Friday, February 11, 2011
Buruj Aries
Buruj Aries digambarkan sebagai seekor kambing jantan (Ram). Buruj Aries merupakan zodiak pertama dalam susunan zodiak-zodiak yang digunakan. Orang Greek dahulu amat menyanjungi binatang bertanduk ini kerana ia melambangkan produktiviti dan permulaan baharu (renewed). Oleh kerana itu, semasa Vernal Equinox, di mana matahari berada di dalam buruj Aries, orang Greek mengganggap ia sebagai tanda tahun baharu. Buruj Aries bersempadan dengan beberapa buruj-buruj yang lain. Di sebelah utara, ia bersempadan dengan Buruj Triangulum dan Buruj Perseus. Di sebelah timur, Buruj Pisces; sebelah barat dengan Buruj Taurus; dan di sebelah selatan dengan Buruj Cetus. Bintang-bintang yang terdapat di dalam buruj Aries bermagnitud antara+2.0 hingga +5.0. Tiada bintang yang bermagnitud kurang daripada +2.0. Alpha (Hamad) bermagnitud +2.01, Beta (Sheratan) bermagnitud +2.64, Gamma (Mesarthim) bermagnitud +3.90, Delta (Botein) +4.35, Epsilon +4.63, Zeta +4.87, dan Lambda +4.79. Aelebihnya bermagnitud +5.00 dan lebih. Buruj Aries mempunyai bintang binari (binary stars) iaitu Gamma (3.9, 4.6; PA 360o; Sep. 7.8"), Lambda (4.8, 7.7; PA 46o; Sep. 37.4"), dan Epsilon (4.6, 5.5; PA 203o; Sep. 1.4"). Buruj Aries juga mempunyai bintang variable (variable stars) iaitu Gamma2 yang dikelaskan dalam kelas variable 'Alpha CV'. Ia berubah dari magnitud +4.62 kepada +4.66 dalam masa 2.6 hari. 'Deep sky' objek yang terdapat di dalam buruj Aries adalah NGC772 (Galaxy) dengan magnitud 10.3 dan brightness 13.9. Selain itu, NGC821 (Galaxy; 10.70; 12.20), NGC691 (Galaxy; 11.4; 13.7), NGC877 (Galxy; 11.9; 13.4), NGC680 (Galaxy; 11.9; 13.1), dan NGC697 (Galaxy; 12.0; 13.9). Buruj Aries boleh dilihat pada poin zenith di langit jam 9.00 malam pada bulan Disember dan jam 8.00 malam pada bulan Januari. Selamat ber'stargazing'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment