Monday, February 28, 2011
Matahari - sunspot
Objek : Matahari
Tarikh : 18hb. Feb, 2011
Masa : 9 pagi
Sasaran : Sunspot terdapat di sebelah kiri bawah dan juga di sebelah kanan ( dibulatkan ).
Untuk penerangan yang lebih lanjut e-mail camp.astronomy@gmail.com atau mohdazman65@yahoo.com
Friday, February 11, 2011
Buruj Aries
Buruj Aries digambarkan sebagai seekor kambing jantan (Ram). Buruj Aries merupakan zodiak pertama dalam susunan zodiak-zodiak yang digunakan. Orang Greek dahulu amat menyanjungi binatang bertanduk ini kerana ia melambangkan produktiviti dan permulaan baharu (renewed). Oleh kerana itu, semasa Vernal Equinox, di mana matahari berada di dalam buruj Aries, orang Greek mengganggap ia sebagai tanda tahun baharu. Buruj Aries bersempadan dengan beberapa buruj-buruj yang lain. Di sebelah utara, ia bersempadan dengan Buruj Triangulum dan Buruj Perseus. Di sebelah timur, Buruj Pisces; sebelah barat dengan Buruj Taurus; dan di sebelah selatan dengan Buruj Cetus. Bintang-bintang yang terdapat di dalam buruj Aries bermagnitud antara+2.0 hingga +5.0. Tiada bintang yang bermagnitud kurang daripada +2.0. Alpha (Hamad) bermagnitud +2.01, Beta (Sheratan) bermagnitud +2.64, Gamma (Mesarthim) bermagnitud +3.90, Delta (Botein) +4.35, Epsilon +4.63, Zeta +4.87, dan Lambda +4.79. Aelebihnya bermagnitud +5.00 dan lebih. Buruj Aries mempunyai bintang binari (binary stars) iaitu Gamma (3.9, 4.6; PA 360o; Sep. 7.8"), Lambda (4.8, 7.7; PA 46o; Sep. 37.4"), dan Epsilon (4.6, 5.5; PA 203o; Sep. 1.4"). Buruj Aries juga mempunyai bintang variable (variable stars) iaitu Gamma2 yang dikelaskan dalam kelas variable 'Alpha CV'. Ia berubah dari magnitud +4.62 kepada +4.66 dalam masa 2.6 hari. 'Deep sky' objek yang terdapat di dalam buruj Aries adalah NGC772 (Galaxy) dengan magnitud 10.3 dan brightness 13.9. Selain itu, NGC821 (Galaxy; 10.70; 12.20), NGC691 (Galaxy; 11.4; 13.7), NGC877 (Galxy; 11.9; 13.4), NGC680 (Galaxy; 11.9; 13.1), dan NGC697 (Galaxy; 12.0; 13.9). Buruj Aries boleh dilihat pada poin zenith di langit jam 9.00 malam pada bulan Disember dan jam 8.00 malam pada bulan Januari. Selamat ber'stargazing'.
Thursday, February 10, 2011
Bulan 6 hari
Objek : Bulan
Umur : 6 hari
Tarikh : 8hb. Feb. 2011
Bulan yang berumur 6 hari. Dari permukaannya, dapat dilihat Hercules, Atlas, Metius, Fabricius, Piccolomini (semuanya crater); Posidonius, Cleomedes, Fracastorius (semuanya Walled Plain); Mare Crisium, Mare Fecunditatis, Mare Tranquillititas, Mare Nectaris (semuanya Sea), Palus Somni (Marsh) dan Montes Pyrenaeus (Mountain Range). KLIK PADA GAMBAR UNTUK MEMBESARKANNYA.
Friday, February 4, 2011
Buat Renungan bersama
"Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang..."
Surah Ibrahim Ayat 33.
Surah Ibrahim Ayat 33.
Thursday, February 3, 2011
Planet Zuhrah (Venus)
Matahari
Gambar bulan diambil pada 1hb, Feb pada pukul 7.11 pagi dan pada peringkat terakhir iaitu berumur 28 hari. Kelihatan Grimaldi, Hedin, Lagrance - semuanya Walled Plain; Olbers, Byrgius, Vasco De Gama, Yakovkin, Balboa - semuanya Crater; Rimae Riccioli, Rimae Darwin - semuanya Rilled Network; dan Montes Rock dikelaskan sebagai Mountain Range. Ini adalah sebahagian daripada nama-nama di atas permukaan bulan yang dapat dilihat pada peringkat ini. Bulan terbit pada pukul 6.45 pagi dan terbenam pada pukul 6.06 petang. Jarak antara bumi dan bulan ialah 395,298 km.
Subscribe to:
Posts (Atom)