Monday, June 8, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 98


MONS PICO
GUNUNG PICO



KATEGORI:
GUNUNG (MOUNTAIN / MONS)


LOKASI:
MONS PICO TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS PITON IALAH 8.86O BARAT SERTA 45.82O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TENGAH  MARE IMBRIUM REGION.. 


KELUASAN:
MONS PICO MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG DENGAN KETINGGIAN 2,400 METER. IA MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 25 KM.


ERA PEMBENTUKAN:
MONS PICO TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
MONS PICO MERUPAKAN SEBUAH PUNCAK GUNUNG YANG BERADA DI KAWASAN YANG TERPENCIL YANG TERBENTUK DARIPADA LAVA TERLETAK DI BAHAGIAN TENGAH  MARE  IMBRIUM.  IA MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG YANG MEMANJANG DARI TENGGARA KE BARAT-LAUT. MONS BETA  YANG JUGA SEBUAH GUNUNG TERPENCIL TERLETAK DI SELATAN MONS PICO.


PEMERHATIAN:
MONS PICO MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI PERTAMA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER)  HINGGA KE SUKU TERAKHIR  (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS PICO, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 100 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS PICO.





SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                          CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM 
                                                  atau
                          KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment