Friday, July 31, 2015

RENUNGAN JUMAAT


"...KAMI TELAH MENENTUKAN KEMATIAN DI ANTARA KAMU DAN KAMI SEKALI-KALI TIDAK DAPAT DIKALAHKAN, UNTUK MENGGANTIKAN KAMU DENGAN ORANG-ORANG YANG SEPERTI KAMU (DALAM DUNIA) DAN MENCIPTAKAN KAMU KELAK (DI AKHIRAT) DALAM KEADAAN YANG TIDAK KAMU KETAHUI. DAN SESUNGGUHNYA KAMU TELAH MENGETAHUI PENCIPTAAN YANG PERTAMA, MAKA MENGAPAKAH KAMU TIDAK MENGAMBIL PELAJARAN (UNTUK PENCIPTAAN YANG KEDUA)? MAKA TERANGKANLAH KEPADAKU TENTANG YANG KAMU TANAM? KAMUKAH YANG MENUMBUHKANNYA ATAUKAH KAMI YANG MENUMBUHKANNYA? KALAU KAMI KEHENDAKI, BENAR-BENAR KAMI, JADIKAN DIA KERING DAN HANCUR; MAKA JADILAH KAMU HAIRAN TERCENGANG..."

          SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), JUZUK27, AYAT 60 HINGGA 65

Monday, July 27, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 75


MESSIER 75
M75 (NGC6864)


BURUJ:
SAGITTARIUS

KELAS:
KLUSTER GLOBAL
(GLOBULAR CLUSTER)

LOKASI:
20h 06m 04.75s
-21o 55' 16.2"

JARAK:
67,500 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
6.8' X 6.8' (arcminute)

MAGNITUD:
+8.7

INFO:
M75 TELAH DITEMUI OLEH PIERRE MECHAIN  DALAM TAHUN 1780 DAN TELAH DIMASUKKAN KE DALAM MESSIER KATALOG  OLEH CHARLES MESSIER  PADA TAHUN 1780. IA MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KLUSTER YANG MEMPUNYAI KEPADATAN YANG TINGGI DI ANTARA KLUSTER-KLUSTER GLOBAL YANG DIKENALI. IA DIANGGARKAN MEMPUNYAI SEBANYAK 400,000 BINTANG YANG MEMBENTUK M75.









CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.CO


KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


MENGENALI BULAN - SIRI 105

MONS BLANC
GUNUNG BLANC



KATEGORI: 

LOKASI:

KELUASAN:

ERA PEMBENTUKAN:

CIRI-CIRI:

PEMERHATIAN:

PERALATAN:

PENEROKAAN:

PENGHORMATAN:


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - VIRGO

BURUJ VIRGO
ANAK DARA / TUAN PUTERI (THE VIRGIN)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
VIR

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ VIRGO TERLETAK DI -23O SELATAN DAN +14O UTARA SERTA 11h35m DAN 15h15m. BURUJ VIRGO BERADA DI GARISAN KHATULISTIWA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +80O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -80O SELATAN. BURUJ VIRGO MEMPUNYAI KELUASAN 1294 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE DUA TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ VIRGO IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ LIBRA DAN BURUJ SERPENS CAPUT
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CORVUS DAN BURUJ LIBRA
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LEO, BURUJ CRATER DAN BURUJ HYDRA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ BOOTES DAN BURUJ COMA BERENICES

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ VIRGO:
~  BINTANG GAMMA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI DENGAN MAGNITUD YANG SAMA DENGAN KOMPANI (COMPANION)NYA IAITU +8.5 DENGAN ORBIT 168.8 TAHUN. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 260O DENGAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 1.5".
~  BINTANG THETA ADALH BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN KOMPANI B DAN KOMPANI C. KOMPANI B AGAK KABUR DENGAN MAGNITUD +9.4; PADA P.A 343O DAN SEP PADA 7.1". KOMPANI C JUGA KABUR (FAINT) BERMAGNITUD +10.4; P.A PADA 298O DENGAN SEP 70".
~  BINTANG PHI IALAH BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +9.3; PADA P.A 110O DAN SEP PADA 4.8".

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ VIRGO.
~  BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "EII TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD +0.95 KE +1.05 DALAM JANGKA MASA EMPAT HARI.
~  BINTANG RHO PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "DELTA SCUTI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG RHO BERUBAH DARI +4.86 KE +4.88.
~  BINTANG R VIRGINIS MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG IAITU 145.63 HARI DENGAN MAGNITUD BERUBAH DARI +6.20 KE +12.10. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "LONG-PERIOD TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ VIRGO DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP-SKY':
BURUJ VIRGO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  M49 ATAU NGC4472 MERUPAKAN GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +8.40 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.20.



~  M58 ATAU NGC4579 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG CERAH DAN PADAT. M58 BERMAGNITUD +9.70 DENGAN KECERAHAN +13.10.



~  NGC4567 DAN NGC4568 DIKENALI JUGA SEBAGAI 'KEMBAR SIAM' (SIAMESE TWINS) MERUPAKAN DUA GALAKSI YANG KABUR (FAINT) KELIHATAN SEPERTI BERTEMU (JOINED) DI TENGAH-TENGAH. NGC4567 BERMAGNITUD +11.30 DENGAN KECERAHAN +13.10. MANAKALA, NGC4568 BERMAGNITUD +10.80 DENGAN KECERAHAN +13.10.



~  M59 (NGC4621) DAN M60 (NGC4649) PULA MERUPAKAN GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXIES) YANG KECIL TETAPI AGAK CERAH DAN BERADA BERHAMPIRAN DENGAN "THE SIAMESE TWINS". M59 BERMAGNITUD +9.60 DENGAN KECERAHAN +12.90. MANAKALA, M60 PULA BERMAGNITUD +8.80 DENGAN KECERAHAN +12.90.



~  M61 ATAU NGC4303 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG CERAH DAN MENGHADAP BUMI (FACE-ON). M61 MEMPUNYAI 'LENGAN' (ARMS) SERTA MERUPAKAN GALAKSI YANG TERBESAR DIKAITAN DENGAN 'KLUSTER GALAKSI VIRGO' (VIRGO CLUSTER GALAXY)M61 BERMAGNITUD +9.60 DENGAN KECERAHAN +13.40.



~  M84 (NGC4374), M86 (NGC4406) DAN M87 (NGC4486) IALAH TIGA GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXIES) DALAM 'KLUSTER GALAKSI VIRGO' (VIRGO CLUSTER GALAXY). M84 BERMAGNITUD +9.10 DENGAN KECERAHAN +13.00. M86 PULA BERMAGNITUD +8.90  DENGAN KECERAHAN +13.20. MANAKALA, M87 PULA BERMAGNITUD +8.60 DENGAN KECERAHAN +13.00.



~  M89 ATAU NGC4552 JUGA GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) YANG SEAKAN-AKAN M87 TETAPI M89 LEBIH KABUR (FAINTER). M89 BERMAGNITUD +9.80 SERTA KECERAHAN +13.20.



~  M90 ATAU NGC4569 PULA IALAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) BERADA DI AREA YANG SAMA DENGAN M89. M90 BERMAGNITUD +9.50 DAN KECERAHAN +13.40.



~  M104 ATAU NGC4594 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE SOMBRERO GALAXY" YANG SUNGGUH CANTIK DAN MENARIK. M104 AGAK TERASING DARIPADA GALAKSI YANG LAIN TETAPI MASIH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA 'KLUSTER GALAKSI VIRGO' (VIRGO CLUSTER GALAXY). IA KELIHATAN PADA SISI (EDGE-ON) DENGAN 'PUSAT' YANG TERANG DAN DI KELILINGI OLEH LORONG DEBU YANG GELAP. M104 DAPAT DILIHAT DENGAN TELESKOP KECIL DAN IA BERMAGNITUD +8.00 DENGAN KECERAHAN +11.60.




HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ VIRGO MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK DUA KALI DALAM MASA SETAHUN.
~  HUJAN METEOR VIRGINIDS
~  HUJAN METEOR MU VIRGINIDS


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


Friday, July 24, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"KETAHUILAH, BAHAWA SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA ITU HANYALAH PERMAINAN DAN SUATU YANG MELALAIKAN, PERHIASAN DAN BERMEGAH-MEGAH ANTARA KAMU SERTA BERBANGGA-BANGGAAN TENTANG BANYAKNYA HARTA DAN ANAK, SEPERTI HUJAN YANG TANAM-TANAMANNYA MENGAGUMKAN PARA PETANI; KEMUDIAN TANAMAN ITU MENJADI KERING DAN KAMU LIHAT WARNANYA KUNING KEMUDIAN MENJADI HANCUR. DAN DI AKHIRAT (NANTI) ADA AZAB YANG KERAS DAN AMPUNAN DARI ALLAH SERTA KEREDHAAN-NA. DAN KEHIDUPAN DUNIA INI TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YANG MENIPU. BERLUMBA-LUMBALAH KAMU KEPADA (MENDAPATKAN) AMPUNAN DARI TUHANMU DAN SYURGA YANG LUASNYA SELUAS LANGIT DAN BUMI, YANG DISEDIAKAN BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL-RASUL-NYA, ITULAH KURNIA ALLAH, DIBERIKAN-NYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN ALLAH MEMPUNYAI KURNIA YANG BESAR.

            SURAH AL HADIID (BESI), JUZUK 27, AYAT 20 HINGGA 21

Monday, July 20, 2015

KOMET - SIRI 74

MENGENALI BULAN - SIRI 104

MONS ARGAEUS
GUNUNG ARGAEUS


KATEGORI: 

LOKASI:

KELUASAN:

ERA PEMBENTUKAN:

CIRI-CIRI:

PEMERHATIAN:

PERALATAN:

PENEROKAAN:

PENGHORMATAN:


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - ORION

BURUJ ORION
PEMBURU (THE HUNTER)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
ORI

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ ORION TERLETAK DI +23O UTARA DAN -11O SELATAN SERTA 4h45m DAN 6h30m. BURUJ ORION BERADA DI GARIS KHATULISTIWA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +85O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -75O SELATAN. BURUJ ORION MEMPUNYAI KELUASAN 594 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 26 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ ORION IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ GEMINI DAN BURUJ MONOCEROS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ LEPUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ TAURUS DAN BURUJ ERIDANUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ TAURUS DAN BURUJ GEMINI

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR)  YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ ORION:
~  BINTANG BETA  MERUPAKAN SATU BINARI TETAP (FIXED BINARY)  DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA YANG KABUR (FAINT)  DENGAN MAGNITUD +10.4. DENGAN 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A)  KEDUA BINTANG PADA 202O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP)  ADALAH 9.5".
~  BINTANG LAMBDA  YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +5.5; P.A  PADA 53O DAN SEP  PADA 6.5". IA MERUPAKAN SEBUAH BINARI TETAP (FIXED BINARY).
~  BINTANG THETA1  IALAH BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 3 KOMPANI MEMBENTUK "THE TRAPEZIUM"KOMPANI B  BERADA PADA P.A  32O DENGAN SEP  PADA 8.8". KOMPANI C  BERADA PADA P.A  132O DAN SEP  PADA 12.7". MANAKALA, KOMPANI D  PULA BERADA PADA P.A  96O DENGAN SEP  PADA 21.5". IA ADALAH SEBUAH BINARI TETAP (FIXED BINARY).
~  BINTANG THETA2  JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM)  DENGAN 2 KOMPANI IAITU KOMPANI B  DAN KOMPANI CKOMPANI B  BERMAGNITUD +6.4 DENGAN P.A  PADA 92O DAN SEP  PADA 52.5". MANAKALA, KOMPANI C  BERMAGNITUD +8.5 DENGAN P.A  PADA 98O DAN SEP  PADA 128.72".
~  BINTANG ZETA  YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +4.0; P.A  PADA 165O DAN SEP  PADA 2.3". IA MENGORBIT SETIAP 1509 TAHUN.


BINTANG VARIABLE:
TERDAPATBINTANG VARIABLE DALAM BURUJ ORION.
~  BINTANG U ORIONIS  ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +4.8 HINGGA KE +13.0 DALAM JANGKA MASA 368.3 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'MIRA TYPE VARIABLE'.

PEMERHATIAN:
BURUJ ORION DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN WAKTU BERIKUT:
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ ORION MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  M42  ATAU NGC1976  YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE ORION NEBULA". M42  IALAH KEPULAN-KEPULAN GAS DAN DEBU YANG DI'CAHAYA'KAN OLEH BINTANG-BINTANG DISEKELILINGNYA. M42  BERMAGNITUD +4.00 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS)  +11.00. DI DALAM M42  TERDAPAT 4 BIJI BINTANG "THE TRAPEZIUM"  DAN IANYA SUNGGUH MENARIK.



"THE TRAPEZIUM"

~  M43  ATAU NGC1982  ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA M42  YANG TERPISAH OLEH SATU JALUR GAS YANG GELAP (DARK LANE). M43  MEMPUNYAI BINTANG +9.00 MAGNITUD YANG BERADA DI 'PUSAT'  NYA DAN M43  BERMAGNITUD +9.00 DENGAN KECERAHAN +13.00.




~  M78  ATAU NGC2068  IALAH SEBUAH NEBULA "REFLECTION"  (PANTULAN) YANG KABUR (FAINT)  BERMAGNITUD +8.00 DENGAN KECERAHAN +12.00.





~  IC434  ATAU DIKENALI DENGAN PANGGILAN "THE HORSEHEAD NEBULA"  MERUPAKAN SATU NEBULA 'HITAM' (DARK NEBULA)  YANG AMAT MENARIK DAN MENGUJAKAN. IA BERMAGNITUD +11.00 DENGAN KECERAHAN +19.32. TELESKOP BERKUASA TINGGI AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP IC434.




HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ ORION MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER)  SEBANYAK DUA KALI DALAM MASA SETAHUN. 
~  HUJAN METEOR ORIONIDS  BIASANYA BERLAKU DARI 16 OKTOBER HINGGA 7 NOVEMBER DENGAN KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA 21 OKTOBER SETIAP TAHUN. HUJAN METEOR INI BERKAIT RAPAT DENGAN KOMET HALLEY.  IA MULA DIPERHATIKAN  OLEH E.C HERRICK  PADA BULAN OKTOBER 1839. HUJAN METEOR ORIONIDS MEMPUNYAI KADAR METEOR SEJAM (ZHR)  SEBANYAK 20 HINGGA 25 METEOR. 'PUSAT RADIANT'  HUJAN METEOR ADALAH DI ANTARA BURUJ ORION DAN BURUJ GEMINI.
~  HUJAN METEOR CHI ORIONIDS  BERLAKU ANTARA 16 NOVEMBER HINGGA 16 DISEMBER DI MANA KEMUNCAKNYA BERLAKU PADA 10 DISEMBER SETIAP TAHUN. KADAR METEOR SEJAM (ZHR)  IALAH ANTARA 2 HINGGA 5 METEOR. HUJAN METEOR INI TELAH DIPERHATIKAN OLEH WILLIAM F. DENNING  PADA TAHUN 1876 - 1877 DI BRISTOL, ENGLAND.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                          CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                             atau
                           KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


Friday, July 17, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"SEMUA YANG BERADA DI LANGIT DAN YANG BERADA DI BUMI BERTASBIH KEPADA ALLAH (MENYATAKAN KEBESARAN ALLAH). DAN DIA-LAH YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA BIJAKSANA. KEPUNYAAN-NYALAH KERAJAAN LANGIT DAN BUMI, DIA MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN, DAN DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU. DIA-LAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR YANG ZAHIR DAN YANG BATIN; DAN DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU. DIA-LAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DALAM ENAM MASA: KEMUDIAN DIA BERSEMAYAM DI ATAS ARSY DIA MENGETAHUI APA YANG MASUK KE DALAM BUMI DAN APA YANG KELUAR DARIPADANYA DAN APA YANG TURUN DARI LANGIT DAN APA YANG NAIK KEPADANYA. DAN DIA BERSAMA KAMU DI MANA SAHAJA KAMU BERADA. DAN ALLAH MAHA MELIHAT APA YANG KAMU KERJAKAN. KEPUNYAAN-NYALAH KERAJAAN LANGIT DAN BUMI. DAN KEPADA ALLAH-LAH DIKEMBALIKAN SEGALA URUSAN. DIA-LAH YANG MEMASUKKAN MALAM KE DALAM SIANG DAN MEMASUKKAN SIANG KE DALAM MALAM. DAN DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI..."

              SURAH AL HADIID (BESI), JUZUK 27, AYAT 1 HINGGA 6

Tuesday, July 14, 2015

KOMET - SIRI 73

MENGENALI BULAN - SIRI 103

MONS RUMKER
GUNUNG RUMKER


KATEGORI: 

LOKASI:

KELUASAN:

ERA PEMBENTUKAN:

CIRI-CIRI:

PEMERHATIAN:

PERALATAN:

PENEROKAAN:

PENGHORMATAN:


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - PERSEUS



BURUJ PERSEUS
(PERSEUS)



KATEGORI: 
BURUJ

SINGKATAN:
PER

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ PERSEUS TERLETAK DI +31O UTARA DAN +59O UTARA SERTA 1h30m DAN 4h55m. BURUJ PERSEUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DENGAN KELUASAN 615 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA MERUPAKAN BURUJ YANG KE 24 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ PERSEUS ADALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ AURIGA
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ TAURUS DAN BURUJ ARIES
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ANDROMEDA DAN BURUJ TRIANGULUM
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ CASSIOPEIA DAN JUGA BURUJ
     CAMELOPAEDALIS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI (BINARY):
BINTANG BINARI YANG TERDAPAT DALAM BURUJ PERSEUS IALAH:
~  BINTANG EPSILON  ADALAH SATU BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI (COMPANION) YANG AGAK KABUR (FAINT) DAN SUKAR MENCERAPNYA. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.10. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI IALAH 10O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 8.8".
~  BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 3 KOMPANI YANG KABUR (FAINT)KOMPANI B BERMAGNITUD +9.5; P.A PADA 208O DENGAN SEP PADA 12.9". KOMPANI C BERMAGNITUD +11.3; P.A PADA 286O DENGAN SEP PADA 32.8". MANAKALA, KOMPANI D PULA BERMAGNITUD +9.5; P.A PADA 195O DENGAN SEP PADA 94.2".
~  BINTANG ETA (MIRAM) JUGA SEBUAH BINTANG BINARI BERBILNG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 2 KOMPANI. KOMPANI B BERMAGNITUD +8.5 DENGAN P.A PADA 300O SERTA SEP PADA 28.3". MANAKALA, KOMPANI C PULA BERMAGNITUD +9.8; P.A PADA 268O DENGAN SEP PADA 66.6".

BINTANG VARIABLE:
BINTANG VARIABLE YANG TERDAPAT DALAM BURUJ PERSEUS IALAH:
~  BINTANG BETA (ALGOL) DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ECLIPSING BINARY" ATAU "EB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +2.12 KE +3.39 DALAM JANGKA MASA 2.8673 HARI ATAU 2 HARI, 20 JAM, 48 MINIT DAN 59 SAAT. "ECLIPSING" (GERHANA) BERLAKU APABILA BINTANG KOMPANI MENUTUPI BINTANG BETA (BINTANG UTAMA) DAN IA BERLAKU SELAMA LEBIH KURANG 10 JAM.
~  BINTANG R PERSEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +8.10 HINGGA KE +14.80 DALAM JANGKA MASA 209.89 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "LONG-PERIOD VARIABLE".
~  BINTANG S PERSEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.90 HINGGA KE +12.00 DALAM JANGKA MASA 822 HARI. IA PULA DIKELASKAN SEBAGAI "SRc TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ PERSEUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -35O SELATAN. BURUJ PERSEUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN WAKTU BERIKUT:
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
TERDAPAT BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' DALAM BURUJ PERSEUS:
~  M34 ATAU NGC1039 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENARIK DAN MENGANDUNGI LEBIH KURANG 80 BIJI BINTANG. M34 MEMPUNYAI MAGNITUD +5.20 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.66.



~  NGC869 DAN NGC884  MEMBENTUK KLUSTER YANG DIKENALI SEBAGAI "DOUBLE CLUSTER" YANG TERLETAK SEBELAH MENYEBELAH (SIDE BY SIDE) ANTARA SATU DENGAN LAIN. NGC869 DAN NGC884 ADALAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR. NGC869 BERMAGNITUD +5.30 DENGAN KECERAHAN +12.43. MANAKALA, NGC884 PULA BERMAGNITUD +6.10 DENGAN KECERAHAN +13.23.


 NGC869

NGC884

~  NGC1499 ATAU "THE CALIFORNIA NEBULA" IALAH NEBULA GAS YANG MEREGANG DARI ARAH TIMUR KE BARAT. MALANGNYA, NGC1499 AMAT KABUR DAN SUKAR UNTUK DICERAP. NGC1499 BERMAGNITUD +5.00 DENGAN KECERAHAN +14.26.



~  M76 ATAU NGC650/NGC651 ATAU "THE DUMBBELL NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA)M76 TERDIRI DARIPADA GABUNGAN DUA OBJEK IAITU NGC650 DAN NGC651. NGC650 TERLETAK DI BAHAGIAN ATAS, MANAKALA, NGC651 BERADA DI BAHAGIAN BAWAH. M76 AMAT KABUR DENGAN MAGNITUD +10.10 SERTA KECERAHAN +15.90.



~  NGC1342 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD +8 DAN KE ATAS. NGC1342 BERMAGNITUD +6.7 DAN TERLETAK 1,170 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC1528 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI 100 BIJI BINTANG. NGC1528 BERMAGNITUD +6.40 DAN BERADA 2,531 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC1028 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DAN IANYA AMAT KABUR DENGAN MAGNITUD +15.50.


~  NGC1029 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN MAGNITUD +13.20.

HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
BURUJ PERSEUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (TAHI BINTANG) SEBANYAK DUA KALI DALAM SETAHUN:
~  HUJAN METEOR PERSEIDS
~  HUJAN METEOR SEPTEMBER PERSEIDS (MINOR HUJAN METEOR)


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL BERIKUT:

                   CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                             atau
                    KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM