Friday, November 12, 2010

Renungan

"Apakah kamu tidak memperhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan (dan memendekkan) bayang-bayang; dan kalau Dia menghendaki nescaya Dia menjadikan tetap bayang-bayang itu, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk atas bayang-bayang itu. Kemudian Kami menarik bayang-bayang itu kepada Kami dengan tarikan yang perlahan-lahan..."
Surah Al Furgaan (Pembeda) ayat 45 dan 46.

Buruj Sagittarius


Buruj Sagittarius digambarkan sebagai seorang pemanah (archer). Banyak mitos, dari zaman purba,Greek, Roman, Sumerian dan seterusnya, bermacam-macam gambaran diberikan kepada buruj Sagitarrius. Akhirnya, buruj ini diambil sebagai mana gambaran sekarang. Bintang yang paling cerah di dalam buruj ini, bukannya Alpha, tetapi Epsilon (Kaus Australis - bahagian bawah busar panah) dengan magnitud 1.8. Selain Epsilon, bintang-bintang lain adalah Alpha (Rukbat - lutut), Beta (Akrab - tendon), Lambda (Kaus Borealis - bahagian atas busar panah), Delta (Kaus Meridionalis - bahagian tengah busar panah), Gamma (Alnasl - mata anah panah), Sigma (Nunki), Zeta (Ascella - ketiak pemanah), dan Nu (Ain al Rami - mata pemanah). Buruj Sagittarius lebih mudah dikenalpasti dengan bentuk cerek atao teko (teapot). Sepertimana Ursa Major yang mudah dikenalpasti dengan bentuk "big dipper". Bintang binari (binary star) untuk buruj ini adlah Nu1 (5.0, 10.8) dan juga Rho1 dan Rho2 (merupakan triple sistem) dengan magnitud Rho1 8.0, Rho2 8.3, dan kompanion C bermagnitud 8.6. Bintang variable pula adalah Upsilon (spektrum kelas EB) dengan magnitud berubah dari 4.53 hingga 4.61 dalam masa 137.9 hari. Buruj Sagittarius mempunyai 15 'messior' objek (terbanyak dalam mana-mana buruj) dalam bilangan 'deep sky' objeknya. Mereka adalah M8 (ngc6523 - Lagoon Nebula), M17 (ngc6618 - Swan Nebula), M18 (ngc6613), M20 (ngc6514 - trifid Nebula), M21 (ngc6531), M22 (ngc6656), M23 (ngc6494), M23 (ic4715), M25 (ic4725), M28 (ngc6626), M54 (ngc6715), M55 (ngc6809), M69 (ngc6637), M70 (ngc6681), M75 (ngc6864), dan ngc6822 (Barnard's Galaksi). Kedudukan buruj Sagittarius adalah di tengah-tengah Milky Way (cakerawala). Bulan untuk mencerap buruj ini di titik zenith adalah pada bulan Ogos pada pukul 9 malam.

Dapatkan DVD buruj-buruj secara terperinci.

Wednesday, November 3, 2010

Buruj Scorpius


Buruj Scorpius digambarkan sebagai kala jengking (scorpion). Ia dapat dikenalpasti dengan bentuknya yang seperti cangkup atau mata kail. Dalam mitos, scorpius dihantar oleh Gaia untuk membunuh "pemburu Orion". Scorpius terus mengejar Orion, tetapi ia tidak dapat melakukannya. Kalau diperhatikan, Scorpius dan Orion mempunyai masa terbit dan terbenam yang berlawanan. Semasa Scorpius terbit di ufuk timur, Orion pula terbenam di ufuk barat. Buruj Scorpius mempunyai bintang-bintang bermagnitud kurang daripada +3.00 seperti Alpha (Antares), Beta (Acrab), Delta (Dschubba), Theta (Girtab), Lambda (Shaula), Upsilon (Lesath), Sigma (Alniyat), Epsilon dan juga Kappa. Bintang binari (binary star) di dalam buruj Scorpius adalah Alpha (1.1 dan 5.4), Beta (2.6 dan 4.9), Sigma (2.9 dan 8.5).Selain itu, bintang binari berikut mempunyai multi sistem (multi system) iaitu memiliki lebih dari satu bintang mengelilingi bintang utama (main component). Mereka adalah Nu (4.4; 5.6; 6.4; 8.0) dan Xi (4.7; 5.1; 7.4; 8.1). Alpha adalah bintang variable (variable star) selain RR scorpii (5.0 - 12.4 setiap 281.45 hari) dengan magnitud berubah dari 0.9 hingga 1.8 setiap 1500 hari. Buruj Scorpius mempunyai beberapa 'deep sky' objek yang menarik seperti M4 (ngc6121), M6 (ngc6405), M7 (ngc6475), M80 (ngc6093) dan ngc6231. Bulan untuk melihat buruj Scorpius di titik zenith adalah pada bulan Julai pada pukul 9 malam. SELAMAT MENEROKA ALAM ANGKASA.

DAPATKAN DVD MENGENAI ANGKASA UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH MENDALAM. CALL 012-3596350 ATAU E-MAIL CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM