Thursday, April 28, 2011

BURUJ BOOTES

Buruj Bootes digambarkan sebagai seorang pemburu. Kedudukan buruj Bootes berhampiran dengan 'the Great Bear' (Ursa Major) dan juga 'the Canes Venatici' (dua ekor anjing) memberikan gambaran bahawa buruj ini sedang memburu beruang (Ursa Major) dengan ditemani oleh dua ekor anjing (Canes Venatici) membantunya. Tetapi, sekarang buruj Bootes lebih dikenali sebagai seorang pengembala (herdsman). Di sebelah utara terdapat buruj Draco dan buruj Ursa Major. Di sebelah barat pula terdapat buruj Canes Venatici dan buruj Coma Berenices. Di sebelah timur pula terdapat buruj Corona Borealis, buruj Hercules dan buruj Serpan Caput. Di selatan pula ia bersempadan dengan buruj Virgo. Bintang yang paling menyerlah adalah Alpha (Acturus) dengan magnitud -0.04 dan jaraknya 36 tahun cahaya. Selain itu, bintang-bintang yang terdapat dalam buruj Bootes ialah Beta (Nekkar; 3.50), Gamma (Seginus; 3.06), Delta (3.47), Epsilon (izar; 2.37), Zeta (3.80), Eta (Muphrid; 2.68), Theta (Asellus Primus; 4.05), Iota (Asellum Secundus; 4.75), Kappa ( Asellus Tertius; 4.54), Lambda (4.18) dan Mu (4.31). Selebihnya, bintang-bintang tersebut bermagnitud lebih daripada +5.0. Bintang 'binari' (Binary star) yang terdapat di buruj Bootes adalah Epsilon (2.4, 4.9; PA 3390; Sep. 2.8"), Kappa (PA 2350; Sep. 13.4"), Zeta (PA 3010; Sep. 0.9"), Iota (4.8, 7.5; PA 330; Sep. 38.5"), Pi (4.9, 5.8; PA 1080; Sep. 5.6") dan Xi (4.7, 7.0; PA 3210; Sep. 6.8"). Bintang variable (Variable Star) pula adalah Gamma, Iota, dan Kappa. Bintang-bintang ini dikategorikan dalam variable "Delta Scuti type" yang mana merupakan bintang yang masih muda dan ia berubah kecerahannya kurang daripada 0.5 magnitud atau kurang daripada itu. Tempoh perubahan kecerahan mengambil masa antara 30 minit hingga 8 jam. Buruj Bootes tidak ada mempunyai 'Messier' Objek, tetapi NGC5248 (magnitud 10.30dengan kecerahan 13.80) dan NGC5466 (mag. 9.10; kecerahan 13.66) merupakan "Deep sky" objek yang agak menarik. Bulan untuk mencerap buruj Bootes adalah pada bulan Jun (9 malam) dan bulan Julai (8 malam). Selamat ber'star gazing' dan memerhatikan kejadian Ilahi.

No comments:

Post a Comment