Monday, January 4, 2010

MENGENALI BURUJ - ANDROMEDA


BURUJ ANDROMEDA


KATEGORI:   BURUJ

SINGKATAN:   
AND  /  ANDROMEDAE

DESKRIPSI DAN MITOS:
BURUJ ANDROMEDA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG PUTERI YANG BERNAMA ANDROMEDA. BELIAU ADALAH ANAK KEPADA CEPHEUS DAN CASSIOPEIA. CASSIOPEIA MENGANGGAP ANAKNYA LEBIH CANTIK DARI ISTERI DAN DEWI-DEWI POSEIDON (DEWA LAUTAN).IA TERUS-MENERUS BERKATA DEMIKIAN SEHINGGA POSEIDON TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN CASSIOPEIA. MAKA, POSEIDON TELAH MENGHUKUM CASSIOPEIA DENGAN MERANTAI ANDROMEDA KE BATU DALAM KEADAAN TIDAK BERPAKAIAN UNTUK MENJADI HABUAN KEPADA RAKSASA LAUT. SESETENGAH MITOS, MENYATAKAN RAKSASA LAUT TERSEBUT ADALAH CETUS. MANAKALA, PERSEUS YANG BAHARU SAHAJA BERJAYA MEMBUNUH GORGON MEDUSA, MELALUI TEMPAT DI MANA ANDROMEDA DIRANTAI. IA TERPESONA DENGAN KECANTIKAN ANDROMEDA. PERSEUS MENAWARKAN DIRI UNTUK MENYELAMATKAN ANDROMEDA DENGAN SYARAT IA AKAN MENGAHWINI ANDROMEDA. CEPHEUS DAN CASSIOPEIA TIDAK BERAPA BERSETUJU DENGAN SYARAT TERSEBUT, NAMUN MEREKA TIDAK MEMPUNYAI PILIHAN LAIN. AKHIRNYA MEREKA BERSETUJU. PERSEUS BERJAYA MENGELIRUKAN RAKSASA LAUT DAN IA DAPAT MEMOTONG KEPALA RAKSASA LAUT TERSEBUT. MAKA, PERSEUS DIKAHWINKAN DENGAN ANDROMEDA.


KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ ANDROMEDA TERLETAK DI +22O UTARA DAN +53O UTARA SERTA 22h58m DAN 2h40m. BURUJ ANDROMEDA BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -40o SELATAN. BURUJ ANDROMEDA MEMPUNYAI KELUASAN 722 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 19 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ ANDROMEDA IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PERSEUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ TRIANGULUM, BURUJ PISCES DAN BURUJ PEGASUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LACERTA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ CASSIOPEIA  DAN  BURUJ PERSEUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
TERDAPAT SEBANYAK 173 BIJI BINTANG-BINTANG DI DALAM BURUJ ANDROMEDA YANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG LEBIH CERAH DARI +6.5. SENARAI 20 BINTANG-BINTANG YANG PALING CERAH YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ ANDROMEDA.
1.   ALPHA ANDROMEDAE (ALPHERATZ) ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +2.06 DENGAN JARAK 97.02 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRAL IALAH B8IV SUB-GIANT SERTA BERWARNA BIRU.
2.   BETA ANDROMEDAE (MIRACH) ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +2.06 DENGAN JARAK 199.27 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH M0III HYPERGIANT SERTA BERWARNA JINGGA.
3.   GAMMA1 ANDROMEDAE (ALMACH) ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +2.26 DENGAN JARAK 354.73 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH K3II GIANT SERTA BERWARNA JINGGA.
4.   DELTA ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +3.27 DENGAN JARAK 101.27 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH K3III GIANT SERTA BERWARNA JINGGA-KEMERAHAN.
5.   51 ANDROMEDAE (NEMBUS) ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +3.57 DENGAN JARAK 173.77 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH K3III GIANT SERTA BERWARNA JINGGA-KEMERAHAN.
6.   OMICRON ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +3.62 DENGAN JARAK 692.14 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH B6III GIANT SERTA BERWARNA BIRU.
7.   LAMBDA ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +3.82 DENGAN JARAK 84.15 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH G8III GIANT SERTA BERWARNA KUNING.
8.   MU ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +3.87 DENGAN JARAK 136.23 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH A5V MAIN-SEQUENCE SERTA BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN.
9.   ZETA ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.06 DENGAN JARAK 181.31 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH K1II GIANT SERTA BERWARNA JINGGA.
10.  UPSILON ANDROMEDAE (TITAWIN) ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.09 DENGAN JARAK 43.91 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH F8V MAIN-SEQUENCE SERTA BERWARNA PUTIH-KEKUNINGAN.
11.  KAPPA ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.14 DENGAN JARAK 169.61 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH B9IV SUB-GIANT SERTA BERWARNA BIRU.
12.  PHI ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.25 DENGAN JARAK 735.89 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH B7V MAIN-SEQUENCE SERTA BERWARNA BIRU.
13.  IOTA ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.29 DENGAN JARAK 502.31 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH B8V MAIN-SEQUENCE SERTA BERWARNA BIRU.
14.  PI ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.36 DENGAN JARAK 655.94 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH B5V MAIN-SEQUENCE SERTA BERWARNA BIRU.
15.  EPSILON ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.37 DENGAN JARAK 168.56 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH G6III GIANT SERTA BERWARNA KUNING.
16.  ETA ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.42 DENGAN JARAK 242.56 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH G8III GIANT SERTA BERWARNA KUNING.
17.  7 ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.52 DENGAN JARAK 79.86 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH F0V HYPERGIANT SERTA BERWARNA PUTIH-KEKUNINGAN.
18.  SIGMA ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.52 DENGAN JARAK 141.06 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH A2V MAIN-SEQUENCE SERTA BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN.
19.  NU ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.53 DENGAN JARAK 679.17 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH B5V MAIN-SEQUENCE SERTA BERWARNA BIRU.
20.  THETA ANDROMEDAE ADALAH BINTANG BERMAGNITUD +4.61 DENGAN JARAK 253.11 TAHUN CAHAYA. KELAS SPEKTRUM IALAH A2V MAIN-SEQUENCE SERTA BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN.


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ ANDROMEDA:
~  BINTANG GAMMA1 ANDROMEDAE  DAN BINTANG GAMMA2 ANDROMEDAE   MEMBENTUK SATU BINARI SISTEM BERGANDA (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DI MANA BINTANG-BINTANG TERSEBUT MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA IAITU WARNA KEEMASAN DAN WARNA KEBIRUAN. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A)  KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 63O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 10". BINTANG GAMMA1  BERMAGNITUD +2.5, MANAKALA BINTANG GAMMA2  PULA BERMAGNITUD +5.0. BINTANG GAMMA2  PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI (COMPANION)  YANG BERMAGNITUD +6.5 YANG MENGORBIT SETIAP 61 TAHUN. P.A KEDUA-DUA BINTANG IALAH PADA 104O DENGAN SEP  PULA PADA 0.5".
~  BINTANG EPSILON BOOTIS  MERUPAKAN SEBUAH BINARI TETAP (FIXED BINARY). DENGAN BINTANG KOMPANI   BERADA PADA P.A  339O DENGAN SEP PADA 2.8". BINTANG EPSILON  BERMAGNITUD +2.5, MANAKALA BINTANG KOMPANI  BERMAGNITUD +4.9. IA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG SUNGGUH MENARIK. BINTANG EPSILON  BERWARNA KUNING TERANG (BRIGHT YELLOW)  DAN BINTANG KOMPANI  PULA BERWARNA BIRU-KEHIJAUAN (BLUE-GREEN)
~  BINTANG KAPPA BOOTIS  JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG MENARIK DAN CANTIK DENGAN BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR)  BERWARNA KUNING (YELLOW).  MANAKALA, BINTANG KOMPANI  PULA BERWARNA BIRU GELAP (DEEP BLUE).  BINARI INI MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA.  P.A  KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH PADA 235O DENGAN SEP  PULA PADA 13.4".
~  BINTANG IOTA BOOTIS  MERUPAKAN SEBUAH BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI   BERADA PADA P.A  33O DENGAN SEP PADA 38.5". BINTANG IOTA  BERMAGNITUD +4.9, MANAKALA BINTANG KOMPANI  BERMAGNITUD +7.5. IA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG KAPPA BOOTIS
~  BINTANG MU BOOTIS  MERUPAKAN SEBUAH BINARI SISTEM BERGANDA (MULTIPLE SYSTEM BINARY).  BINTANG MU  BERMAGNITUD +4.3 DENGAN BINTANG KOMPANI B  PULA BERMAGNITUD +7.0. KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA P.A  171O DENGAN SEP PADA 108". BINTANG KOMPANI B  PULA MEMPUNYAI  BINTANG KOMPANI C  YANG BERMAGNITUD +7.6. BINTANG B  DAN BINTANG C  BERADA PADA P.A  7O DENGAN SEP  PADA 2.1".
~  BINTANG PI BOOTIS  MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG CUKUP MEMPESONAKAN DENGAN BINTANG PI  BERMAGNITUD +4.9 DAN BINTING KOMPANI   BERMAGNITUD +5.8  BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN  (BLUE-WHITE). KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA PA  108O DENGAN SEP PADA 5.6".
~  BINTANG XI BOOTIS  YANG BERMAGNITUD +4.7 MERUPAKAN SEBUAH BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI  BERMAGNITUD +7.0 MENGORBIT SETIAP 151 TAHUN. KEDUA-DUA BINTANG  BERADA PADA P.A  321O DENGAN SEP PADA 6.8". BINTANG XI  BERWARNA KUNING (YELLOW), MANAKALA BINTANG KOMPANI  BERWARNA PUTIH-KEMERAH JAMBUAN (WHITE-PINK).


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ BOOTES:
~  BINTANG DELTA BOOTIS  DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG BETA  BERUBAH DARI +1.93 KE MAGNITUD +2.00 DALAM JANGKA MASA 6 JAM 2.6 SAAT. JENIS BINTANG VARIABLE DALAM KELAS INI MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JULAT YANG AMAT KECIL. IANYA TIDAK DAPAT DIKESAN DENGAN MATA KASAR.. 
~  BINTANG IOTA CANIS MAJORIS  DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG IOTA  BERUBAH DARI +4.37 KE MAGNITUD +4.41 DALAM JANGKA MASA  1 JAM 55 MINIT.
~  BINTANG XI1 CANIS MAJORIS  DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG XI1  BERUBAH DARI +3.87 KE MAGNITUD +3.91 SETIAP 5 JAM.

PEMERHATIAN:
BURUJ ANDROMEDA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN OGOS PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ ANDROMEDA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK. TERDAPAT SEBANYAK 198 BUAH OBJEK 'DEEP SKY' DI DALAM BURUJ ANDROMEDA. SENARAI 20 BUAH OBJEK 'DEEP SKY' YANG PALING CERAH DI DALAM BURUJ ANDROMEDA.
MESSIER 31 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +3.44 DENGAN JARAK 2.5 JUTA TAHUN CAHAYA.



NGC7686  ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG BERMAGNITUD +5.6.



NGC752 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG BERMAGNITUD +5.7.



MESSIER 110 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERBENTUK BUJUR YANG BERMAGNITUD +8.07.



MESSIER 32 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERBENTUK BUJUR YANG BERMAGNITUD +8.08.



NGC7762 ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI YANG BERMAGNITUD +8.3.



NGC956 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG BERMAGNITUD +8.9.



NGC891 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +9.93.



NGC7640 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +11.6.



NGC404 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +11.73.



IC239 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +12.1.



NGC252 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERBENTUK MEMANJANG YANG BERMAGNITUD +12.49.



NGC23 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +12.5.



NGC753 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +12.6.



NGC304 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERBENTUK MEMANJANG YANG BERMAGNITUD +12.67.



NGC818 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +12.7.



NGC841 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +12.8.



NGC812 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +12.8.



NGC906 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +12.88.



NGC669 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERMAGNITUD +12.9.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ ANDROMEDA MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
~  ANDROMEDIDS



              


No comments:

Post a Comment