Friday, January 28, 2011
Buruj Aquila
Buruj Aquila adalah buruj yang dikaitkan dengan tuhan orang Greek. Buruj ini digambarkan sebagai seekor burung helang yang terbang menuju ke selatan. Terdapat beberapa bintang yang bermagnitud kurang daripada +4.00. Bintang-bintang tersebut adalah Alpha bermagnitud 0.77 juga dikenali sebagai Altair, Beta (3.73) dikenali juga sebagai Alshain, Gamma (2.72 - Tarazed), Delta (3.36), Epsilon (4.02 - Dened el Okad), Zeta (3.01), Eta (3.87), Theta (3.24), dan Lambda (3.43). Kebanyakkan bintang-bintang yang membentuk buruj Aquila adalah bermagnitud antara +3.00 dan +4.00. Buruj Aquila mempunyai 4 bintang binari (binary stars) iaitu Beta (3.7) dengan 'companion'nya bermagnitud 11.6. Kedua-dua bintang binari ini dipisahkan (PA) pada sudut 5 darjah ( 5o) dengan jarak 13" (separation). [ Ringkasnya ditulis 3.7, 11.6; PA 5o; Sep. 13"]. Zeta (3.0, 12.0; PA 53o; Sep. 6.5"), Pi (6.0, 7.0; PA 111o; Sep. 1.4"), dan Chi ( 5.6, 6.8; PA 77o; Sep. 0.5"). Selain bintang binari, buruj aquila juga mempunyai bintang variable (variable stars) iaitu Eta dengan perubahan magnitud dari 3.48 ke 4.39 dalam jangka masa 7 hari, 4 jam, 14 minit dan 21.8 saat. Eta adalah dari kelas Cepheid Variable. Satu lagi bintang variable adalah Sigma (Kelas EB) dengan magnitud berubah dari 5.14 ke 5.34 dalam tempoh 1.95 hari. 'Deep sky object' yang terdapat di dalam buruj Aquila adalah NGC6709 yang mengandungi lebih kurang 40 bintang dengan jarak 2500 tahun cahaya. NGC6709 bermagnitud 6.70 dengan kecerahan 12.01 dan dikategorikan sebagai Kluster ( Loose Cluster). Selain daripada NGC6709, terdapat juga NGC6755 (open Cluster, mag. 7.50), NGC6738 (open Cluster, mag. 8.30), NGC6760 (Globular Cluster, mag. 9.10), NGC6814 (Galaxy, mag. 11.20), NGC6852 (Planetary Nebula, mag. 11.40), dan lain-lain lagi. Buruj Aquila boleh dilihat di langit zenith pada bulan September jam 9 malam dan Oktober jam 8 malam. Selamat ber'star gazing' dan menikmati ciptaan tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment