Friday, January 28, 2011
Buruj Aquila
Buruj Aquila adalah buruj yang dikaitkan dengan tuhan orang Greek. Buruj ini digambarkan sebagai seekor burung helang yang terbang menuju ke selatan. Terdapat beberapa bintang yang bermagnitud kurang daripada +4.00. Bintang-bintang tersebut adalah Alpha bermagnitud 0.77 juga dikenali sebagai Altair, Beta (3.73) dikenali juga sebagai Alshain, Gamma (2.72 - Tarazed), Delta (3.36), Epsilon (4.02 - Dened el Okad), Zeta (3.01), Eta (3.87), Theta (3.24), dan Lambda (3.43). Kebanyakkan bintang-bintang yang membentuk buruj Aquila adalah bermagnitud antara +3.00 dan +4.00. Buruj Aquila mempunyai 4 bintang binari (binary stars) iaitu Beta (3.7) dengan 'companion'nya bermagnitud 11.6. Kedua-dua bintang binari ini dipisahkan (PA) pada sudut 5 darjah ( 5o) dengan jarak 13" (separation). [ Ringkasnya ditulis 3.7, 11.6; PA 5o; Sep. 13"]. Zeta (3.0, 12.0; PA 53o; Sep. 6.5"), Pi (6.0, 7.0; PA 111o; Sep. 1.4"), dan Chi ( 5.6, 6.8; PA 77o; Sep. 0.5"). Selain bintang binari, buruj aquila juga mempunyai bintang variable (variable stars) iaitu Eta dengan perubahan magnitud dari 3.48 ke 4.39 dalam jangka masa 7 hari, 4 jam, 14 minit dan 21.8 saat. Eta adalah dari kelas Cepheid Variable. Satu lagi bintang variable adalah Sigma (Kelas EB) dengan magnitud berubah dari 5.14 ke 5.34 dalam tempoh 1.95 hari. 'Deep sky object' yang terdapat di dalam buruj Aquila adalah NGC6709 yang mengandungi lebih kurang 40 bintang dengan jarak 2500 tahun cahaya. NGC6709 bermagnitud 6.70 dengan kecerahan 12.01 dan dikategorikan sebagai Kluster ( Loose Cluster). Selain daripada NGC6709, terdapat juga NGC6755 (open Cluster, mag. 7.50), NGC6738 (open Cluster, mag. 8.30), NGC6760 (Globular Cluster, mag. 9.10), NGC6814 (Galaxy, mag. 11.20), NGC6852 (Planetary Nebula, mag. 11.40), dan lain-lain lagi. Buruj Aquila boleh dilihat di langit zenith pada bulan September jam 9 malam dan Oktober jam 8 malam. Selamat ber'star gazing' dan menikmati ciptaan tuhan.
Monday, January 17, 2011
OBJEK DI LANGIR - MESSIER 13 / NGC6205
MESSIER 13 / NGC6205
BURUJ: HERCULES
KELAS: KLUSTER GLOBULAR
LOKASI: 16h 41m 41s / +36o 27' 35"
JARAK: 22,200 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +5.8
SAIZ: 16.5' X 16.5'
KATEGORI: V
MESSIER 13 ATAU NGC6205 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ HERCULES DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE GREAT GLOBULAR CLUSTER IN HERCULES' ATAU 'THE HERCULES GLOBULAR CLUSTER'.
M13 / NGC6205 TELAH DITEMUKAN OLEH EDMOND HALLEY DALAM TAHUN 1714. CHARLES MESSIER TELAH MENCERAP KLUSTER INI DAN TELAH MEREKODKAN DI DALAM 'THE MESSIER CATALOG' PADA 1hb JUN, 1764.
camp.astronomy@gmail.com
Monday, January 10, 2011
MENGENALI BULAN
MARE COGNITUM (THE KNOWN SEA)
LOKASI: MARE COGNITUM BERADA DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. IA BERADA PADA KOORDINAT 10.5o SELATAN SERTA 22.3o BARAT.
KELUASAN: MARE COGNITUM MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 350 KM (220 BATU).
~ LUNA 5 MERUPAKAN KAPAL ANGKASA TANPA MANUSIA (UNMANNED) SOVIET RUSSIA YANG BERTUJUAN UNTUK MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN. NAMUN, KEROSAKAN PADA 'RETRO ROKET' KAPAL ANGKASA LUNA 5 TELAH MENYEBABKAN IANYA TERHEMPAS DI PERMUKAAN BULAN DI KAWASAN MARE NUBIUM. LUNA 5 DILANCARKAN PADA 9/05/1965 DAN TERHEMPAS DI PERMUKAAN BULAN PADA 12/05/1965.
~ RANGER 7 IALAH KAPAL ANGKASA TANPA MANUSIA (UNMANNED) AMERIKA SYARIKAT YANG PERTAMA BERJAYA MENGHANTAR BALIK IMEJ-IMEJ PERMUKAAN BULAN. RANGER 7 DILANCARKAN PADA 28/07/1964. DALAM MASA 17 MINIT SEBELUM MENDARAT, RANGER 7 TELAH MENGHANTAR SEBANYAK 4,300 IMEJ KE BUMI PADA 31/07/1964. NAMUN PENDARATAN TERSEBUT MERUPAKAN YANG TERAKHIR BUAT RANGER 7.
~ SURVEYOR 3 JUGA MERUPAKAN KAPAL ANGKASA TANPA MANUSIA (UNMANNED) AMERIKA SYARIKAT YANG BERJAYA MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN. IA DIHANTAR UNTUK MENJELAJAH PERMUKAAN BULAN. SURVEYOR 3 DILANCARKAN PADA 17/04/1967 DAN MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA 20/04/1967. SETELAH BERADA SELAMA 336 JAM DI PERMUKAAN BULAN, PADA 3/05/1967, SURVEYOR 3 TERPAKSA DI'PADAMKAN' KERANA PANEL SOLAR PADA KAPAL ANGKASA TIDAK DAPAT MENJANA TENAGA ELEKTRIK BAGI KAPAL ANGKASA. APABILA NASA CUBA MENG'HIDUP'KAN NYA SEMULA, IA TIDAK DAPAT DI'AKTIF'KAN. IA BERLAKU KERANA CUACA YANG MELAMPAU YANG DIALAMI OLEH SURVEYOR 3 TELAH MENYEBABKAN IA 'ROSAK'. IA TELAH MENGHANTAR SEBANYAK 6,315 TV IMEJ KE BUMI.
KOMANDER : CHARLES 'PETE' CONRAD JR
KOM. MODUL PILOT : RICHARD F.GORDON JR
LUNAR MODUL PILOT : ALAN L.BEAN
APOLLO 12 MENDARAT BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN RANGER 7 TERHEMPAS. BEBERAPA BAHAGIAN DARIPADA RANGER 7 TELAH DIAMBIL DAN DIBAWA BALIK KE BUMI UNTUK PENYELIDIKAN. APOLLO 12 KEMBALI KE BUMI PADA 24/11/1967.
~ APOLLO 14 MERUPAKAN MISI KE 8 DALAM PROGRAM 'APOLLO' AMERIKA SYARIKAT. IA DILANCARKAN PADA 31/01/1971 DAN MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA 5/02/1971. KREW MINI APOLLO 14 IALAH:
KOM. MODUL PILOT : RICHARD F.GORDON JR
LUNAR MODUL PILOT : ALAN L.BEAN
APOLLO 12 MENDARAT BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN RANGER 7 TERHEMPAS. BEBERAPA BAHAGIAN DARIPADA RANGER 7 TELAH DIAMBIL DAN DIBAWA BALIK KE BUMI UNTUK PENYELIDIKAN. APOLLO 12 KEMBALI KE BUMI PADA 24/11/1967.
KOMANDER : ALAN SHEPARD
KOM. MODUL PILOT : STUART ROOSA
LUNAR MODUL PILOT : EDGAR MITCHELL
APOLLO 14 TELAH MEMUNGUT 'BATU-BATU BULAN' (MOON ROCKS) SEBERAT 42 KG SELAIN MELAKUKAN UJIKAJI SAINS SEMASA MISI TERSEBUT. APOLLO 14 TELAH MENDARAT DI ATAS BUKIT DI KAWAH (CRATER) FRA MAURO. APOLLO 14 KEMBALI KE BUMI PADA 9/02/1971.
camp.astronomy@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)