BURUJ ORION
PEMBURU (THE HUNTER)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
ORI
DESKRIPSI:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ ORION TERLETAK DI +23O UTARA DAN -11O SELATAN SERTA 4h45m DAN 6h30m. BURUJ ORION BERADA DI GARIS KHATULISTIWA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +85O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -75O SELATAN. BURUJ ORION MEMPUNYAI KELUASAN 594 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 26 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ ORION IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ GEMINI DAN BURUJ MONOCEROS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ LEPUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ TAURUS DAN BURUJ ERIDANUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ TAURUS DAN BURUJ GEMINI
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ ORION:
~ BINTANG BETA MERUPAKAN SATU BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA YANG KABUR (FAINT) DENGAN MAGNITUD +10.4. DENGAN 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG PADA 202O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 9.5".
~ BINTANG LAMBDA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +5.5; P.A PADA 53O DAN SEP PADA 6.5". IA MERUPAKAN SEBUAH BINARI TETAP (FIXED BINARY).
~ BINTANG THETA1 IALAH BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 3 KOMPANI MEMBENTUK "THE TRAPEZIUM". KOMPANI B BERADA PADA P.A 32O DENGAN SEP PADA 8.8". KOMPANI C BERADA PADA P.A 132O DAN SEP PADA 12.7". MANAKALA, KOMPANI D PULA BERADA PADA P.A 96O DENGAN SEP PADA 21.5". IA ADALAH SEBUAH BINARI TETAP (FIXED BINARY).
~ BINTANG THETA2 JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 2 KOMPANI IAITU KOMPANI B DAN KOMPANI C. KOMPANI B BERMAGNITUD +6.4 DENGAN P.A PADA 92O DAN SEP PADA 52.5". MANAKALA, KOMPANI C BERMAGNITUD +8.5 DENGAN P.A PADA 98O DAN SEP PADA 128.72".
~ BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +4.0; P.A PADA 165O DAN SEP PADA 2.3". IA MENGORBIT SETIAP 1509 TAHUN.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPATBINTANG VARIABLE DALAM BURUJ ORION.
~ BINTANG U ORIONIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +4.8 HINGGA KE +13.0 DALAM JANGKA MASA 368.3 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'MIRA TYPE VARIABLE'.
PEMERHATIAN:
BURUJ ORION DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN WAKTU BERIKUT:
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ ORION MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ M42 ATAU NGC1976 YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE ORION NEBULA". M42 IALAH KEPULAN-KEPULAN GAS DAN DEBU YANG DI'CAHAYA'KAN OLEH BINTANG-BINTANG DISEKELILINGNYA. M42 BERMAGNITUD +4.00 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.00. DI DALAM M42 TERDAPAT 4 BIJI BINTANG "THE TRAPEZIUM" DAN IANYA SUNGGUH MENARIK.
"THE TRAPEZIUM"
~ M43 ATAU NGC1982 ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA M42 YANG TERPISAH OLEH SATU JALUR GAS YANG GELAP (DARK LANE). M43 MEMPUNYAI BINTANG +9.00 MAGNITUD YANG BERADA DI 'PUSAT' NYA DAN M43 BERMAGNITUD +9.00 DENGAN KECERAHAN +13.00.
~ M78 ATAU NGC2068 IALAH SEBUAH NEBULA "REFLECTION" (PANTULAN) YANG KABUR (FAINT) BERMAGNITUD +8.00 DENGAN KECERAHAN +12.00.
~ IC434 ATAU DIKENALI DENGAN PANGGILAN "THE HORSEHEAD NEBULA" MERUPAKAN SATU NEBULA 'HITAM' (DARK NEBULA) YANG AMAT MENARIK DAN MENGUJAKAN. IA BERMAGNITUD +11.00 DENGAN KECERAHAN +19.32. TELESKOP BERKUASA TINGGI AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP IC434.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ ORION MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK DUA KALI DALAM MASA SETAHUN.
~ HUJAN METEOR ORIONIDS BIASANYA BERLAKU DARI 16 OKTOBER HINGGA 7 NOVEMBER DENGAN KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA 21 OKTOBER SETIAP TAHUN. HUJAN METEOR INI BERKAIT RAPAT DENGAN KOMET HALLEY. IA MULA DIPERHATIKAN OLEH E.C HERRICK PADA BULAN OKTOBER 1839. HUJAN METEOR ORIONIDS MEMPUNYAI KADAR METEOR SEJAM (ZHR) SEBANYAK 20 HINGGA 25 METEOR. 'PUSAT RADIANT' HUJAN METEOR ADALAH DI ANTARA BURUJ ORION DAN BURUJ GEMINI.
~ HUJAN METEOR CHI ORIONIDS BERLAKU ANTARA 16 NOVEMBER HINGGA 16 DISEMBER DI MANA KEMUNCAKNYA BERLAKU PADA 10 DISEMBER SETIAP TAHUN. KADAR METEOR SEJAM (ZHR) IALAH ANTARA 2 HINGGA 5 METEOR. HUJAN METEOR INI TELAH DIPERHATIKAN OLEH WILLIAM F. DENNING PADA TAHUN 1876 - 1877 DI BRISTOL, ENGLAND.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment