAH MAGNITUD DARI +2.0 HINGGA KE MAGNITUD +10.0 DALAM JANGKA MASA 331.96 HARI.
~  BINTANG UV CETI ADALAH SATU BINTANG YANG DIJADIKAN 'PROTOTYPE' BAGI KATEGORI 'UV CETI VARIABLE'. BINTANG DALAM KATEGORI INI BIASANYA MERUPAKAN BINTANG YANG KELIHATAN 'BERAPI' ATAU 'MEMBARA' (FLARE STAR) DARIPADA KUMPULAN BINTANG KERDIL MERAH (RED DWARF STAR) DENGAN MAGNITUD +12.0; BINTANG UV CETI AKAN MENINGKAT MAGNITUDNYA +3 ATAU +4 MAGNITUD SECARA MENDADAK DALAM MASA 10 JAM. KEMUDIAN IA KEMBALI KE MAGNITUD ASAL DALAM MASA 5 KE 10 MINIT, BINTANG UV CETI BERADA 8.4 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.

PEMERHATIAN:
BURUJ CETUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CETUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  M77 ATAU NGC1068 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG KECIL. IA ADALAH SALAH SATU GALAKSI YANG DIPANGGIL "SEYFERT GALAXY" KERANA IA MEMPUNYAI SUMBER 'RADIO' YANG TERDAPAT PADA KUASAR (QUASAR). M77 BERADA 50 JUTA TAHUN CAHAYA DAN IA BERMAGNITUD +8.9 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.80.


~  NGC246 ADALAH SEBUAH PLANETARI NEBULA (PLANETARY NEBULA) DENGAN MAGNITUD +8.5 SERTA KECERAHAN +13.50. NGC246 AGAK MENARIK.


~  MANAKALA, NGC247 PULA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BESAR DAN CERAH. IA MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG PADAT (DENSE). NGC247 BERMAGNITUD +9.10 DENGAN KECERAHAN +14.40.


HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CETUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK TIGA KALI DALAM MASA SETAHUN. 
~  HUJAN METEOR OCTOBER CETIDS
~  HUJAN METEOR ETA CETIDS
~  HUJAN METEOR OMICRON CETIDS


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                         CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                            atau
                         KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Friday, August 14, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"...HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN (KEPADA PARA RASUL), BERTAKWALAH KEPADA ALLAH DAN BERIMANLAH KEPADA RASUL-NYA, NESCAYA ALLAH MEMBERIKAN RAHMAT-NYA KEPADAMU DUA BAGIAN, DAN MENJADIKAN UNTUKMU CAHAYA YANG DENGAN CAHAYA ITU KAMU DAPAT BERJALAN DAN DIA MENGAMPUNI KAMU. DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG, (KAMI TERANGKAN YANG DEMIKIAN ITU) SUPAYA AHLI KITAB MENGETAHUI BAHAWA MEREKA TIADA MENDAPAT SEDIKITPUN AKAN KURNIA ALLAH (JIKA MEREKA TIDAK BERIMAN KEPADA MUHAMMAD), DAN BAHAWASANYA KURNIA ITU ADALAH DI TANGAN ALLAH. DIA BERIKAN KURNIA ITU KEPADA SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN ALLAH MEMPUNYAI KURNIA YANG BESAR..."

              SURAH AL HADIID (BESI), JUZUK 27, AYAT 28 HINGGA 29

Tuesday, August 11, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 77


MESSIER 77
M77 (NGC1068)


BURUJ:
CETUS

KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(BARRED SPIRAL GALAXY)

LOKASI:
02h 42m 40.7s
-00o 00' 48"

JARAK:
47 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
7.1' X 6.0' (arcminute)

MAGNITUD:
+9.6

INFO:
M77 TELAH DITEMUI OLEH PIERRE MECHAIN  PADA TAHUN 1780 DAN TELAH DIKELASKAN SEBAGAI NEBULA. CHARLES MESSIER  TELAH MEMASUKKAN M77 KE DALAM KATALOGNYA PADA TAHUN 1780 SEBAGAI BINTANG KLUSTER. PADA HARI INI, M77 TELAH DIKELASKAN SEBAGAI GALAKSI. IA MERUPAKAN SATU DARIPADA GALAKSI YANG TERBESAR DI DALAM KATALOG MESSIER. KELIHATAN 'MENGHADAP BUMI' (FACE-ON)  DAN MEMPUNYAI 'TERAS' YANG CERAH. M77 ADALAH LEBIH BESAR DARIPADA GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY).










CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM