Monday, December 17, 2012

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 36 / NGC1960

MESSIER 36  /  NGC1960


BURUJ:   AURIGA

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   05h 36m 18s  /  +34o 08' 24"

JARAK:   4,340 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.3

SAIZ:   10'.0  X  10'.0

KATEGORI:   I 3 m

MESSIER 36 ATAU NGC1960 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ AURIGA DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR 71' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN BERNAMA PER COLLINDER PADA TAHUN 1931.

M36 / NGC1960 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM TAHUN 1654. KEMUDIAN, IA TELAH DITEMUKAN OLEH GUILLAUME Le GENTIL DALAM TAHUN 1749. MANAKALA, CHARLES MESSIER TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN PADA 2hb SEPTEMBER, 1764 DAN TELAH MEREKODKAN OBJEK TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 36' KE DALAM SENARAI KATALOG BELIAU, 'THE MESSIER CATALOGUE'.

WILLIAM HERSCHEL TELAH MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS M36 / NGC1960 PADA BULAN OKTOBER, 1794. MANAKALA, ANAK BELIAU, JOHN HERSCHEL TELAH BERJAYA MENCERAP M36 / NGC1960 PADA TAHUN 1827. WILLIAM HENRY SMYTH JUGA TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN PADA BULAN SEPTEMBER, 1836.







camp.astronomy@gmail.com











 

Monday, November 19, 2012

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 35 / NGC2168

MESSIER 35  /  NGC2168


BURUJ:   GEMINI

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   06h 08m 54s  /  +24o 20' 19"

JARAK:   2,970 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.3

SAIZ:   28'.0  X  28'.0

KATEGORI:   III 3 r

MESSIER 35 ATAU NGC2168 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ GEMINI DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR82' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN, PER COLLINDER, PADA TAHUN 1931.

M35 / NGC2168 TELAH DITEMUKAN OLEH PHILIPPE LOYS de CHESEAUX, AHLI ASTRONOMI SWITZERLAND, SEKITAR TAHUN 1745. JOHN BERIS, AHLI ASTRONOMI INGGERIS, JUGA TELAH MENEMUKANNYA SECARA BERSENDIRIAN SEBELUM TAHUN 1750. MANAKALA, CHARLES MESSIER, AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN PADA 30hb OGOS, 1764, DAN MEREKODKAN OBJEK TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 35' KE DALAM KATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALAOGUE'. PADA BULAN SEPTEMBER, 1836, WILLIAM HENRY SMYTH TELAH MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS M35 / NGC2168.







camp.astronomy@gmail.com











 

Monday, October 15, 2012

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 34 / NGC1039

 MESSIER 34  /  NGC1039


BURUJ:   PERSEUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   02h 42m 06s  /  +42o 44' 46"

JARAK:   1,500 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.5

SAIZ:   35'.0  X  35'.0

KATEGORI:   I 3 m

MESSIER 34 ATAU NGC1039 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ PERSEUS DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR31' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH PER COLLINDER, SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN, PADA TAHUN 1931.

M34 / NGC1039 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM TAHUN 1654. PADA 25hb OGOS, 1764, CHARLES MESSIER TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN DAN TELAH MEREKODKAN SEBAGAI OBJEK 'MESSIER 34' KE DALAM KATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALOGUE'. BEGITU JUGA DENGAN JOHANN BODE YANG TELAH MENCERAP M34 / NGC1039 PADA 2hb SEPTEMBER, 1774. 

SELEPAS ITU, WILLIAM HERSCHEL JUGA MENEMUKAN M34 / NGC1039 PADA TAHUN 1783. DIIKUTI OLEH ANAK BELIAU, JOHN HERSCHEL MELAKUKANNYA PADA 29hb OKTOBER, 1828. AKHIR SEKALI, PADA OKTOBER, 1837, WILLIAM HENRY SMYTH JUGA BERJAYA MENCERAP M34 / NGC1039.







camp.astronomy@gmail.com











 

Monday, September 17, 2012

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 33 / NGC598

MESSIER 33  /  NGC598


BURUJ:   TRIANGULUM

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   01h 33m 50s  /  +30o 39' 36"

JARAK:   2.73 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.27

SAIZ:   70'.8  X  41'.7

KATEGORI:   SA(a)cd

MESSIER 33 ATAU NGC598 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ TRIANGULUM DI HEMISFERA UTARA. IA MERUPAKAN GALAKSI KETIGA TERBESAR DI ANTARA AHLI-AHLI DI DALAM KUMPULAN YANG DIPANGGIL 'THE LOCAL GROUP OF GALAXIS' YANG TERDIRI DARIPADA 'THE ANDROMEDA GALAXY', 'THE MILKY WAY GALAXY', SERTA 'THE TRIANGULUM GALAXY' DI DALAM LINGKUNGAN DIAMETER 10 JUTAN TAHUN CAHAYA.

M33 / NGC598 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM TAHUN 1654. CHARLES MESSIER TELAH MENEMUKANNYA PADA 25hb OGOS, 1764 DAN MEREKODKAN KE DALAM KATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALOGUE' SEBAGAI OBJEK 'MESSIER 33'. JOHANN BODE PULA TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M33 / NGC598 PADA 15hb OGOS, 1775.

WILLIAM HERSCHEL MELAKUKAN CERAPAN PADA 11hb SEPTEMBER, 1784. MANAKALA, ANAK BELIAU, JOHN HERSCHEL MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M33 / NGC598 PADA 15hb SEPTEMBER, 1828.







camp.astronomy@gmail.com












Monday, August 20, 2012

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 32 / NGC221

MESSIER 32  /  NGC221


BURUJ:   ANDROMEDA

KELAS:   GALAKSI

LOKASI:   00h 42m 41s  /  +40o 51' 55"

JARAK:   2.65 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +8.08

SAIZ:   8'.7  X  8'.7

KATEGORI:   c E 2

MESSIER 32 ATAU NGC221 ADALAH SEBUAH GALAKSI 'KERDIL' (DWARF GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ANDROMEDA DI HEMISFERA UTARA. IA MERUPAKAN 'SATELIT GALAKSI' KEPADA MESSIER 31 / NGC224 DAN MEMPUNYAI SAIZ LEBIH KURANG 3/4 DARIPADA 'JEJARI' (RADIUS) MATAHARI.

M32 / NGC221 TELAH DITEMUKAN OLEH GUILLAUME Le GENTIL PADA 29hb OKTOBER, 1749. CHARLES MESSIER TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN PADA 3hb OGOS, 1764 DAN BELIAU TELAH MEREKODKAN OBJEK TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 32' KE DALAM KATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALOGUE'. SELAIN ITU, WILLIAM HERSCHEL JUGA TELAH MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS M32 / NGC221 PADA 26hb DISEMBER, 1813. BEGITU JUGA DENGAN WILHELM STRUVE YANG TELAH MELAKUKANNYA PADA TAHUN 1825. JOHN HERSCHEL PULA MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M32 / NGC221 PADA 18hb SEPTEMBER, 1828.







camp.astronomy@gmail.com











 
 

Monday, August 13, 2012

BULAN MELALUI PERINGKAT "WANING"



BULAN PADA 3/08/2012 DAN BERUSIA 14 HARI.
ILLUMINASI : 97% DENGAN JARAK 377,206 km.




BULAN PADA 6/08/2012 DAN BERUMUR 17 HARI
ILLUMINASI: 84% DENGAN JARAK 387,615 km




BULAN PADA 7/08/2012 DAN BERUSIA 18 HARI.
ILLUMINASI : 76% DENGAN JARAK 391,231 km.




BULAN PADA 8/08/2012 DAN BERUMUR 19 HARI.
ILLUMINASI : 67% DENGAN JARAK 394,184 km.




BULAN PADA 9/08/2012 DAB BERUSIA 20 HARI.
ILLUMINASI : 58% DENGAN JARAK 396,483 km.




BULAN PADA 10/08/2012 DAN BERUMUR 21 HARI.
ILLUMINASI : 48% DENGAN JARAK 397,824 km.




BULAN PADA 11/08/2012 DAN BERUSIA 22 HARI.
ILLUMINASI : 39% DENGAN JARAK 398,038 km.




BULAN PADA 12/08/2012 DAN BERUSIA 23 HARI.
ILLUMINASI : 30% DENGAN JARAK 397,282 km.




BULAN PADA 13/08/2012 DAN BERUSIA 24 HARI.
ILLUMINASI : 22% DENGAN JARAK 395,379km.


BULAN MELALUI PERINGKAT YANG DINAMAKAN "WANING" DI MANA BENTUK BULAN MENJADI SEMAKIN KECIL. BULAN PURNAMA (FULL MOON) BERLAKU PADA PUKUL 11.27 PAGI PADA 2/08/2012. BULAN MELALUI PERINGKAT DIPANGGIL 'LAST QUARTER'  PADA PUKUL 2.55 PAGI PADA 10/08/2012. PADA PETANG HARI TERSEBUT, BULAN BERADA PADA JARAK PALING JAUH DARI BUMI ATAU DIPANGGIL 'APOGEE'  IAITU PADA PUKUL 7.00 PETANG.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMBALAS, SILA E-MAIL

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
ATAU
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM