Saturday, November 26, 2011

BURUJ CANIS MAJOR

            Buruj Canis Major adalah buruj yang menggambarkan seekor anjing. Secara simboliknya, buruj ini ialah salah seekor daripada anjing-anjing yang terletak berhampiran dengan buruj Orion (pemburu) dan mereka menjadi anjing pemburu kepada Orion. Buruj Canis Major bersaiz lebih besar daripada buruj Canis Minor. Kedudukan buruj ini yang berada di belakang buruj Lepus (arnab) secara simboliknya pula menjadikan buruj Canis Major sedang membantu Pemburu (Orion) memburu Arnab (Lepus). 
            Buruj Canis Major mempunyai bintang yang tercerah di langit iaitu bintang Alpha yang dikenali sebagai Sirius. Sirius bermagnitud -1.42; sama saiz dengan matahari; dengan jarak 8.56 tahun cahaya dari bumi. Ia merupakan bintang ke 6 dekat dengan bumi. Selain daripada Alpha, bintang-bintang lain adalah  Beta ( juga dikenali sebagai Mirzam; bermagnitud +2.00), Gamma (Muliphein; +4.11), Delta (Wezen; +1.86), Epsilon (Adhara; +1.50), Zeta (Furud; +3.02), Eta ( Aludra; +2.44), Theta (+4.07), Kappa (+3.52), Nu2 (+3.95), Omicron1 (+3.87), Omicron2 (+3.02), Sigma (+3.51), dan Omega (+3.85). Selebihnya, bintang-bintang yang bermagnitud > +4.15.
            Bintang 'Binary' di dalam buruj Canis Major adalah Alpha (bintang Sirius A dan Sirius B) bermagnitud -1.42 dan +8.00; sudut pisahan (PA) pada 150 darjah; dan jarak pisahan (separation) pada 4.6". Satu lagi bintang binary ialah Mu yang mempunyai 3 'companions' iaitu B, C, dan D. Bintang B (PA 340 darjah; Sep 3"), bintang C (PA 288 darjah; Sep 88.5") dan bintang D (PA 61 darjah; Sep 101").
            Bintang 'variable' yang terdapat dalam buruj Canis Major ialah Beta (kategori 'Pulsating Giant') berubah dari magnitud +1.93 kepada +2.00 setiap 6 jam 2.6 saat. Selain itu, Iota berubah dari magnitud +4.30 kepada +4.37 dalam masa 1 jam 55 minit. Bintang Xi memerlukan 5 jam untuk berubah magnitud +4.30 kepada +4.35. Kesemua bintang 'variable' ini dikelaskan sebagai "Beta Cepheid Type" yang melibatkan perubahan magnitud yang kecil (+0.04).
             'Deep sky object' yang terdapat di buruj Canis Major ialah M41 dengan magnitud +4.5 dan dikategorikan sebagai "Open Cluster". Terdapat juga NGC2354 (+6.50) dan NGC2367 (+7.90) yang juga "Open Cluster". Buruj Canis Major dapat dilihat pada bulan March pada pukul 9 malam pada awal bulan dan 8 malam pada akhir bulan.

No comments:

Post a Comment