Monday, December 19, 2011

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 24 / IC4715

 MESSIER 24  /  IC4715


BURUJ:   SAGITTARIUS

KELAS:   AWAN BINTANG-BINTANG

LOKASI:   18h 16m 55s  /  -18o 30' 51"

JARAK:   10,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +4.5

SAIZ:   2o  X  1o  (120'  X  60')

MESSIER 24 ATAU IC4715 ADALAH SEBUAH AWAN BINTANG-BINTANG (STAR CLOUD) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER PADA 20hb JUN, 1764 DAN BELIAU TELAH MEREKODKAN SEBAGAI OBJEK 'MESSIER 24' KE DALAM CATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALOGUE'. 

MANAKALA, EDWARD BARNARD PULA TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M24 / IC4715 PADA BULAN OGOS, 1905. UNTUK REKOD, OBJEK TERSEBUT HANYA DIREKODKAN SEBAGAI M24 SAHAJA. SELEPAS ITU M24, TELAH DITAMBAH OLEH JOHN LOUIS DREYER SEBAGAI 'IC4715' KE DALAM 'THE INDEX CATALOGUE OF NEBULAE AND CLUSTERS OF STARS'.

M24 / IC4715 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE SMALL SAGITTARIUS STAR CLOUD' ATAU 'DELLE CAUSTICHE' ADALAH KAWASAN YANG MENGANDUNGI KLUSTER BINTANG-BINTANG (STARS CLUSTERS) DAN OBJEK-OBJEK YANG LAIN TERMASUK M24 / IC4715 YANG MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA 'THE SAGITTARIUS-CARINA ARMS' DI DALAM GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY).







camp.astronomy@gmail.com














Saturday, November 26, 2011

BURUJ CANIS MAJOR

            Buruj Canis Major adalah buruj yang menggambarkan seekor anjing. Secara simboliknya, buruj ini ialah salah seekor daripada anjing-anjing yang terletak berhampiran dengan buruj Orion (pemburu) dan mereka menjadi anjing pemburu kepada Orion. Buruj Canis Major bersaiz lebih besar daripada buruj Canis Minor. Kedudukan buruj ini yang berada di belakang buruj Lepus (arnab) secara simboliknya pula menjadikan buruj Canis Major sedang membantu Pemburu (Orion) memburu Arnab (Lepus). 
            Buruj Canis Major mempunyai bintang yang tercerah di langit iaitu bintang Alpha yang dikenali sebagai Sirius. Sirius bermagnitud -1.42; sama saiz dengan matahari; dengan jarak 8.56 tahun cahaya dari bumi. Ia merupakan bintang ke 6 dekat dengan bumi. Selain daripada Alpha, bintang-bintang lain adalah  Beta ( juga dikenali sebagai Mirzam; bermagnitud +2.00), Gamma (Muliphein; +4.11), Delta (Wezen; +1.86), Epsilon (Adhara; +1.50), Zeta (Furud; +3.02), Eta ( Aludra; +2.44), Theta (+4.07), Kappa (+3.52), Nu2 (+3.95), Omicron1 (+3.87), Omicron2 (+3.02), Sigma (+3.51), dan Omega (+3.85). Selebihnya, bintang-bintang yang bermagnitud > +4.15.
            Bintang 'Binary' di dalam buruj Canis Major adalah Alpha (bintang Sirius A dan Sirius B) bermagnitud -1.42 dan +8.00; sudut pisahan (PA) pada 150 darjah; dan jarak pisahan (separation) pada 4.6". Satu lagi bintang binary ialah Mu yang mempunyai 3 'companions' iaitu B, C, dan D. Bintang B (PA 340 darjah; Sep 3"), bintang C (PA 288 darjah; Sep 88.5") dan bintang D (PA 61 darjah; Sep 101").
            Bintang 'variable' yang terdapat dalam buruj Canis Major ialah Beta (kategori 'Pulsating Giant') berubah dari magnitud +1.93 kepada +2.00 setiap 6 jam 2.6 saat. Selain itu, Iota berubah dari magnitud +4.30 kepada +4.37 dalam masa 1 jam 55 minit. Bintang Xi memerlukan 5 jam untuk berubah magnitud +4.30 kepada +4.35. Kesemua bintang 'variable' ini dikelaskan sebagai "Beta Cepheid Type" yang melibatkan perubahan magnitud yang kecil (+0.04).
             'Deep sky object' yang terdapat di buruj Canis Major ialah M41 dengan magnitud +4.5 dan dikategorikan sebagai "Open Cluster". Terdapat juga NGC2354 (+6.50) dan NGC2367 (+7.90) yang juga "Open Cluster". Buruj Canis Major dapat dilihat pada bulan March pada pukul 9 malam pada awal bulan dan 8 malam pada akhir bulan.

Friday, November 25, 2011

RENUNGAN JUMAAT

 "... Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (Yang bersifat) demikian itulah Tuhan semesta alam". Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati". Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui...."


                              Surah Fushshilat (Yang Dijelaskan); ayat 9 - 12


Sama-samalah kita fikirkan ayat di atas kerana ia banyak memberikan kita penjelasan tentang kejadian langit dan bumi.


Sebarang maklumat dan kemusykilan, hubungi camp.astronomy@gmail.com

Monday, November 21, 2011

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 23 / NGC6494

MESSIER 23  /  NGC6494


BURUJ:   SAGITTARIUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   17h 57m 04s  /  -18o 59' 06"

JARAK:   2,050 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.5

SAIZ:   16'.8  X  16'.8

KATEGORI:   III 1 m

MESSIER 23 ATAU NGC6494 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR356' DI DALAM 'THE COLLINDER CATALOGUE' OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN BERNAMA PER COLLINDER PADA TAHUN 1931 DENGAN SENARAI SEBANYAK 471 OBJEK.

M23 / NGC6494 TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER PADA 20hb JUN, 1764. BELIAU TELAH MEREKODKAN KLUSTER TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 23' KE DALAM KATALOG BELIAU IAITU 'THE MESSIER CATALOGUE'. JOHN HERSCHEL  JUGA TELAH MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS KLUSTER TERSEBUT PADA TAHUN 1826.







camp.astronomy@gmail.com













Wednesday, November 9, 2011

'Sunspot' pada 9/11/11

Tarikh : 9/11/2011
Sasaran : Matahari


Terdapat 7 tompokan 'sunspot' yang terdapat di atas permukaan matahari pada pagi ini. 4 tompokan 'sunspot' kelihatan di bahagian atas kanan, manakala 2 lagi di bahagian bawah kiri, dan 1 tompok 'sunspot' kelihatan di kanan bawah.


 




Apakah dia 'sunspot'?
'Sunspot' adalah tompokan yang mempunyai suhu berbeza daripada suhu permukaan matahari. Keseluruhan permukaan matahari mempunyai suhu secara puratanya ialah 5,800 Kelvin. Manakala, suhu tompokan 'sunspot' pula adalah di antara 3,000 hingga 4,500 Kelvin (2727 - 4227 darjah Celcius). Di sebabkan perbezaan suhu ini, tompokan 'sunspot' kelihatan lebih gelap.    ................. Bersambung di siri akan datang.

Gambar dan data 'sunspot' di bawah diambil dari lawan web solarham.com. 'Sunspot' diberikan nombor seperti tertera pada gambar di bawah.


Sebarang maklumat sila hubungi camp.astronomy@gmail.com

Saturday, November 5, 2011

RENUNGAN

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432 kepada semua.

        "... Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik..."                                
                                              
                                         Surah al-Mu'minuun, Juz 18, ayat 12 - 14.


     Kita makhluk yang diberikan akal fikiran oleh Allah agar dapat berfikir dan merenung akan kejadian di alam ini ( bumi dan di luar bumi) semoga kita menjadi orang yang bersyukur kepada Allah. Selain itu, ayat ini juga dapat menyangkal teori bahawa manusia ini berasal dari monyet atau beruk (teori Darwin). Nabi Adam adalah manusia yang pertama dijadikan oleh Allah untuk menjalankan tugas sebagai kalifah di atas Bumi. Maka teori Darwin ini hanyalah khayalan pemikir barat yang tidak percaya kepada Allah iaitu Pencipta Yang Agung.

Thursday, October 27, 2011

Renungan

 .......DAN APAKAH MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN  TIDAK MERASA PAYAH KERANA MENCIPTAKANNYA, KUASA MENGHIDUPKAN ORANG-ORANG MATI? YA (BAHKAN) SESUNGGUHNYA DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU.

                                                Surah Al Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) ; Juz 26; Ayat 33

Monday, October 17, 2011

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 22 / NGC6656

MESSIER 22  /  NGC6656


BURUJ:   SAGITTARIUS

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   18h 36m 24s  /  -23o 54' 17"

JARAK:   10,600 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.1

SAIZ:   12'.6  X  12'.6

KATEGORI:   VII 

MESSIER 22 ATAU NGC6656 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS DI HEMISFERA SELATAN. KLUSTER TERSEBUT TELAH DITEMUKAN OLEH ABRAHAM IHLE BUAT PERTAMA KALI PADA 26hb OGOS, 1665. DIIKUTI DENGAN PENEMUAN OLEH EDMOND HALLEY PADA TAHUN 1715. NICOLAS LACAILLE PULA TELAH MENCERAP KLUSTER TERSEBUT PADA 6hb APRIL, 1752. 

SEHINGGA PADA TAHUN 1764, CHARLES MESSIER TELAH MELAKUKAN CERAPAN TERHADAP KLUSTER TERSEBUT DAN BELIAU TELAH MEREKODKAN SEBAGAI OBJEK 'MESSIER 22' KE DALAM KATALOG BELIAU IAITU 'THE MESSIER CATALOGUE'. MANAKALA, JOHN HERSCHEL TELAH MEMBUAT CERAPAN KE ATAS M22 / NGC6656 PADA 1hb JULAI, 1826.







camp.astronomy@gmail.com












Thursday, October 13, 2011

Matahari "sunspot"

Tarikh : 13/10/2011
Sasaran : Matahari
Masa : 9.52 pagi


Matahari berada pada kedudukan 40 darjah di timur. Pencerapan kali ini mendapati ada 8 tompokan 'sunspot' di atas permukaan matahari. Berbeza daripada hari semalam, tompokan 'sunspot' yang hanya 6 tompokan dikesan di permukaan matahari. Matahari yang berputar dari atas ke bawah ( dilihat dari kajian dan cerapan yang dilakukan).


Gambar pertama adalah gambar matahari pada 12/10/2011 dengan 6 tompokan 'sunspot'


Gambar kedua ialah gambar matahari pada 13/10/2011 dengan 8 tompokan 'sunspot' (ada yang tidak jelas) untuk berbandingan.


Gambar ketiga adalah 4 tompokan 'sunspot' yang berada di bahagian atas permukaan matahari (upper part of the sun).


Gambar keempat pula adalah 4 tompokan 'sunspot' yang berada di bahagian bawah permukaan matahari (lower part of the sun).





Maklumat dan aktiviti, hubungi e-mail:
CAMP.ASTRONOMY@gmail.com

Bulan dan Jupiter

Tarikh : 13/10/2011
Sasaran Bulan dan Jupiter
Kedudukan : 60 darjah ke timur
Masa : 11.44 malam (12/10) hingga 12.19 (13/10)


Gambar pertama menunjukkan kedudukan bulan yang berada berhampiran dengan Jupiter.


Gambar kedua adalah gambar bulan yang telah melepasi peringkat 'full moon' pada 12/10 pada pukul 10.06 pagi. Ia berada di peringkat "waning" iaitu di mana peringkat ia akan mengecilkan bentuk dan saiznya. Berbeza dengan peringkat "waxing" di mana bulan akan menjadi semakin besar dari sehari ke sehari bermula dari "new moon" ke "first quarter" hingga ke peringkat "full moon". Diikuti pula dengan "waning" yang akan menjadikan bentuk bulan dari "full moon" ke "last quarter" dan berakhir dengan "new moon". Atau lebih mudah, daripada peringkat 'anak bulan baharu' ke bentuk 'bulan sabit' ke 'bulan purnama' ke peringkat 'bulan sabit' semula dan berakhir dengan 'anak bulan'.


Gambar ketiga ialah gambar Planet Jupiter bersama dengan satelt-satelitnya. Europa berada paling hampir dengan Jupiter, diikuti pula oleh Io, Ganymede dan akhir sekali yang paling jauh dari Jupiter ialah Callisto.







Untuk maklumat dan gambar-gambar yang lain; hubungi e-mail:
CAMP.ASTRONOMY@gmail.com


Wednesday, October 12, 2011

Jupiter

Tarikh : 12/10/2011
Sasaran : Jupiter dan satelit
Masa : 06.36 pagi
Sudut di langit : 30 darjah


Planet Jupiter kini semakin rendah pada sebelah pagi menghampiri horizon. Gambar menunjukkan planet Jupiter bersama dengan satelit-satelitnya. Bermula dengan Europa di sebelah kiri planet Jupiter, diikiti oleh Io, Genymede dan Callisto (kurang jelas) jauh dari Jupiter.



Gambar di atas adalah gambar Jupiter dengan jalur 'South Equatorial Belt' di bahagian atas, manakala 'North Equatorial Belt' di bahagian bawah. Sila besarkan  gambar untuk melihatnya. 
Untuk maklumat dan aktiviti, e-mail:
CAMP.ASTRONOMY@gmail.com

Tuesday, October 11, 2011

Matahari 'sunspot'

Tarikh : 10/10/2011
Sasaran : Matahari 'sunspot'


Matahari berada pada darjah 55 di langit pagi. Terdapat 5 kelompok 'sunspot' yang dicerap pada permukaan matahari. 'Sunspot' kebanyakkannya tertumpu pada kedudukan tengah matahari, manakala satu 'sunspot' dicerap dibahagian atas sebelah kanan matahari (tidak kelihatan dengan jelas)


Gambar #1 : kelompok-kelompok 'sunspot' di permukaan matahari
Gambar #2 : 'sunspot' bertanda A (berada di sebelah bawah kiri)
Gambar #3 : 'sunspot' bertanda B (berada di sebelah bawah tengah)
Gambar #4 : 'sunspot' bertanda C (berada di bahagian tengah kanan)
Gambar #5 : 'sunspot' bertanda D (berada di bahagian tengah kiri)
Gambar #6 : 'sunspot' bertanda E (berada di sebelah atas kanan)









Klik pada gambar untuk membesarkannya.
Maklumat dan keterangan lanjut, e-mail :
CAMP.ASTRONOMY@gmail.com


Monday, October 10, 2011

Planet Jupiter

Tarikh  : 10/10/2011
Sasaran : Planet Jupiter dan satelit-satelit


Planet Jupiter berada di langit pada sudut 40 darjah pada pukul 6.44 pagi. Satelit planet Jupiter menurut ikutan dalam gambar ialah Ganymede yang berada paling hampir dengan planet Jupiter (satelit yang bawah), Io (satelit yang atas), diikut pula oleh Europa, dan Callisto berada paling jauh dari planet Jupiter.


Untuk maklumat lanjut, hubungi e-mel:
CAMP.ASTRONOMY@gmail.com

Friday, October 7, 2011

Program Astronomi Pada Cuti Sekolah?

Pihak kami, ASTRONOMI.KEM MANAGEMENT AND CONSULTANT, mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menganjurkan program berkaitan dengan astronomi. Pihak kami dengan suka citanya memaklumkan bahawa program astronomi yang kami jalankan adalah berdasarkan kepada 2 modul iaitu;


i)   Modul A : program satu hari ( bayaran boleh dirundingkan berdasarkan topik-topik dikehendaki)


ii)  Modul B : program dua hari satu malam ( termasuk program pencerapan pada sebelah malam )


Untuk maklumat yang lebih terperinci, hubungi e-mail CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM atau telefon 012-3596350 

'Sunspot' terdapat di Matahari

Tarikh   :  07/10/2011
Sasaran :  Matahari


Terdapat 5 kelompok 'sunspot' di atas permukaan Matahari pada hari ini. 4 'sunspot' dapat dilihat dengan jelas di bahagian separuh atas Matahari. Manakala, 'sunspot'  yang ke 5 tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kedudukannya di bahagian separuh bawah Matahari..
Gambar no.1, menunjukkan permukaan Matahari dan 4 kelompok 'sunspot'.
Gambar no.2 dan no.3, menunjukkan 4 kelompokan 'sunspot' pada permukaan Matahari.
Gambar no.4, pula menunjukkan 'sunspot' ke 5 yang tidak kelihatan pada gambar no.1. tompokan hitam di bahagian bawah tengah.




 

Untuk maklumat lanjut hubungi e-mail:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM



Tuesday, September 27, 2011

Matahari "sunspot"


Tarikh : 27/09/2011
Target : Matahari "sunspot"




Terdapat 3 kelompok "sunspot" yang dapat dilihat pada permukaan matahari pada hari ini. Satu "sunspot" yang agak besar terletak di tengah permukaan matahari, manakala satu lagi "sunspot" yang agak kecil tetapi masih dapat direkodkan terletak  di sebelah atas "sunspot" yang besar. Bagi "sunspot" yang ke tiga, ianya terlalu kecil dan tidak dapat dilihat di dalam gambar ini. Ia berada di bawah "sunspot" yang besar terletak di bahagian tengah permukaan matahari.







Sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi e-mail 
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM