SINUS LUNICUS
TELUK LUNICUS (THE BAY OF LUNIK)
KATEGORI:
TASIK (BAY / SINUS)
LOKASI:
SINUS LUNICUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS LUNICUS ADALAH 1.4O BARAT SERTA 31.8O UTARA. IA BERADA DI UTARA KAWAH ARCHIMEDES REGION SEPANJANG BAHAGIAN TENGGARA MARE IMBRIUM.
KELUASAN:
SINUS LUNICUS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 126 km.
ERA PEMBENTUKAN:
SINUS LUNICUS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
SINUS LUNICUS MERUPAKAN SEBUAH KAWASAN YANG RATA TERLETAK ANTARA KAWAH ARISTILLUS DAN KAWAH ARCHIMEDES. TERDAPAT KAWAH (CRATERLET) ARCHIMEDES D DAN ARCHIMEDES C.
PEMERHATIAN:
SINUS LUNICUS MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP SINUS LUNICUS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
SINUS LUNICUS TELAH DITEROKA OLEH KAPAL ANGKASA LUNA 2 MILIK SOVIET UNION. IA MERUPAKAN OBJEK BUATAN MANUSIA YANG PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI KE BULAN DAN JUGA MERUPAKAN OBJEK YANG PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI KE SUATU PLANET ATAU SATELIT SELAIN DARIPADA BUMI. LUNA 2 DILANCARKAN PADA SEPTEMBER 12, 1959 DARI PUSAT PELANCARAN ROKET BAIKONUR COSMODROME 1/5. LUNA 2 TELAH MENDARAT BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH AUTOLYCUS PADA SEPTEMBER 14, 1959.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment