Saturday, November 26, 2011

BURUJ CANIS MAJOR

            Buruj Canis Major adalah buruj yang menggambarkan seekor anjing. Secara simboliknya, buruj ini ialah salah seekor daripada anjing-anjing yang terletak berhampiran dengan buruj Orion (pemburu) dan mereka menjadi anjing pemburu kepada Orion. Buruj Canis Major bersaiz lebih besar daripada buruj Canis Minor. Kedudukan buruj ini yang berada di belakang buruj Lepus (arnab) secara simboliknya pula menjadikan buruj Canis Major sedang membantu Pemburu (Orion) memburu Arnab (Lepus). 
            Buruj Canis Major mempunyai bintang yang tercerah di langit iaitu bintang Alpha yang dikenali sebagai Sirius. Sirius bermagnitud -1.42; sama saiz dengan matahari; dengan jarak 8.56 tahun cahaya dari bumi. Ia merupakan bintang ke 6 dekat dengan bumi. Selain daripada Alpha, bintang-bintang lain adalah  Beta ( juga dikenali sebagai Mirzam; bermagnitud +2.00), Gamma (Muliphein; +4.11), Delta (Wezen; +1.86), Epsilon (Adhara; +1.50), Zeta (Furud; +3.02), Eta ( Aludra; +2.44), Theta (+4.07), Kappa (+3.52), Nu2 (+3.95), Omicron1 (+3.87), Omicron2 (+3.02), Sigma (+3.51), dan Omega (+3.85). Selebihnya, bintang-bintang yang bermagnitud > +4.15.
            Bintang 'Binary' di dalam buruj Canis Major adalah Alpha (bintang Sirius A dan Sirius B) bermagnitud -1.42 dan +8.00; sudut pisahan (PA) pada 150 darjah; dan jarak pisahan (separation) pada 4.6". Satu lagi bintang binary ialah Mu yang mempunyai 3 'companions' iaitu B, C, dan D. Bintang B (PA 340 darjah; Sep 3"), bintang C (PA 288 darjah; Sep 88.5") dan bintang D (PA 61 darjah; Sep 101").
            Bintang 'variable' yang terdapat dalam buruj Canis Major ialah Beta (kategori 'Pulsating Giant') berubah dari magnitud +1.93 kepada +2.00 setiap 6 jam 2.6 saat. Selain itu, Iota berubah dari magnitud +4.30 kepada +4.37 dalam masa 1 jam 55 minit. Bintang Xi memerlukan 5 jam untuk berubah magnitud +4.30 kepada +4.35. Kesemua bintang 'variable' ini dikelaskan sebagai "Beta Cepheid Type" yang melibatkan perubahan magnitud yang kecil (+0.04).
             'Deep sky object' yang terdapat di buruj Canis Major ialah M41 dengan magnitud +4.5 dan dikategorikan sebagai "Open Cluster". Terdapat juga NGC2354 (+6.50) dan NGC2367 (+7.90) yang juga "Open Cluster". Buruj Canis Major dapat dilihat pada bulan March pada pukul 9 malam pada awal bulan dan 8 malam pada akhir bulan.

Friday, November 25, 2011

RENUNGAN JUMAAT

 "... Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (Yang bersifat) demikian itulah Tuhan semesta alam". Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati". Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui...."


                              Surah Fushshilat (Yang Dijelaskan); ayat 9 - 12


Sama-samalah kita fikirkan ayat di atas kerana ia banyak memberikan kita penjelasan tentang kejadian langit dan bumi.


Sebarang maklumat dan kemusykilan, hubungi camp.astronomy@gmail.com

Monday, November 21, 2011

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 23 / NGC6494

MESSIER 23  /  NGC6494


BURUJ:   SAGITTARIUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   17h 57m 04s  /  -18o 59' 06"

JARAK:   2,050 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.5

SAIZ:   16'.8  X  16'.8

KATEGORI:   III 1 m

MESSIER 23 ATAU NGC6494 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR356' DI DALAM 'THE COLLINDER CATALOGUE' OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN BERNAMA PER COLLINDER PADA TAHUN 1931 DENGAN SENARAI SEBANYAK 471 OBJEK.

M23 / NGC6494 TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER PADA 20hb JUN, 1764. BELIAU TELAH MEREKODKAN KLUSTER TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 23' KE DALAM KATALOG BELIAU IAITU 'THE MESSIER CATALOGUE'. JOHN HERSCHEL  JUGA TELAH MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS KLUSTER TERSEBUT PADA TAHUN 1826.







camp.astronomy@gmail.com













Wednesday, November 9, 2011

'Sunspot' pada 9/11/11

Tarikh : 9/11/2011
Sasaran : Matahari


Terdapat 7 tompokan 'sunspot' yang terdapat di atas permukaan matahari pada pagi ini. 4 tompokan 'sunspot' kelihatan di bahagian atas kanan, manakala 2 lagi di bahagian bawah kiri, dan 1 tompok 'sunspot' kelihatan di kanan bawah.


 




Apakah dia 'sunspot'?
'Sunspot' adalah tompokan yang mempunyai suhu berbeza daripada suhu permukaan matahari. Keseluruhan permukaan matahari mempunyai suhu secara puratanya ialah 5,800 Kelvin. Manakala, suhu tompokan 'sunspot' pula adalah di antara 3,000 hingga 4,500 Kelvin (2727 - 4227 darjah Celcius). Di sebabkan perbezaan suhu ini, tompokan 'sunspot' kelihatan lebih gelap.    ................. Bersambung di siri akan datang.

Gambar dan data 'sunspot' di bawah diambil dari lawan web solarham.com. 'Sunspot' diberikan nombor seperti tertera pada gambar di bawah.


Sebarang maklumat sila hubungi camp.astronomy@gmail.com

Saturday, November 5, 2011

RENUNGAN

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432 kepada semua.

        "... Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik..."                                
                                              
                                         Surah al-Mu'minuun, Juz 18, ayat 12 - 14.


     Kita makhluk yang diberikan akal fikiran oleh Allah agar dapat berfikir dan merenung akan kejadian di alam ini ( bumi dan di luar bumi) semoga kita menjadi orang yang bersyukur kepada Allah. Selain itu, ayat ini juga dapat menyangkal teori bahawa manusia ini berasal dari monyet atau beruk (teori Darwin). Nabi Adam adalah manusia yang pertama dijadikan oleh Allah untuk menjalankan tugas sebagai kalifah di atas Bumi. Maka teori Darwin ini hanyalah khayalan pemikir barat yang tidak percaya kepada Allah iaitu Pencipta Yang Agung.