Monday, November 19, 2012

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 35 / NGC2168

MESSIER 35  /  NGC2168


BURUJ:   GEMINI

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   06h 08m 54s  /  +24o 20' 19"

JARAK:   2,970 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.3

SAIZ:   28'.0  X  28'.0

KATEGORI:   III 3 r

MESSIER 35 ATAU NGC2168 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ GEMINI DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR82' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN, PER COLLINDER, PADA TAHUN 1931.

M35 / NGC2168 TELAH DITEMUKAN OLEH PHILIPPE LOYS de CHESEAUX, AHLI ASTRONOMI SWITZERLAND, SEKITAR TAHUN 1745. JOHN BERIS, AHLI ASTRONOMI INGGERIS, JUGA TELAH MENEMUKANNYA SECARA BERSENDIRIAN SEBELUM TAHUN 1750. MANAKALA, CHARLES MESSIER, AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN PADA 30hb OGOS, 1764, DAN MEREKODKAN OBJEK TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 35' KE DALAM KATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALAOGUE'. PADA BULAN SEPTEMBER, 1836, WILLIAM HENRY SMYTH TELAH MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS M35 / NGC2168.







camp.astronomy@gmail.com











 

No comments:

Post a Comment